Friday, November 29, 2013

RESEPI BUBUR BUTIR NANGKA / BUBUR TEPUNG PULUT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Tengahari berkunjung tiba, namun sang mentari bersembunyi di sebalik awan tebal. Angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa, bertiup semakin kencang dan semakin sejuk. Awan hitam kini mencurahkan airnya membasahi bumi Tawau. Alhamdulillah.. begitu hebat kasih sayang Allah kepada hambanya.

Hari ni nak cerita pasal Bubur Butir Nangka. Bubur ni memang popular kat Semenanjung khasnya Kelantan dan biasanya menjadi tumpuan semasa bulan Ramadhan. Kat Sabah pun ader bubur ni. Kita orang panggil bubur tepung pulut. Bubur manis ni memang sedap dan menjadi kegemaran anak2 dan suami.

Ni lah rupe bubur butir nangka

Masa mula2 kawin dulu, mami memang tak tau masak bubur ni. Ni ibu mertua yang ajar. Alhamdulillah.. sekarang mami ajar anak perawan mami pulak. 

So, sapa2 yang tak tau nak hidang apa untuk minum petang ni, apa kata cuba resepi Bubur Butir Nangka ni. Penyediaan bubur ni ada 2 fasa yang berasingan iaitu fasa 1 uli dan rebus butir nangka & fasa 2 pula kita siapkan kuah bubur.

Bahan:-
(Untuk hidangan 8 - 10 orang)
500g tepung pulut
Pewarna - mami pakai pewarna cecair Star Brand merah dan hijau.
1.5 liter santan kelapa pekat diambil daripada 2 biji kelapa
*bole diganti dengan santan kotak untuk kurangkan kolesterol (2 kotak ye)
4 helai daun pandan (koyak memanjang dan ikat)
Gula secukup rasa
Sedikit garam.
Air

Cara penyediaan Fasa 1:-
1. Bahagi dua tepung pulut sama rata. Kalau nak pakai 3 warna, bagi 3 lah tepung tu ye.
2. Tabur secubit garam untuk setiap bahagian tepung.
3. Titiskan pewarna dalam tepung dan curahkan air sedikit demi sedikit sampai tepung boleh diuli lembut. Uli sekitar 3 minit untuk setiap warna.
4. Apa bila semua tepung telah siap diuli, didihkan air dalam periuk.
5. Gentel ulian tepung pulut tadi kecil2 (agak2 bentuk biji nangka) dan terus masukkan ke dalam periuk yang dah menggelegak tadi. Gunakan api sederhana. Tunggu sampai ia timbul.
6. Sementara tu isi bekas lain dengan air sebab apabila butiran tadi timbul, kita kena kaub keluar periuk dan terus letak dalam bekas berisi air tadi. Ni supaya butiran yg dah masak tadi tak melekat antara satu sama lain.

 Ni lah butiran tepung pulut yang dah masak. Lawakan.

Bila dah siap ni, bermakna kita dah selesai fasa pertama bubur ni. Jom kita ke Fasa 2 pula.

Cara Penyediaan Fasa2:-


1. Tuang santan dalam periuk dan letak daun pandan sekali. Panaskan.
2. Sentiasa kacau kuah agar tak pecah minyak.


3. Agak2 kuah dah panas, tos butiran tepung pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk kuah.
4. Tambah air jika rasa kuah terlalu pekat atau sikit. 
5. Masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam agar rasa kuah lemak2.


6. kacau kuah sampai ke semua butiran timbul semula.


7. Apabila semua butiran dah timbul semula macam kat atas tu dan kuah pun mendidih.. maknanya, bubur kita dah pun siap dan bolehlah dihidangkan.

Senang je kan. Cuma leceh bab gentel- mengengtel tu je. Tapi kalau ader anak2 yang dah besar2 tu boleh lah ajak sekali menggentel. Yang kecik2 tu baik jangan.. nanti terkena air panas masa merebus kan naya.. 

Ok lah.. takat ni je..
Selamat mencuba...
Wasalam.

1 comment:

Tengkubutang said...

sedapnyaa..

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 375
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...