Tuesday, September 27, 2011

7 KEAJAIBAN SEMUALJADI (FINALIS 4-6)

Untuk finalis 1-3 sila <<<KLIK SINI>>>

Untuk mengundi 7 Wonders Of  Nature sila <<<<KLIK SINI>>>>

As salam. La ni nak sambung citer finalis ke-4 hingga ke-6. So, sapa2 yang nak buat nescafe atau teh tu.., pi lah buat cepat. Sambil baca sambil minum air febret... memang sedap. Jom.., kita berkenalan.

4. Iguazu Falls, Argentina & Brazil.






Juga dikenali sebagai Air Terjun 3 Negara kerana ia adalah sempadan semulajadi bagi Argentina, Brazil & Paraguay. Namun dua per tiga daripada air terjunnya berada dalam wilayah Argentina. Air terjun ini adalah antara air terjun tercantik di dunia dan terbesar di dunia dengan keluasan 2.7 km (1.7 bt) dan terdiri daripada 275 air terjun.
Garganta del Diablo
Garganta Del Diablo adalah sebuah katarak berbentuk U setinggi 82 meter, 150 meter luas dan 700 meter panjang adalah yang paling menarik antara semua air terjunnya dan ia adalah penanda sempadan Argentina & Brazil.

5. Komodo National Park, Indonesia.




Pulau Komodo terletak di antara pulau Sumbawa & Flores dalam kepulauan Sunda Lesser pada jarak 200 batu nautika dari Bali. Taman Negara Komodo (Komodo National Park) adalah terdiri daripada pulau-pulau Komodo, Rinca, Padar , Nusa, Kode, Motang dan pulau2 kecil di kawasan Wae Wuul, Flores. Ia telah diisytihar sebagai World Heritage Site. Yang istimewa mengenai Taman Negara Komodo ialah haiwan Komodo yang juga dikenali sebagai "dinosor hidup terakhir" mendiami kepulauan ini. Komodo ialah spesis cicak terbesar di dunia.





Komodo ialah haiwan karnivor dan mempunyai air liur berasid & penuh bakteria bagi membunuh mangsanya. Bukan itu saja, kawasan ini juga kaya dengan flora yang pelbagai.

6. Milford Sound, New Zealand.


Seindah namanya, kawasan ini amat tenang & cantik. Ianya menganjur 15km ke darat dari Laut Tasman di Dale Point. Teluk ini dikelilingi oleh pemukaan batuan yang memuncak setinggi 1200m. Daripada beberapa puncak itu, ada 2 puncak yang paling terkenal iaitu The Elephant (1,517m) yang dikatakan sebagai tempat himpunan kepala gajah dan The Lion (1,302m) yang berbentuk seperti singa berdiri.

Milford Sound mempunyai 2 air terjun sepanjang tahun yang dikenali sebagai Lady Bowen Falls & Stirling Falls. Apabila musim tengkujuh.., banyak air terjun sementara wujud.




 Pada tahun 2008 dalam satu servay antarabangsa, Milford Sound telah mendapat anugerah Destinasi Pilihan Pelancong oleh TripAdvisor. Kawasan ini adalah lokasi pelancongan yang paling terkenal di New Zealand.

Masya'Allah.... indahnya ciptaan Yang Maha Kuasa.


BERSAMBUNG...........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...