Ok, jom kita belek satu persatu. Mesti nak tau juga apa yang best sangat pasal 7 binaan ni.
Chichen Itza, Mexico (800 AD)
Terletak di Semenanjung Yucatan, Mexico. Ia merupakan kompleks kuil bagi masyarakat Maya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran & ekonomi bagi masyarakat itu. Walaupun kebanyakan binaan kompleks ini telah runtuh akibat gempa bumi, namun "piramid di tengah rimba" ini masih kukuh dan menjadi antara tarikan pelancong.
Christ Redeemer, Brazil (1931)
Terletak di bandar Rio De Janeiro, Brazil. Binaan Jesus setinggi 38 meter ini direka oleh anak tempatan bernama Heitor Da Silva Costa. Binaan paling terkenal di dunia ini dibina oleh pengukir Perancis bernama Paul Landowski. Binaan ini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Ianya menjadi lambang kemesraan masyarakat Brazil yang menyambut tetamu dengan tangan terbuka.
Colosseum, Rome (70-82 AD)
Terletak di tengah-tengah Rome, Itali. Ia dibina pada zaman kemasyuran empayar Rom bagi meraikan pahlawan2 Rom. Ia juga medan untuk acara2 sukan gladiator yang ganas namun amat pupular di kalangan penonton & kerabat diraja Rom. Struktur asal bangunan ini masih kukuh walaupun terdapat bahagian dinding & interior yang telah runtuh atau musnah. Salah seorang rakan blogger mamy dah pegi ke Colosseum ni. Ramai sangat pelancong kat sana. Nak tau citer dia.. KLIK SINI
TAJ MAHAL, INDIA (1630 AD)
Terletak di Agra, India. Bangunan indah ini dibina oleh Maharaja Mogul Islam ke-5, Shah Jahan. Baginda membina monumen ini untuk memperingati isterinya yang amat tercinta, Muntaz. Secara keseluruhannya, monumen ini dibina daripada marmar putih dan bahagian dalamnya pula amat mewah dengan ukiran & hiasan batu permata. Di hadapan monumen cinta ini dibina taman indah dengan kolam panjang yang memaparkan keagungan seni reka taman India Muslim. Namun di akhir pemerintahan Shah Jahan, baginda telah dipenjarakan & hanya mampu melihat Taj Mahal dari tingkap kecil penjaranya.
Tembok Besar China (220 SM & 1368 - 1644)
Pada asasnya, tembok ini dibina bagi menghalang kemasukan tentera Mongol dari menakluki kawasan2 China. Ianya dibina pada 200 SM dan diperkukuhkan antara akhir abad ke-14 hingga permulaan abad ke-17. Pada tahun 2009, tembok ini telah diukur semula dan didapati panjang tembok ini menjangkaui 8,851.8 km menjadikannya monumen buatan manusia yang terpanjang & terbesar di dunia. Yang lebih cool lagi.., tembok besar ni dapat dilihat dari angkasa lepas. Pertama kali mamy dengar cikgu mamy gitau yang tembok China ni dapat dilihat dari bulan..., mamy tak dapat nak bayangkan betapa besarnya tembok tu. Ye lah kan.., masa tu umur mamy baru darjah 6.
PETRA, JORDAN (9 SM - 40 AD)
Machu Picchu, Peru (1460-1470)
Pada abad ke-15, Maharaja Inca Pachacutec membina kotanya di awanan kawasan pergunungan Machu Picchu (gunung tua). Kota hebat ini terletak di banjaran Andes, dalam hutan tebal Amazon dan di atas Sungai Urubamba. Malangnya penduduk telah meninggalkan kota ini kerana merebaknya penyakit cacar air. Selepas Sepanyol menewaskan pemerintahan kerajaan Inca, kota ini "hilang" selama 3 abad lamanya. Pada tahun 1911, Hiram Bingham telah menemui kota ini dan sejak itu ia menjadi tumpuan ahli arkeologi & pelancong.
Wasallam.
3 comments:
woahhhh.. ohsem~
gua niah sarawak spttnya masuk dlm senarai
Post a Comment