Saturday, October 1, 2011

7 KEAJAIBAN SEMUALJADI (FINALIS KE 21 - 28)

 Finalis 1-3 , 4-6 , 7-10 , 11-15 , 16-20

Ingin mengundi? Klik SINI

As salam. Lewat petang ni mamy nak habiskan citer 8 lagi finalis terakhir untuk pemilihan 7 Keajaiban Semulajadi pada 11.11.2011 nanti. Jom kita selami keistimewaan 8 calon terakhir yang mengisi tempat ke-21 hingga ke-28. Berjayakah Malaysia yang mempertaruhkan Pulau Sipadan sebagai calonnya menduduki 8 tempat terakhir ini? Sama2 kita tengok ye.

Menduduki tempat ke:-

21. Vesuvius, Italy



Gunung Vesuvius terletak lebih kurang 9km dari timur Neples & tidak jauh dari pantai. Apabila dilihat dari Laut Mediterranean, ia sangat menonjol dalam persekitaran Teluk Neples yang cantik. Gunung ini terkenal kerana letusannya pada tahun 79 masihi yang mengakibatkan kemusnahan bandar2 Rom kuno Pompeii dan Herculaneum dengan kematian 10 hingga 25 ribu nyawa. Gunung ini terus meletus beberapa kali selepas itu sehingga abad yang lalu. Kini ia dianggap sebagai salah satu gunung berapi paling bahaya di dunia kerana terdapat lebih kurang 3 juta penduduk tinggal berdekatan dengan gunung ini dan gunung ini pula dikategorikan sebagai gunung berapi pendam yang berkecenderungan untuk meletus pada bila2 masa.

Huh! Cantik tapi bahaya.

22. Black Forest, Jerman.


                     

Merupakan kawasan hutan kayu yang terletak di Baden-Wurttemberg di selatan-barat Jerman. Berkeluasan kira-kira 12 ribu kilometer persegi. Kawasan hutan ini pada keseluruhannya diliputi oleh pokok Fir & Pine. Kayu-kayan hutan ini terkenal sebagai yang terbaik di dunia. Saban tahun beberapa lokasi hutan ini akan dipilih untuk ditebang dan di tanam semula bagi memenuhi industri perkayuan Jerman. Namun hutan ini mendapat pengiktirafan sebagai hutan yang terpulihara kerana Jerman berjaya memulihara hutan ini dengan baik sambil mempromosikannya sehingga ia menjadi tumpuan pelancong.

23. El Yunque, Puetro Rico.







Merupakan satu-satunya hutan hujan tropika di Amerika. Terletak di timur laut Puetro Rico dan berkeluasan kira-kira 28 ribu hektar. Hutan ini juga adalah habitat semulajadi bagi 240 spesis tumbuhan (23 daripadanya adalah tumbuhan asli & hanya tumbuh di sana), 50 spesis burung & lebih 1,200 spesis serangga. El Toro merupakan puncak tertinggi di hutan lipur ini.

24. Teluk Halong, Vietnam.




Teluk ini terletak dalam wilayah Quang Ninh, utara Vietnam. Teluk yang terkenal sebagai "Descending Dragon  Bay" ini meliputi 1,960 buah pulau batu kapur yang kelihatan seperti seekor naga yang sedang turun ke laut. Berkeluasan 1,553 kilometer persegi. Sturktur batu kapur di pulau ini telah melalui pelbagai proses pembentukan sejak 500 juta tahun lampau & sejak 20 juta tahun lalu formasi yang kita lihat sekarang terbentuk.

25. Kilimanjaro, Tanzania.




Gunung Kilimanjaro merupakan gabungan 3 puncak gunung berapi yang dikenali sebagai Kibo, Mazenwi dan Shira. Kibo merupakan puncak tertinggi dengan ketinggian 5,895 m di atas paras laut dan sentiasa diliputi salji. Terletak di Tanzania, Africa. Gunung berapi ini dari jenis gunung berapi strato iaitu ia terbentuk dari lapisan demi lapisan lava berapi sejak berjuta tahun dahulu. Kali terakhir ia meletus ialah pada 360 juta tahun lampau dan aktiviti terakhirnya telah direkodkan pada 200 tahun lalu. Kilimanjaro dikategorikan sebagai gunung berapi pendam kerana pada tahun 2003 para saintis merumuskan bahawa jarak magma dalam gunung ini cuma 400m dari puncaknya. Namun gunung ini merupakan lambang suci bagi puak tempatan. Kawasan hutannya pula menjadi habitat asal kepada beberapa spesis haiwan Afrika yang menakjubkan.

26. Matterhorn / Cervino, Italy & Switzerland.



Matterhorn atau Monte Cervino terletak di Pergunungan Pennine di atas sempadan Itali dan Switzerland. Puncaknya yang berbentuk piramid berketinggian 4,478 m dan mempunyai 4 garis sisi yang benar2 menghadap 4 titik kompas iaitu timur, barat, selatan dan utara. Keempat-empat rabung curam ini sangat popular untuk aktiviti pendakian. Sejak jalan keretapi dibina di kawasan ini hampir sedekad lalu, lokasi ini menjadi tumpuan pelawat dari serata dunia.

27. Sundarbans, Bangladesh.



 Harimau Benggala Diraja (Panthera Tigris Tigris)

Rusa berbunga

Terletak di kaki Sungai Ganges dan merupakan hutan bakau terbesar di dunia. Meliputi kawasan-kawasan Bangladesh dan Benggala Barat, India. Kawasan ini disilang oleh serangkaian jalan air berpasang-surut, daratan lumpur dan pulau2 kecil yang berhutan tahan masin. Kawasan ini amat terkenal kerana Harimau Benggala Diraja menghuni kawasan ini. Spesis ini dikategorikan sebagai sangat terancam & ngaumannya boleh kedengaran sejauh 3km (memang hebat). Kawasan ini turut menjadi habitat kepada beberapa spesis haiwan lain seperti burung, rusa berbunga, buaya dan ular.

28. Yushan, Chinese Taipei.



Juga dikenali sebagai Jade Mountain. Terletak di Taman Negara Yushan, Taiwan dan merupakan puncak tertinggi di Asia Timur. Pada musin sejuk, keseluruhan puncak gunung ini diliputi salji seperti batu jade. kawasan pergunungan ini amat terkenal dengan kesemulajadian yang amat terpelihara serta menempatkan beberapa spesis flora & fauna yang diancam kepupusan. Antara yang paling kritikal ialah... jom tengok gambar:-

 Formosan Serow
 Reeves's Muntjac
 Formosan Black Bear
 Formosan Blue Magpie
 Formosan Rock Macaque
Hemimyzon Taitungensis

Hah! Inilah 28 lokasi dari seluruh dunia yang berjaya dalam saringan pertama berdasarkan jumlah undi pada 7.7.2009. Pada pusingan pengundian pertama ini juga lokasi Pulai Sipadan, Malaysia tidak berjaya menduduki 28 tempat ke pemilihan akhir dengan jumlah undi yang kurang memberangsangkan. Tak pe lah. Mungkin bukan rezeki kan.

Namun tidak dapat dinafikan yang negara kita memang mempunyai beberapa lokasi indah & semulajadi bertaraf dunia. Dan mamy sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia! Apa pun semoga tempat2 yang berjaya dinobatkan sebagai The New 7 Wonders Of Nature nanti akan kekal dengan keindahan & kesemulajadiannya untuk tatapan generasi akan datang. Insya'Allah. 

Sementara itu, hargailah keindahan alam semulajadi yang ada di sekeliling kita dengan mengurangkan pencemaran & mengamalkankan kitar semula. Jangan lupa ucapkan Syukur pada Yang Maha Pencipta kerana masih membenarkan kita menyaksikan keagungan ciptaanNya.

Wasalasam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...