Friday, April 12, 2013

MATEMATIK YEAR 4 : PERPULUHAN (DECIMAL)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Malam ni nak bincang pasal PERPULUHAN. Topik ni senang sebenarnya jika kita faham konsep perpuluhan itu sendiri.

Anda perlu tahu bahawa semua nombor lepas titik perpuluhan perlu disebut satu-satu (tanpa ada puluh, ratus atau ribu). Lihat contoh di bawah..


12.372
Dua belas perpuluhan tiga tujuh dua

Untuk mengenal pasti kedudukan Nilai Tempat perpuluhanan sila rujuk rajah di bawah:-



                                           


Maknanya 12.372 boleh dicerakinkan seperti berikut.

10+ 2 + 0.3 + 0.07 + 0.002 

atau

1 puluh + 2 sa + 3 persepuluh + 7 perseratus + 2 perseribu

* Nilai tempat mesti ditulis dalam perkataan
* Nilai digit ditulis dalam angka.

Nak ingat mudah je.. ingat perkataan "DIGIT" je. 
"DIGIT" bermaksud nombor/angka. Jadi jika soalan meminta anda mengenal pasti nilai digit.. automatik ingat angka.. so tulis jawapan dalam angka seperti:-

12.372 = 0.07

Jika soalan meminta anda mengenal pasti nilai tempat.. dah sah2 mesti jawab dalam perkataan sebab takde perkataan "digit". Contoh seperti berikut:-

12.372 = perseratus

Ok ker ni? Harap2 tak pening yer..

Mari perhatikan contoh2 berikut.

Nyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi nombor-nombor bergaris.

13.674 => puluh =>10
46.219 => sa =>6
30.653 => persepuluh =>0.6
34.517 => perseratus =>0.01
22.149 => perseribu =>0.009

Boleh faham? Harap2 boleh..

Jom kita teruskan pada topik penukaran...
PERPULUHAN KE PECAHAN dan PECAHAN KE PERPULUHAN

Untuk topik ini, mami gunakan teknik sifar

Konsep "Teknik Sifar" ialah mengenalpasti bilangan sifar.

10 ada satu sifar (0)
100 ada dua sifar (00)
1000 ada tiga sifar (000)

A. Pecahan kepada Perpuluhan

3 2/10 (tiga dua persepuluh)

1. Perhatikan jika ada nombor bulat pada pecahan. Jika ada letak nombor bulat sebelum titik perpuluhan. Jika tiada letak sifar sebelum titik perpuluhan. 3 ialah nombor bulat so letak angka 3 sebelum titik perpuluhan..seperti di bawah
3.

2. Perhatikan pecahan. 

2
10 
bayangkan 1 ialah titik perpuluhan dan tulis angka 2 pada 0 macam ni..

1 0
. 2

anda akan dapat angka ".2" (perpuluhan 2)

3. Gabungkan jawapan anda..
3.2
inilah jawapan anda dan ia tepat.


Jom cuba soalan lain.

5/100 (lima perseratus)

V
V

tiada nombor bulat jadi letak 0 sebelum titik perpuluhan

0.

V
V

100
.05

V
V

gabungkan jawapan

0.05
(ini jawapan akhir)

Boleh faham?.. 

Cuba lihat contoh2 soalan di bawah.. 
Tukarkan yang berikut kepada bentuk perpuluhan.

1) 71    = 0.71
   100

2) 6 12   = 6.12
      100

3) 30  = 0.03 .... kenapa? Sebab 0 di belakang 3 tidak mempunyai nilai.
   100

4) 108  = 0.108
    100


B. Perpuluhan kepada pecahan

6.49

1. Perhatikan nombor bulat. 
6 ialah nombor bulat. Letakkan ia di hadapan pecahan.., seperti di bawah.

6

2. Analisis nombor selepas titik perpuluhan dengan "Teknik Sifar" 

.49
100

3. Gabungkan jawapan anda.

6  49
    100
(ini jawapan akhir)

Jom cuba soalan lain..

0.9

v
v
v

     TIADA                                 
(tiada nombor bulat jadi jangan letak apa-apa. teruskan analisis pada nombor selepas titik perpuluhan )

v
v
v

.9
10

v
v
v

 9
 10
(jawapan akhir)

Cuba lihat contoh-contoh soalan berikut:-

Tukarkan yang berikut kepada bentuk pecahan.

1) 0.8 =  8
            10

2) 2.7 =  2  7
                10

3) 0.01  =  1
               100

So, amacam? senang tak? Senang kan... Asalkan kita faham konsep perpuluhan.. maka nak buat apa pun boleh. Nak tambah, tolak, darab dan bahagi pun boleh. Janji.. titik perpuluhan mesti berada selari. Hah.. ini nanti kita akan sambung.

akhir kata... teruskan membuat latihan2 yang guru anda berikan. Jika ada masa terluang.., teruskan dengan membuat latihan2 tambahan dari buku2 yang anda beli sendiri. Semakin banyak latihan yang anda buat semakin bagus. Ia mengasah skil pengiraan anda.

                                        

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...