Sunday, July 29, 2012

SOTO AYAM PEMBUKA SELERA RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


Bayangkan anda sedang menghirup sup ayam yang sungguh menyelerakan dengan hirisan ayam goreng, telur rebus, perkedel kentang,  beserta bawang goreng, daun sup dan sedikit hirisan cili merah. Yammm....  Ketulan nasi impit dan mihun nya pula cukup mengenyangkan setelah seharian berpuasa. Itu lah Soto Ayam!


Soto ayam bukan sahaja sesuai sebagai hidangan berbuka puasa, malahan ia juga sangat sesuai dihidangkan semasa bersahur. Tekturnya yang bersup mampu membuatkan kita segar walaupun seharian berpuasa. Apa lagi jika diambil bersama buah-buahan sebagai pencuci mulut. 


Nak sediakan soto ayam tak lah susah sangat. Yang penting, siapkan supnya pas tu sediakan bahan dalam soto kita tu. Masa puasa ke-5 yang lalu, mami masak soto ayam sebagai juadah utama berbuka puasa. Sebenarnya, masa tu kat dalam fridge memang takde daun bawang atau daun sup. Cili besar pulak dah habih. Nak p beli takut tak sempat. Pasal nak sediakan sume bahan mengambil masa kira-kira 2 jam. So mamy buat je dengan apa yang ader.  So inilah hasilnya:- 




Amacam? Menyelerakan? Bolehlah...


Nak buat soto ni mudah je. Jom kita sama2 tengok resepinya. Hidangan yang mami buat ni khas untuk 5 - 7  orang.


1. Nasi impit:-
Se pek Ketupat Nona saiz besar. Dalam ni ader 6 bungkus nasi impit. Mami rebus 3 sahaja. Cara nak rebus mudah je. Cuma perlu rendam dalam periuk yang beisi air dan panaskan dengan api sederhana sehingga beras dalam kantung ketupat kembang memenuhi ruang dalam kantung ketupat itu.

TIP PENTING:- sediakan awal2. Sekurang-kurangnya 4 jam sebelum nak makan. 



2. Sup ayam
Bahan2:-
300gm leher atau kaki atau sayap atau tulang dada atau paha ayam. (cuma nak maniskan sup kita je) - potong kecil2 ya.
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah (ditumbuk halus)
1 batang kulit kayu manis (saiz sederhana besar)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga cengkih.
3 liter air
3 biji kiub pati ayam & gula
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis.


Cara nak sediakan:-
Tumis bahan yang ditumbuk dan diketuk tadi sehingga wangi. Masukkan bahan rempah (kulit katu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih). Tumis sehingga bawang bertukar warna menjadi keperangan.


Masukkan bahagian ayam yang telah dipotong kecil2. Gaul rata dengan bahan tumisan. Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api sederhana kecil sehingga airnya kurang agak2 seliter. Ini bertujuan untuk betul2 mengeluarkan flavor atau pati tulang ayam. 
Tips:- Kalau anda gunakan kaki ayam, goreng sekejap kaki ayam itu. Tak pelu garamkan atau bubuh perasa. Kemudian didihkan dalam sup. Hasilnya kaki ayam empuk dengan cepat dan betul2 lembut. Takde bahagian yang liat.


Ok. Bila airnya dah kurang, tambah 1 liter air lagi dan biarkan mendidih. Apabila dah mendidih, pecahkan kiub pati ayam dan masukkan ke dalam sup. Bubuh sesudu makan gula dan sedikit garam. Kecilkan api. Biarkan saja sup itu mendidih perlahan-lahan sebab kita nak tuangkan kuah sup atas mihun yang telah di rendam tadi. 


3. Sebungkus mihun - direndam (tak perlu panaskan air rendaman)
Tips:- Mihun boleh juga digantikan dengan suhun.


4. Hirisan ayam goreng
1 dada ayam yang dibelah 2. Kemudian perasakan dengan garam, kunyit dan sedikit asam jawa supaya warna ayam menjadi sedikit keperangan. Perap dalam 10 minit dan goreng. Hasilnya jadik macam ni:-


Ayam ni tak perlu nak dirempah sangat pasal kita nak hiris dan siat isinya sebagai hiasan atas soto kita nanti.


5. Perkedel kentang
Bahan2:-
3 biji kentang saiz sederhana besar - Kupas dan rebus sehingga betul2 empuk
2 biji bawang merah - ditumbuk halus
50gm udang kering - ditumbuk halus
1 biji cili merah dihiris halus
sedikit daun sup dihiris halus
sedikit lada sulah
Garam & gula
1 biji telur - asingkan kuning & putihnya
sedikut tepung gandum
minyak untuk menggoreng


Cara nak sediakan:-
Lecekkan kentang sehingga tiada yang berketul. Ketepikan. Tumiskan bawang dan udang kering hingga sedikit garing.Angkat dan tuangkan ke dalam kentang yang telah dilecek tadi. gaul rata. Kemudian masukkan cili merah, lada sulah, daun sup, garam, gula dan kuning telur. Gaul sampai sebati. Kepal2 kan adunan kentang mengikut saiz kegemaran anda. Kemudian golekkan dalam putih telur dan atas tepung. Tak perlu tebal sangat tepungnya. Memadai dengan lapisan nipis sahaja. Goreng dengan api sederhana kecil. 
Tips:-Api yang kuat atau besar akan memecahkan dinding luar perkedel dan menjadikan minyak anda kotor dek serakan kentang. So kena sabar masa nak goreng perkedel kentang ya.


6. Bahan hiasan:-
Hirisan daun bawang & daun sup
Hirisan cili merah
Telur rebus dihiris kasar.
Bawang goreng


7. Plating:-
Apabila semua bahan sudah siap dimasak, masukkan sedikit nasi impit yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan mihun. Tuangkan didihan ke paras yang disukai. Janji mihun tadi mesti tenggelam. Hiaskan dengan isi ayam goreng yang telah dihiris dan disiat dan sebiji perkedel kentang yang dibelah dua beserta dengan bahan hiasan. 


8. Kalau nak sedap lagi, makan ngan sambal tumis dan perahan limau.


Sambal tumis tu, anda boleh buat ikut sambal tumis kegemaran anda. Tapi mami ader satu resepi sambal tumis yg sangat sedap di makan dengan soto atau pun apa jua jenis sup. Sambal tumis mami yg satu ni, tak gunakan belacan bertujuan untuk tidak menganggu rasa sup. 
Bahan2:-
Segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis


Cara:-
Blenderkan cili dan bawang putih dengan sedikit air sehingga halus. Panaskan kuali dan tumis bahan yang diblender tadi. Masukkan garam & serbuk perasa. Tumis hingga naik minyak. Hasilnya jadi macam ni....






Selamat mencuba



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...