Saturday, September 24, 2011

7 KEAJAIBAN DUNIA PURBA

As salam. Sejak kecil mamy suke sangat baca buku pasal 7 Keajaiban Dunia. Korang nak tau tak.., ader 2 kumpulan 7 Wonders ni.
Yang pertama dikenali sebagai Ancient 7 Wonders (7 Keajaiban Dunia Purba). Pada yang tak kenal, jom mamy kenalkan.


Gambar A: Piramid Giza. Dibina pada 2650-250 SM oleh orang2 Mesir purba. Inlah satu-satunya Keajaiban Dunia Purba yang masih wujud hingga sekarang. Ia terletak di Mesir. 

Gambar B: Taman Tergantung Babylon. Dibina pada 600 SM oleh kaum Babylonia. Binaan ini musnah selepas abad pertama sebelum masihi (SM) akibat gempa bumi. Lokasi modennya di Al-Hillah, Iraq.

Gambar C: Kuil Artemis di Ephesus. Dibina pada 550 SM oleh kaum Lydia, Parsi dan Yunani purba. Pada tahun 356 SM binaan ini musnah dijilat api. Lokasi modennya di Turki.

Gambar D: Berhala Zeus di Olympia. Dibina pada tahun 435 SM oleh kaum Yunani purba. Binaan ini juga musnah dijilat api sekitar antara abad ke-5 & ke-6 M. Lokasi modennya di Olympia, Greece.

Gambar E: Makan Maussollos di Halicarnassus. Dibina pada tahun 351 SM oleh orang2 Parsi, Yunani purba. Sebelum tahun 1494 satu gempa bumi kuat telah memusnahkan binaan ini. Lokasi moden di Bodrum, Turki.

Gambar F: Patung Raksasa Rhodes. Dibina pada 292 - 280 SM oleh kaum Yunani Hellenistik. Patung in musnah akibat gempa bumi pada 224 SM. Lokasi moden di Rhodes, Greece.

Gambar G: Rumah Api Iskandariah. Dibina pada abad ke-3 SM oleh orang2 Mesir Hellenistik. Rumah api yang berdiri megah ini turut musnah akibar gempa bumi sekitar tahun 1303 - 1480 M. Lokasi moden di Iskandariah, Mesir.

Menarikkan. Nanti mamy sambung lagi untuk 7 Keajaiban Dunia Moden pulak ye. 

- BERSAMBUNG-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...