1989..., lagu2 rock sedang megah bergema di mana2. Masa tu aku baru tingkatan 3. Pengaruh muzik rock turut mempengaruhi hidup aku tika itu. So aku ni kira budak rock le masa skolah dulu. Heheheh. Aku bersekolah di SM Konven St. Ursula, Tawau. Oleh kerana skolah aku takde budak lelaki, so aku tak le nakal sangat.
Masa tu kami sedang menanti sorang guru baru yang bakal mengajar subjek Bahasa Malaysia. Dengarnya cikgu baru ni berasal dari Kuala Lumpur. Masuk je kelas, cikgu baru tu terus kenalkan dirinya sebagai Ms. Chow. Dia memang guru yang best.
Satu hari tu, dia bercerita pada kami pasal perasaannya masa mula2 dapat surat pertukaran ke Tawau. Hatinya berdebar kencang. Sume benda dia packing lebih takut tak de jual di Tawau ni.... termasuk ubat gigi 6 tiub besar! Adoi Cikgu aku ni... So, kami pun tanya le kenapa dia buat macam tu?
Nak tau jawapan cikgu aku tu.... cikgu aku tu sangka kat Tawau ni tak de kedai dan orang2 nya masih tinggal atas pokok. Wakakakakakak... pecah perut kami ketawa berdekah-dekah bila dengar jawapan cikgu tu. Aduhai..., cikgu ku yang tersayang.... kenapa lah boleh fikir macam tu.
9 comments:
hehehe... but it's true sampai skg byk org yg tak penah pegi ke Sabah atau S'wak ingatkan dua2 tempat tu masih ulu... tapi sebenarnya maju dan berkembang pesat.
penah pegi ke KK dan Labuan... suka pantainya dgn pulau2 nya... especially Manukan. Tawau belum pg lagi.
owh, convent girl juga... saya dulu Convent Bukit Nanas, KL.
Tawau dah pernah smpai skali..Pasar Filipino tu.....x le...jauh ketinggalan semenjak Datuk TFernades create AAsia...best tawau..nak p pulau matabuan, sipadan,
jemput ziarah
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/
Pantai kat Tawau tak berapa cantik sal kedudukan perairan Tawau yang berteluk. Tak seperti KK, Labuan,Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang berhadapan dengan laut lepas. So airnya lebih jernih.
Eh, betulke budak konven ni?
persediaan awal..
haha.. byk yg ingat org sabah dan sarawak tinggal atas pokok.. tak faham jgk kdg2..tp kdg2 rasa lawak pun ada dgr diaorg ckp mcm tu
Iye lah masih ramai lagi yang ingat Sabahan & Sarawakian masih tinggal atas pokok. Funny betul lah. Wehhh..., kami dah lama tinggal kat rumah batu. Cuma orang utan kat Sepilok je yang masih tinggal kat ateh pokok. Hehehehe
klik2 heartbeat...
termasuk my hubby pon kan mamy.
naa sekali pegi tawau -merotai.lahad datu..semporna..trus mhu tinggal d sabah..
blik rumah tanya, "gaji brpa org sabah ni,rumah besar yang.."
bru tau,kami bukan la Ulu,tak tau napa kat tibi asik tunjuk yg tanah merah..naik feri..jambatan roboh..aje..tunjuk2 la yg mbanggakan kami anak sabah ni!
Mama Balqis..., thanks. Nanti saya klik balik ye.
Bonda.., a'ah kan. KIta kat Sabah ni.., bina rumah besar2, majority pakai kereta double cap, NInja dan macam2 kereta mewah ader kat jalan2 di Sabah ni. Sapa2 p Tawau, mesti heran...,rata2 satu rumah mesti ader at least 2 kereta. Kira ok aper. Tapi tetap gak ader yang fikir kita ni masih tinggal kat atas pokok. Hai..., sedih... sedih
Post a Comment