Wednesday, January 19, 2011

RESEPI PISANG PAPPEK - HIDANGAN PETANG YANG SANGAT SEDAP!!!

Pagi tadi citer pasal nasi kuning & mee tauhu. La ni ..., citer pasal makan lagi. Tapi yang ni memang spesel. Tak tau le kat tempat lain ader ke tak. Namanya pelik tapi rasanya sedap dan menjadi pilihan ramai di Tawau ni apabila tiba nak minum petang.

Hidangan ni di panggil Pisang Pappek....hihihihi.. confirm ader yang tersengeh. Sebut betul2 ye.. P.A.P.P.E.K

Ni lah rupa hidangan pisang pappek

Ianya pisang muda yang digoreng sekejap (tanpa tepung). Kemudian ditumbuk sedikit sampai agak leper. Lepas tu, pisang tadi digoreng semula (tanpa tepung) sampai kekuningan. Ia dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal tumis udang kering.

Kalau nak try buat...ni resepinya.

Untuk pisangnya:-
10 biji buah pisang muda - dikupas kulitnya & dibersihkan. Jangan dibelah. Biarkan je bulat2.
Kalau kat Sabah ni, kitaorang pakai pisang Sabah. 

Ni lah rupa pisang Sabah. 

Tapi kalau nak pakai pisang raja, pisang sekaki atau pisang tanduk pun boleh. Kalau pisang tandung belah 2 lah supaya tak panjang sangat..

Cara penyediaan:-
Tuang sedikit minyak dalam kuali. Ambil pisang yang tak dibelah tadi dan letak dalam kuali. Golek2 sedikit. Agak2 setengah masak, bolehlah diangkat. Kemudian, tumbuk pisang tadi dengan alu batu lesung sampai agak leper. Kalau takde alu lesung gunakan rolling pin atau belakang gelas. Buat pada semua pisang sampai habis. Lepas tu, tuangkan minyak lagi dalam kuali. Kali ni lebih sikit ya. Goreng semula pisang2 yang telah dileperkan tadi sampai kekuningan dan agak rangup tepi-tepinya. Tak payah salut ngan tepung ya. Bila dah warnanya agak keemasan, angkat dan ketepikan.

Sambal Tumis Udang Kering.
Bahan2nya:-
100 gm udang kering - direndam dengan air panas & dicincang
beberapa biji cili api - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci belacan - ditumbuk
1 biji bawang Holland - dipotong dadu
1 biji tomato besar - dipotong dadu
garam
sedikit air asam jawa
gula
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:-
Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk. Bila naik wangi, masukkan udang kering. kacau sebati. Kemudian masukkan bawang Holland & tomato yang telah siap dipotong dadu. Kacau rata. Setelah itu, masukkan garam, air asam jawa dan gula secukup rasa. Biarkan seketika. Angkat apabila sambal mulai pekat dan naik minyak. Hidangkan bersama pisang pappek. Confirm terangkat!!!

Selamat mencuba


7 comments:

de' Elle Norizi said...

c mamy bikin panas bah..

mamy edit sket pisang apa d pake mamy..sb klu mamy mau tau pisang tu jarang d jumpa d smnjung..

pitam kmi cari hari tuh,.
lg pl kn nt org smnjung mhu buat mcm resepi mamy salah pakai pisang pl..d sini pisang goreng dorg, pisang apa tah dorg pakai, masam!

Hidayati said...

Hehehehe... namanya pun pisang sabah. Memang susah jumpa kat smnjung. Tapi toksa risaule. Ble gak diganti ngan pisang rastali, atau pisang embun. Tapi rasa len sikit le. Kalau jumpa pisang tanduk atau pisang sekaki pun bole guna. Yg penting mesti muda.

Huszaini said...

guna jantung pisang boleh? kekekeke boleh bah kalau kau! hehehehe

de' Elle Norizi said...

mamy: baca ni..harus suka!!
http://lunazahra.blogspot.com/2011/01/elle-juga-da-daftar-heartbeatmy.html

ibuLuna @ de'Elle. said...

nk tau bpe value blog mamy..meti tak caya..cek sini,

http://bizinformation.org/my/www.hidayatimohamed.blogspot.com

haaahaa, tu bru sebulan tu, kalah bonda yg da 5-6thn mnulis ni..

Hidayati said...

Huszaini...., nanti akak try..pas tu kirim kat awak. Hehehehe

Bonda.., kejap mamy jump ke blog bonda.
Wah.., begitu nilai blog mamy..., mahal tu.. mamy dah display kat blog mamy. Tapi untuk aper tu ya bonda? Explain sikit.

ibuLuna @ de'Elle. said...

utk mngada2 je mamy..seronok!
bukan nak jual blog kan!hahahha
kot2 ada yng nak amik alih bloh mamy,hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...