Jadik.., apa lagi. Ketatkan tali pinggang tu. Jom kita bersiar-siar!
Hah.., ini gambar kat bandar Fajar. Bandar ni boleh dikatakan bandar kewangan..sebab di sinilah pusat tumpuan bank2. hotel2 dan pejabat2. So..., tak yah nak takut kalau tak cukup cash. Hampir sume bank kat Malaysia ni ader cawangan kat Tawau.... Maybank, CIMB, HSBC, Agro Bank, Public Bank, Bank Rakyat, BSN, Standard Chatered dan macam2 lagi.
NI pulak pemandangan dari Wisma Persekutuan. Biasalah wisma ini menempatkan jabatan2 kerajaan.
Ni lah Wisma persekutuan tu. Nampak kubah hijau tu..., itu Masjid Al-Kauthsar. Masjid terbesar di Tawau. Jom tengok masjid ni.
Ni pula adalah jalan highway sepanjang tepi kawasan bandar & berhadapan dengan laut. Lawa tak?
Hah.., ni gambar dari dekat tempat yang sama. Bila petang.., kawasan ni penuh dengan orang ramai untuk menghabiskan lelah setelah seharian bekerja atau... ader gak yang berjogging. Kalau ko rang suke bersenam, kat kawasan ni ader satu taman kecil yang menyediakan fasiliti bersenam untuk orang awam. So, sambil bersenam dapat juga menghirup udara segar.
Bangunan putih yang banyak tingkap bulat2 tu sebenarnya ialah Perpustakaan Negeri. Bangunan ini menempatkan 2 tingkat perpustakaan awam dan sebuah audotorium. Selalu gak sekolah2 atau syarikat persendirian mengadakan function kat sini.
Pada mereka yang suka shopping... jangan susah. Kat sini pun ader shopping kompleks. Jom kita tengok.
Ader banyak tempat shopping kat sini jadi toksa risau ye. Pada yang suka barangan kraf tangan..boleh le berkunjung ke Pasar Gantung Tawau...Kat sini ader jual bermacam2 jenis barangan yang sesuai dijadikan cenderahati. Jom tengok gambarnye...
Kalau dah biasa makan makanan segera..., kat sini pun ader KFC, Pizza Hut, Secret Resepi & Old Town White Cofee.
Tapi aku rasa mang rugi sangat kalau korang datang kat Tawau ni dan tidak merasai makanan laut. Korang nak tau.., Tawau ni ibarat Syurga pada penggemar makanan laut. Harganya.... sangat berbaloi. Tak percaya? Jom tengok.
Rasa nya dah penat round2 Tawau ni.... Sebelum tu..aku nak ucapkan terima kasih pada Google & Yahoo images atas gambar2 di atas. Ni lah wajah sebenar bandar Tawau. Nanti bila aku dah ader lensa aku sendiri.., aku akan buat shot2 sendiri mengenai bandar kelahiran aku ni. Sebelum korang sume balik ke blog masing2 jom layan gambar Senja Di Tawau ni.... indah dan damai kurniaan Yang Maha Esa. Syukur.
8 comments:
pergh..
terliur tgk pic tu..
ish3!!
sape la nk bwk aQi g tawau t..
ahax..:D
Hihihihi... alah..apa nak susah2 tuggu orang bawak... bli je tiket Air Asia. Murah.
mantis prawn ? udang ? dalam botol ? eh ???
salam perkenalan mama....
memang teringin nak p sana... tambah2 kami mmg suka sea food...
bila kami p sana boleh la jadi pemandu pelancong naaa.... :)
Hazari..., iye mantis prarw tu diletakkan dalam botol untuk memudahkan ia di ambil dari akuarium.
Mazlina..., salam perkenalan jugak. Wah.., teringin nak ke Tawau? Molek sangat tu. Insya'Allah.
... macam mane mereke masok ?
Hazari.., ye tak ye jugak kan. Tak pulak akak terpikir pasal tu. Ni kena tanya tauke gerai tu. hehehe
ida.... tq atas saranan supaya dimasukkan shoutmix k dalam blog saya...
Dulu memang saya ada masukkan... Dah 2 kali saya masuk n dlte sbb ada org tinggal kmen yang tak sepatutnya... jalan yg selamat saya tak perlu ada shoutmix.... :)
Post a Comment