Semalam dah citer pasal kepopularan nasi kuning di kalangan orang Tawau. Hari ni plak nak citer pasal resepinya. Sebenarnya aku belajar buat nasi kuning ni dari ibu mertua ku yang tersayang. Beliau ni memang terer buat nasi kuning. Dan nasi kuningnye memang sedap. Mari kita tengok apa bahan2 yang diperlukan.
Bahan untuk nasi;
4 pot beras - dicuci bersih & di tos
1 biji kelapa parut
8 ulas kunyit hidup
2 helai daun pandan
sedikit garam
Cara penyediaan;
Masukkan kelapa parut, kunyit hidup dan air ke dalam blender. Kisar sampai kunyit menjadi halus. Tapis dan perah santan bercampur kunyit tadi. Buat agak2 dalam 5 cawan air. Anda akan dapat lebih kurang 5 cawan santan berwarna kuning. Selepas itu, masukkan santan kuning tadi ke dalam periuk nasi yang berisi beras. Simpulkan daun pandan dan letak dalam periuk nasi tadi. Masukkan garam dan gaul rata. Tanak nasi itu seperti biasa.
Bahan untuk bumbu bali (resepi ini telah aku ubah sedikit mengikut cita rasaku);
6 potong ikan tuna atau ikan tongkol - telah siap digoreng
12 biji cili kering - di rebus & dibuang biji
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah inci halia
4 batang serai
setengah inci belacan
air asam jawa
setengah sudu teh serbuk kunyit
garam
perasa (jika suka)
gula
Minyak bekas goreng ikan tadi
Cara membuatnya;
Kisar lada kering bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan. Panaskan minyak, dan tumis bahan2 yang telah kisar tadi. Masak sehingga naik aroma & terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit Kacau rata. Masukkan garam, gula dan perasa jika suka. Masukan ketulan ikan yang telah siap digoreng. Biarkan seketika agar isi ikan sebati dengan rasa kuah bumbu bali tadi. Apabila telah sebati, angkat dan hidangkan bersama nasi kuning & telur rebus beserta serunding kelapa. Rasa kuah bumbu bali agak manis, jadi terpulang kepada cita rasa anda.
Bahan untuk serunding kelapa;
200gm atau semangkuk sederhana kelapa parut (putih sahaja)
3 biji bawang merah - dikisar halus
3 batang serai - dikisar halus
sedikit serbuk kunyit
garam & gula secukup rasa.
Cara membuatnya;
Satukan kelapa parut dengan bawang merah & serai yang telah dikisar halus. Campurkan serbuk kunyit dan masak dalam kuali. Tambahkan garam & gula. Kacau sehingga kelapa tadi kering & berwarna keemasan.
Jangan lupa telur rebus. Tak payah ajar le ye cara nak rebus telur. Confirm sume pun dah tau caranya.
Ok..., selamat mencuba.
5 comments:
Salam Kak,
Apasal FB akak x boleh nak add? Nadya nak add akak ni. ehhehehe.. Suka resepi nasi kuning tu. memang sedap baaa...
Hi kak,
Sya ni ingin sgt nak try msk nasi kuning. search punya search sya t'nmpk blog kkk..sya mau tanya ja tuk bhn serunding kelapa tu, brapa cawan kelapa parut yg dperlukan? tq
Nak wat serunding tu, anda hanya perlukan lebih kurang 200gm atau semangkuk sederhana atau 2 cawan kelapa perut.
Selamat mencuba.
Nadya, cuba sekali lagi ya. Tak pasti pulak kenapa tak boleh add. Kalau tak pun Nadya bagi id FB nadya, nanti kak yang add Nadya ok. Thank you.
sedapnya nasi kuning...
Post a Comment