Untuk mengundi, klik <<< SINI>>>
As salam sume. Malam kita sambung sembang finalis ke-7 hingga 10. Ready.., jom layan.
7. Table Mountain, South Africa.
Terletak di Cape Town. Ia merupakan gunung yang puncaknya rata seakan sebuah meja. Table Mountain merupakan tarikan utama pelancong ke Cape Town. Ia juga adalah ikon bandar ini. Table Mountain adalah satu-satunya lokasi semulajadi di planet bumi yang mempunyai buruj sempena namanya iaitu Mensa (Table).
Binaan semulajadi ini telah wujud & bertahan sejak 6 juta tahun lalu serta menyimpan khazanah bunga-bungaan lebih daripada 1,470 jenis spesis. Puncak ratanya adalah setinggi 1,086 m dari atas laut.
Bagi mereka yang menggemari sukan mendaki, tempat ini ibarat syurga. Namun pada yang kurang mampu untuk mendaki.., cableway disediakan untuk pelancong menikmati panorama indah Table Mountain.
8. Angel Falls, Venezuela.
Inilah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979m (3,212 kaki) dan jarak jatuh tanpa hambatan sekitar 807m (2,647 kaki). Air terjun hebat ini terletak dalam hutan tebal Rio Caroni, Taman National Canaima, Venezuela. Juga dikenali sebagai El Salto Angel bagi penduduk tempatan, air terjun ini 19 kali lebih tinggi dari Niagara Falls. Walaupun ditemui pada awal abad ke-20, air terjun ini kurang dikenali sehinggalah ia ditemui secara rasmi oleh penerbang Amerika bernama James Crawford Angel yang pada ketika itu sedang mencari kedudukan lombong emas. Air terjun hebat itu dinamakan sempena namanya.
Terbentuk lebih daripada 130 juta tahun, air terjun ini sering diliputi awan. Oleh kerana lokasinya betul2 dalam rimba tebal, membuatkan sesiapa yang berada di sana terasa seakan-akan berada pada zaman pra-sejarah. Pada tahun 1912, di lokasi inilah Sir Conan Doyle mendapat inspirasi untuk menulis novelnya yang paling terkenal iaitu "The Lost World".
9. Cliffs Of Moher, Ireland.
Terletak di County Clare, Ireland. Bertebing curam setinggi 120 m (390 kaki) menghiasi sisir Laut Atlantik. Tebing ini terbentuk secara semulajadi kesan potogan & hakisan sungai purba. Kajian menunjukkan dasar tebing ini berusia lebih daripada 300 juta tahun. Moher Cliff menjadi habitat kepada 30,000 ekor burung dari 20 jenis spesis. Pada tahun 2006, lokasi ini telah mencatat rekod kunjungan pelancong seramai 1 million pengunjung. Kawasan ini turut menjadi pilihan lokasi filem seperti Harry Potter And The Half-Blood Prince (2009), Leap Year (2010) dan banyak lagi.
10. Grand Canyon, USA.
Sapalah yang tak pernah dengar nama Grand Canyon. Kalau kes tak tau ia kat mana.., mungkin jugalah. Tapi nama GRAND CANYON memang sangat popular. In fact, ia sebuah kawasan yang sangat terkenal di seluruh dunia. Grand Canyon terletak di Arizona, Amerika Syarikat. Ia terlakar oleh Sungai Colorado yang memotong lapisan demi lapisan batuan sementara Dataran Colorado diangkat. Proses ini telah berlaku sejak 17 juta tahun lampau. Grand Canyon berkeluasan 446km panjang, 29km lebar dan mencapai kedalaman 1800 meter. Sehingga kini, Sungai Colorado masih terus menghakis & membentuk ngarai2 baru.
Sebenarnya, kalau nak betul2 citer pasal Grand Canyon ni.., panjang betul. Banyak perdebatan mengenai kewujudannya. Lapisan2 batuannya mengandungi banyak fosil yang menyokong bahawa berjuta-juta tahun dahulu, kawasan ini ialah lautan. Dan apa yang kita lihat sekarang ini adalah gaung2 kesan tinggalan lautan tersebut. Yang pastinya, Grand Canyon memang sangat menakjubkan.
BERSAMBUNG..........
1 comment:
Subhanallah... terpegun dengan kebesaran-Nya...
Post a Comment