Tuesday, July 24, 2012

PANDUAN MENGHADAPI SAAT2 AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN (UPSR, PMR, SPM, STPM)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Setahun demi setahun anda berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik samada dalam kelas atau sekolah. Ada bermacam-macam cara untuk menghadapi hari2 terakhir sebelum berlangsungnya peperiksaan akhir.

Bagi calon2 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR.SPM, STPM atau apa jua peperiksaan yang amat penting bagi anda, mami nak kongsi beberapa ikhtiar atau persediaan akhir yang boleh anda lakukan sebelum hari yang mencabar itu.

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-


a) Baca Surah Al-Fatihah - 3X


b) Takbir - 7X

c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W - 3X

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 Surah Al-Fatihah - 3X

,Takbir - 7X

Doa Penerang Hati - 1X 


Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
Doa Penerang hati
Doa Tidak Lupa


3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.


Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.
Mutiara kata:-
Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.
Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. 


34 comments:

Anonymous said...

Thank you for all the tips..up SR left 2days.

Anonymous said...

Terima Kasih untuk tips ini.esok UPSR. Doakan saya -Yasser-Untuk mencapai kejayaan.

Unknown said...

Mami doakan anda dapat menjawab soalan dengan tenang & baik. Semoga anda lulus dengan cemerlang. Amin.

p/s: Anak saya pun menduduki UPSR hari ni. Hnaya doa pengiring perjalanannya ke dewan peperiksaan. Semoga berjaya anakku.

Anonymous said...

Thank you so much!!! Now, i feel better to answer pmr questions. Fighting!!! :-)

Unknown said...

Don't be afraid. I believe you can do it. Good luck.

Anonymous said...

Thnkyou untuk tips2 di atas . Saya akan menduduki spm yg akan dtg . Saya ada satu soalan , perlu ke kita mintak maaf pada (ibubapa adikberadik) sebelum mendudukinya ? Adakah ia penting ?

Anonymous said...

Assalamualaikum mami, doakan kejayaan saya juga ya, saya akan menduduki peperiksaan SPM

Unknown said...

Salam. Mami ni bukan lah pakar dalam bidang agama. Tapi Insya'Allah mami akan cuba jawab ye.

Ibu bapa & adik-beradik merupakan orang2 terdekat kita. Adakalanya tanpa kita sedari ada perbuatan atau perkataan kita yang mungkin mengguris perasaan mereka. Perbuatan meminta maaf bukan sahaja akan merapatkan hubungan anda dengan ibubapa * adikberadik, malah akan membuka seluas-luas ruang untuk mereka mendoakan kejayaan kita. Bukan itu saja, apabila kita meminta maaf seikhlasnya, kita akan rasa kedamaian & ketenangan yang luar biasa. Rasa tenang ini didorong oleh rasa gembira. Semasa kita gembira otak kita akan merembeskan sejenis bahan kimia yang membenarkan oksigen diserap dengan lebih baik. Hasilnya, sel2 otak akan berhubung dengan lebih baik dan membenarkan kita berasa lebih yakin, selesa & mengingati lebih banyak fakta / pelajaran. Itulah indahnya perbuatan meminta maaf.

Unknown said...

Anak2 yang menduduki peperiksaan SPM, mami doakan semoga beroleh kejayaan.

megumiChan❤ said...
This comment has been removed by the author.
Alifhakimi said...

Salam, akak, boleh tak saya copy panduan ni kat blog saya untuk kawan-kawan baca bagi menghadapi exam tahun dpn, mintak akak pertimbgkan ye :)

Unknown said...

Otak kosong... boleh. Ilmu yang baik elok dikongsi. Semoga kita beroleh keberkatan & semoga adek berjaya dalam peperiksaan tahun depan.

siti nur syahirah said...

hmm.. riso nya tahun ni nak pmr, korng doakn ye smoga kita bolh jwb time pmr nanti amin. ..

Anonymous said...

why takboleh bincang eh? boleh explain tak? :)

SK TAMAN SERI WANG, SG. PETANI, KEDAH said...

Assalamualaikum... mohon share di laman blog. Saya letak laman blog ini sebagai sumber asal. Terima Kasih.

Unknown said...

Walaikumsalam. silakan share. Ilmu yang baik memang patut kita kongsi bersama. Alhamdulillah.

Unknown said...

Emm ada pulak yang bertanya ni.. kenapa tak boleh bincang kertas soalan sehingga hari peperiksaan berakhir?
Ok.. menghadapi peperiksaan besar sebegini sudah cukup stress untuk para calon. Jadi persiapan dari segi ilmu & psikologi biasanya dibuat sejak awal tahun lagi.
Selepas kita keluar dari dewan peperiksaan pelbagai perasaan biasanya akan timbul. Ada yang yakin dengan jawapan dan ada yang kurang yakin untuk lulus. So aura positif & negatif memang berlegar2 dari seorang calon ke calon yang lain. Sebaiknya kita tutup dulu hari tersebut tanpa membincangkan jawapan dengan sesiapa pun & memberi ruang kepada diri kita untuk bersedia bagi menghadapi hari peperiksaan seterusnya.

Jangan meneka dikala samar,
Kelak tersalah mudarat hati;
Jangan dibiar gelisah berakar,
Tajamkan akal fokuskan diri.

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR, PMR & SPM 2013. Mami doakan anak2 semua berjaya dengan cemerlang. Aamiin.

Unknown said...

esok syo akan mendduki wars began wednesday PMR 2013, btw tq atas nasihat ini :)

Unknown said...

asalamualaikum..mohon share n copy bleh?.. sy spm taon ni lgi bpe belas hri jek,,doakan sy yeew :D..

Unknown said...

Silakan share / copy. Ilmu milik Allah. Yang baik datang dari Dia yang buruk dari saya sendiri. Semoga kejayaan milik anda semua. Aamiin.

Unknown said...

Trima kasih mami atas panduan tu

~Nana Nadiah~ said...

doakan saya utk exam yg bakal menjelang tk lama lg. spm 2014. amin

ABHasnah said...

Tqvm. Alhamdullillah ats sharing ni. Smoga sama2 kita dpt amalkan utk anak2 yg bakal duduki SPM STPM exam diploma degree master dsb.

Unknown said...

Semakin berdebar .. peperiksaan STPM kertas sy akn bermula pd 4/11/2014 . Doakan ketenangan dan kejayaan sy yea .. dan terima kasih untuk panduan nie .. :')

Amrina Rasyada said...

thanks,for the information given.

Unknown said...

Alhamdulillah. Semoga semua broleh kejayaan di dunia dan akhirat. In Shaa Allah. Aamiin.

Unknown said...

Terima kasih yer atas perkongsian ni ^_^ thn dpn sy UPSR...

Unknown said...

terima kasih atas nasihat...walaupun 8 bulan lagi UPSR..prasaan takut mmg sangat sangat sangat dirasai °-°

aikasgafeqa said...

alhamdulillah,lepas bace teks ni tenang je hti. dah tau ape yang patuh dilakukan. hilang nervous yang selame ni tak putus-putus sehinggakan waktu percubaan pt3 sy mengalami mind block yg teruk. mujur tak gagal subject kegemaran. terima kasih atas info yg dikongsikan. pt hanya 10 jam lagi.

Aida said...

assalammualaikom mami.saya bakal menduduki ujian akhir tahun.Biasanya saya berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas tetapi tahun ni saya gagal kerana kawan saya telah meniru di belakang tanpa disedari oleh guru.oleh itu dia berjaya mendapat tempat pertama dan saya yg berlaku jujur mendapat tempat kedua.saya takut untuk menghadapi ujian pada hari lusa kerana saya takut saya gagal mendapat tempat pertama dam mengecewakan ibu bapa saya tapi pada masa sama saya tak mahu dibenci oleh kawan saya hanya kerana saya bagitau guru yang kawan saya meniru.apa yg patut saya buat?saya ingin meringankan beban ayah saya dengan berjaya mendapatkan biasiswa tetapi kalau kawan saya meniru lagi dan mendapat tempat pertama berarti permohonan biasiswa saya ditolak dan sia sialah usaha saya unruk berjaya.saya mohon nasihat mami..terima kasih mami diatas tips tips di atas

Nurin Auni Nadirah said...

Terima kasih

Nurin Auni Nadirah said...

Terima Kasih

Aida said...

assalammualaikom mami.saya bakal menduduki ujian akhir tahun.Biasanya saya berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas tetapi tahun ni saya gagal kerana kawan saya telah meniru di belakang tanpa disedari oleh guru.oleh itu dia berjaya mendapat tempat pertama dan saya yg berlaku jujur mendapat tempat kedua.saya takut untuk menghadapi ujian pada hari lusa kerana saya takut saya gagal mendapat tempat pertama dam mengecewakan ibu bapa saya tapi pada masa sama saya tak mahu dibenci oleh kawan saya hanya kerana saya bagitau guru yang kawan saya meniru.apa yg patut saya buat?saya ingin meringankan beban ayah saya dengan berjaya mendapatkan biasiswa tetapi kalau kawan saya meniru lagi dan mendapat tempat pertama berarti permohonan biasiswa saya ditolak dan sia sialah usaha saya unruk berjaya.saya mohon nasihat mami..terima kasih mami diatas tips tips di atas

Unknown said...

Skrg bru smangat nk jwb SPM bulan 11 ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...