Wednesday, July 25, 2012

TANDAS OH TANDAS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Tadi p skodeng blog Ben Ashaari . Dia citer pasal tandas sekolah dia. Mang klakar + geli. Mang betul katanya, maju pun tak guna kalau tandas sekolah masih kotor macam dulu2. Ia menujukkan tahap mentaliti kita terhadap tanggungjawab mendidik anak2 menggunakan tandas dengan betul & bersih seawal umur pra sekolah serta tanggung jawab sekolah untuk menyelenggara tandas murid agar tidak tersumbat dan banjir. Yaiks!

Tetiba teringat pulak kisah tandas kat sekolah mami. Masa mami sekolah rendah.., mami mang tak pernah masuk tandas. Bayangkan lah, dari darjah 1 sampai darjah 6, tak teringin pun tak teringin pun nak buang hajat kat tandas sekolah. Memang kotor giler. Tu belum masuk lagi tu. Dua tiga depa dari tandas pun boleh pengsan dek baunya yang teramat "semerbak" Bukan tu je, ada juga ura2 mengatakan tandas sekolah tu berhantu. Lagilah jauh niat nak ke tandas. Pernah beberapa kali mamy ponteng sekolah gara2 balik rumah sal nak buang air besar. Haiii... tak sanggup mamy nak bayangkan tandas sekolah tu.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, len pulak citernya. Masa tu mami masuk sekolah konven. Tandas kat sekolah mami tu punyalah bersih dan wangi. Hah..! Wangi tu yang penting. Ni baru tandas murid tau. Blom lagi tandas guru. Perrr... lawa, bersih, wangi siap ader bunga lagi. Ait kantoi! Pernah curi2 masuk tandas guru.. hehehehe.

Tapi mang betul, tandas untuk murid kat sekolah mamy tu mang bersih. Kita orang siap lepak & makan kat belakang tandas tu. Bayang kan..., makan tu beb! Nak tau rahsianya. Ini hasil penat semua murid tau. Masa tu.., sekolah kita ada jadual bertugas selama seminggu untuk setiap kelas. Tak kira.., sidang pagi atau petang. Ada banyak tugas kat dalam jadual tu termasuk lah CUCI TANDAS! Mana2 kelas yang kena tugas cuci tandas diwajibkan mencuci tandas setiap hari selepas waktu sekolah. So, yang sidang pagi kena cuci waktu tengahari dan sidang petang pulak, cuci waktu pulang lah. Bukan kena cuci tandas je tau. Longkang yang connect ngan tandas pun kena cuci juga. So sekolah kitaorang memang ada banyak sapu tandas. Hasilnya sekolah tu mang bersih, longkang pun tak der yang hijau2.  

Nampak macam mendera. Memang terasa pun macam kena dera. Tapi tu lah.., oleh kerana murid sendiri yang kena cuci tandas, perasaan nak kotorkan tandas tu kureng. Jadi, asal rehat je mang suke p tandas.., bukan nak buang hajat pun.., saje nak melaram. Teenager lah katakan. Kat tandas kan ader cermin besar. Senang nak touch up muka atau betulkan  pony rambut. Alah rambut depan tu. Time tu kan, boleh pakai gel kat sekolah. So mang suke buat pony tinggi2 ala2 Andy Lau, Aeron Kwok & Leon Lai. Tepek beauty cream kat muke pun boleh.

Hai... bila teringat zaman sekolah  menengah memang best. Memang gemilang.

p.s:- Sampai sekarang memang suke cuci tandas kat rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...