Wednesday, September 21, 2011

PARENTING..., KAU INGAT SENANG?!


As salam sume. Ini bukan n3 menunjuk pandai atau buat2 pandai. Eh bukan same ke tu? Anyway.., bila kita dah punya anak secara langsung bermula lah alam keibubapaan (parenting) kita. Kau ingat senang?! Hell no! Nak tau kenapa.., sebab sebagai manusia kita semua bermula dari ZERO. Termasuk parenting skill. 

Tak dinafikan ramai pasangan yang terjun ke alam ibubapa tanpa bersedia sehingga menyebabkan tekanan perasan, murung, dan pelbagai penyakit jiwa dan mental tanpa mereka sedari. Akhirnya anak2 lah yang menjadi mangsa. Ibubapa yang  mengalami tekanan sebegini cenderung untuk bertengkar atau bergaduh sesama sendiri atau  mencederakan anak2 mereka.



 Kajian telah membuktikan bahawa anak2 yang membesar dalam situasi penuh keganasan rumahtangga, lazimnya berpotensi untuk menjadi seorang pembuli atau pendera atau lebih parah lagi.., pembunuh bersiri. Ngeri kan. Bayangkan... anak2 yang lahir putih bersih lagi suci itu berubah menjadi sekejam2 manusia. Sume tu corak sapa? Ibubapalah! Takkan jiran tetangga kot.    

Oleh kerana itu, persediaan dari segi mental, fizikal, serta pengetahuan agama akan banyak membantu dalam proses yang rumit serta memerlukan kesabaran ini. Memang ader buku2 yang  menyediakan guideline pasal parenting, namun bukan sume boleh pakai. Sumenya bergantung kepada corak hidup seseorang itu, status sosioekonomi, agama, citarasa atau objektif yang ingin dicapai. Bak kata orang..., lain padang lain belalang. Lain orang lainlah caranya. 


Walau bagaimanapun pada keseluruhannya, parenting adalah proses membentuk anak2 untuk menjadi insan yang lebih baik daripada ibubapanya. Huh! Berat tu! Anak2 ibarat kanvas putih. Kalau cantik coraknya, maka mahal lah harganya dan demikianlah sebaliknya. Terpulang kepada masing2 untuk mencorak anak2. Namun dalam usaha membentuk keperibadian, disiplin serta jatidiri, jangan sesekali kita lupa.., anak2 adalah individu yang mempunyai perasaan, citarasa, keinginan dan pemikiran mereka sendiri. Mereka akan kesakitan jika dicederakan, berdarah jika dilukai dan tensyen jika dipaksa.... sebijik macam diri kita!  



Wallahualam.

1 comment:

Hanis MY said...

huhu nauzubillah dari perkara tak elok..mesti kita nk terbaik utk anak kita kan mamy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...