Tuesday, September 27, 2011

7 KEAJAIBAN SEMUALJADI (FINALIS 1-3)

As salam sume. Pagi ni mamy nak sambung cerita pasal keindahan semuajadi ciptaan Allah S.W.T. yang telah menjadi perdebatan & pengundian untuk pemilihan 7 Keajaiban Semulajadi pada 11.11.2011 nanti. Calon2 nya hebat2 belaka. Pencalonan adalah berdasarkan aspek utama iaitu kesemulajadian sesuatu lokasi itu tanpa banyak manipulasi atau gangguan oleh manusia. Dari 200 lokasi seluruh dunia termasuk Malaysia, 28 lokasi telahpun dipilih sebagai finalis berdasarkan jumlah undi. So, sape2 yang berminat nak mengundi tu.., sila tekan <SINI> sebelum 11.11.2011 ye. Tapi sebelum tu, bacalah dulu n3 mamy ni. Semoga menjadi panduan untuk memilih lokasi yang paling layak untuk dimahkotakan sebagai 7 WONDERS OF NATURE!

Jom., mari kita skodeng finalis pertama hingga ke-3 tersebut.

.1. Hutan Hujan Amazon, Amerika Selatan.



Juga dikenali sebagai "Paru-paru Dunia" kerana inilah hutan hujan tropika prima terbesar di dunia yang mengepam 60% gas oksigen dunia. Hutan ini meliputi 10 negara di Amerika Selatan dengan keluasan 5,500,000 km persegi atau 1.7 billlion ekar. Huh! luas betul. Ia merupakan "rumah" kepada lebih daripada 2.5 juta spesis serangga, lebih 40,000 flora, 3000 jenis ikan dan sejumlah 2,527 spesis haiwan termasuk beberapa haiwan eksotik seperti Anaconda, Katak Daun Gergasi, Black Caiman, Piranha dan Kelawar Vampire.

2. Bu Tinah Island, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.


Ia umpama syurga yang tak terganggu. Ia terasing daripada aktiviti manusia. Ia terletak di tengah bentangan terumbu karang dan beberapa spesis haiwan merin yang diancam kepupusan turut tinggal di sini. Antaranya flamingo, burung Osprey, Penyu Sisik dan tempat perlindungan kedua terbesar bagi Dugong.

 Flamingo 
 Burung Osprey
 Penyu Sisik
Dugong

3. Kepulauan Galapagos, Equador.



Pada dasarnya, Galapagos terbentuk daripada aktiviti gunung berapi dasar laut. Populasi penduduk kepulauan ini adalah disekitar 23,000 orang. Oleh kerana kedudukannya agak terpisah dari tanah besar Equador, sesetengah pulau2 kecilnya tidak dihuni oleh manusia. Kepulauan ini kaya dengan hidupan flora & fauna yang amat jarang ditemui & eksotik. Ader lebih daripada 700 spesis flora & fauna yang dikategorikan sebagai "most extreme rare" (paling jarang ditemui). Hrmmm.., jom kita tengok apa benda jugak yang extreme rare sangat tu.

Antara yang paling terkenal ialah Galapagos Giant Totoise (Kura-kura Gergasi Galapagos).


Emm... nak tau macam mana besar kura-kura ni. Jom kita banding ngan manusia ye.
Besonyerrrr.. Kura2 ni sedang diancam kepupusan. Selain itu, ader lagi satu haiwan eksotik yang sangat popular & hidup Galapagos. Ia dikenali sebagai Iguana. Iguana ni ader banyak jenis.

 Marine Iguana
Yellow Iguana
Hensem tak? Marine Iguana hanya terdapat di Galapagos saja.

 Galapagos Red Crab
 Galapagos Frigated Bird
Galapagos Penguin
Yang ni pulak antara flora yang hanya tumbuh di Galapagos. Dah macam Alien pulak rupanya.

Memang sangat2 tersendiri. Ini baru cerita 3 finalis. Nanti mami sambung lagi untuk finalis ke-4 hingga ke-6. Nak tulis panjang sangat, karang mengantok pulak korang membacanya. Alih2 info yang cuba dikongsikan "terbang" ntah kemana. Ok lah merepek pulak mamy ni. 


BERSAMBUNG ..........

1 comment:

cikpuanNaiz said...

wah..hebat betul ciptaan Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...