Mari kita refresh rupa mee tauhu tu.
mee goreng
Tauhu masak taucu
Sambal tumis
Ok, bahan2 untuk mee:
350gm mee kuning kering (direndam hingga lembut & toskan)
*Ni kalau takde mee kering tu, pakai mee basah pun boleh atau mee sanggul
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
100gm tauge atau sawi
1 biji cili besar - dihiris
Kicap pekat
Sedikit sos tomato
Garam
Gula
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak
Cara menggoreng mee:-
Panaskan minyak. Masukkan bahan2 yang ditumbuk. Kacau sampai wangi. Kemudian masukkan kicap dan sos tomato, garam dan gula. Bila garam & gula sudah sebati dengan kicap & sos tomato, masukkan mee kuning. Gaul sampai mee tersebut rata warna kicapnya. Masukkan tauge dan cili besar yang telah dihiris. Gaul rata dan biarkan seketika. Gaul lagi dan angkat.
Bahan untuk tauhu masak taucu:-
5 ketul tauhu putih
4 ketul tauhu pok (tauhu gabus)
100 gm isi ikan tenggiri (kalau tiada, pakai fish ball pun boleh)
1 sudu makan tepung sagu
1 sudu teh tepung kanji
2 sudu makan taucu masin
2 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih
sedikit hirisan daun bawang
Minyak makan
Garam dan gula
2 gelas air
Cara buat:-
Untuk Tauhu berisi ikan:
Belah dua tauhu putih tu. Kemudian gunakan sudu kecik untuk mengeluarkan sedikit isi tauhu di tengah2. Isikan bahagian yang berlubang itu dengan fish ball (dibelah dua) atau isi ikan tenggiri yang telah kisar bersama tepung sagu dan tepung kanji. (dikisar tanpa air). Untuk tauhu gabus pula, tebuk satu lubang kecik pada mana2 bahagian tauhu gabus itu dan masukkan saja fishball (dibelah dua) atau isi ikan tenggiri. Setelah itu, goreng sekejap tauhu2 tadi dan ketepikan.
Untuk kuah taucu:-
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan minyak dan tumis bawang putih. Bila telah wangi, masukan taucu, Kacau rata. Masukkan kicap dan tuangkan 2 gelas air, secubit garam dan 3 sudu makan gula. Gaul rata sampai gula dan garam larut. Bancuh sedikit tepung kanji (dalam 1 sudu makan gitu) dengan air dan kemudian masukkan ke dalam kuah yang telah mendidih sambil kacau. Anda akan lihat kuah memekat sedikit. Masukkan tauhu2 yang telah siap di goreng. Biar hingga mendidih sekali lagi. Angkat dan taburkan daun bawang. Rasa kuah taucu ni agak sedikit manis.
Bahan untuk sambal tumis bawang putih:-
3 ulas bawang putih
Cili padi (terpulang berapa nak)
setengah inci belacan
sedikit air
Garam
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis.
Cara buat:-
Satukan bawang putih, cili padi, belacan dan air dalam blender. Putar hingga semua bahan lumat Pas tu, panaskan minyak dan tumis bahan2 yang telah diblender tadi. Gaul rata. Taburkan garam & serbuk perasa. Kacau lagi sampai sambal naik minyak. Angkat. Sambal ini rasanya sedikit masin. Hidangkan bersama mee goreng tadi & tauhu masak taucu. Jangan lupa sediakan limau kasturi yang telah dibelah dua.
Notakaki: Kalau ada terung sumbat, cili sumbat, bendi sumbat atau peria sumbat pun sedap makan ngan kuah taucu ni. Tapi sayuran sumbat ni kena goreng dulu tau. Baru siram kuah atas sayuran sumbat tu. Jangan sesekali masak dalam kuah tu.. sumbat dier ntah ke mana.. sayur dier ntah ke mana.. hahahaha...
Selamat mencuba.
12 comments:
yess sangat sedap..tak sabar tuk menghidangkan nya..
kawan ayah Jay request bonda buka gerai kat depan ni..alahai insyallah satu hari nanti..buka gerai tuk bekpes, menu spesel mee tauhu..kena kasi terror dlu..
mamy: tak bagi tau leh letak teruk..lada..yang da d isi kat tengah2 tu..2 ni mmg paberet gile!
saja melawat follower saya, and happy saturday..^^
Untuk orang bujang cam SkY sangat berguna hehehe :p
Newbies Susahkan Blogger Senior?
makasi ada resepi, bole la mengubati homesick skit. T.T
terima kasih sudi share resepi yang sedap ini.. maybe tahun depan saya nak ke tawau... mesti banyak tempat menarik n tempat makan yang best best di sana...
Selalu turun Tawau sarapan makan mee tauhu ni dan bagitau dgn isteri mengenai mee ni kerana org Kuching,Sarawak suka makan mee.Di Kuching ada pelbagai mee,mee jawa,mee laksa sarawak,mee kolok,mee belacan dan mee singapore.Makan mee tauhu sama caranya makan mee kolok cuma berbeza meenya dan juga kuahnya.Terima kasih Puan IzzamayDaniqis kerana upload resipi ini.Nanti minta org rumah mencuba resipi mee tauhu ni...salam eidulfitri 1430H
Di Tawau Restoran Amat Tauhu paling digemari pelanggan sampai berbaris di luar menunggu meja kosong,kalau datang lepas jam 10pagi silap2 nda ampit huhu...
Pak Chad Hussin. Ye.. Restoran Amat Mee Tauhu memang terkenal di Tawau & mee Tauhu nya memang sedap. Saya sendiri memang penggemar mee tauhu Amat ni.
Resepi ni saya buat berinspirasikan rasa mee tauhu Amat & keluarga saya amat menggemari rasanya setiap kali saya sediakan untuk mereka.
Selamat mencuba & salam Aidilfitri.
baru nak belajar buat...thanks sebab kongsikan resepi ni...
Terima kasih resepinya...teringat masa dulu2 di tawau tiap hari minggu lepak kedai amat mee tauhu.
Wahhh sdpnyeee nyam nyam nyammmmm....mau datang jauh Sgt bahhh....😊 thks kongsi resepi...
Salam. Saya dah try. Alhamdulillah sedap sgt. Saya minta izin utk kongsi resepi ni.
Post a Comment