Monday, November 11, 2013

Kejapnyer Masa Itu Berlalu

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Sedar tak sedar.., kita hampir berada di penghujung 2013. Macam2 pengalaman best dan tak berapa nak best dilalui sepajang tahun ni. Itu lumrahkan. Mana ada hidup yang happy sepanjang masa. Barbie doll pun ada masalah.. ini kan pulak kita..

Tahun makin berganti, wajah semakin tua... Pencapaian dunia sampai dimana? Untuk akhirat, apa cerita? Apa pun semua kena balance ye. Bila hidup kita balance antara keduanya.. In Shaa Allah.. kaya dunia kaya akhirat. 

3 bulan lagi mami nak masuk 40 tahun. Dulu masa muda remaja.., kira banyak buang masa. Lepak sana sini.. tak kira.. lepas sekolah atau hujung minggu. Tu.., sib baik belajar hisap rokok atau dadah..(nauzubillah). Bab belajar.., memanglah mami ni antara budak pandai kat sekolah (isi bakul betul).., tapi belajar takat2 nak exam je.. Sayang sangat. Kalau ingat balik.., confirm cemerlang kalau fokus dan belajar betul2. Mungkin sebab faktor ketiadaan bapak (mohon sedekahkan Al-fatihah) dan mak pulak dengan "dunia" dia sendiri. Apa pun tak boleh salahkan keadaan. Kita ni insan. SEBAIK-BAIK ciptaan yang MAHA ESA. Kita dikurniakan akal untuk berfikir dan hati untuk menilai mana baik mana buruk. Meaning.., kita diberi peluang yang adil untuk memilih jalan hidup kita sendiri. 
Persoalannya.. kemana kita nak pergi? Dan dengan siapa kita ke sana? Rasanya, masing2 tahu jawapan masing2 kan. Ingatlah.. orang2 di sekitar kita memainkan PERANAN penting dalam pembentukan siapa diri kita. So, choose wisely, agar tak menyesal dibelakang hari.

Dah lah.. nak ceramah panjang sangat pun.. mami ni bukan pandai sangat. Masih dalam proses untuk menjadi lebih baik dari semalam... rasanya proses tu takkan habis kot.. Hehehe..

Apapun, nak abadikan gambar terbaru mami pada usia 39 tahun 9 bulan. Boleh kan.. Eh.. blog sendiri apa.



blur pulak gambar ni.. pedulilah..



Wasalam.

2 comments:

Aty_Fared said...

Waaaahhh 39 tahun tp tak nmpak mcm 39 pon.... mudaaaaaa..... :)

Hidayati Mohamed said...

Alhamdulillah.. terima kasih banyak2. Yes dear.. dah 39 dah ni. Kak lahir pada 16 Februari 1974.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...