Wednesday, September 28, 2011

7 KEAJAIBAN SEMUALJADI (FINALIS KE 11 - 15)

Finalis 1-3 , 4-6 , 7-10

As salam sume. Jom kita skodeng 5 lagi finalis yang dicalonkan untuk dimahkotakan sebagai The New 7 Wonders Of  Nature pada 11.11.2011 nanti.

11. Jeita Grotto, Lebanon.





"The Guardian Of Time" 

Terletak di Jeita, 18km  ke utara Beirut, Lubnan. Merupakan dua gua bertingkat batu gamping & karstik yang bersambung. Ia terbentang pada keluasan 9km. Walaupun telah berpenghuni sejak zaman pra-sejarah, bahagian bawah gua tidak ditemui sehingga tahun 1836. Bahagian bawah gua ni hanya boleh diselusuri dengan bot kecil kerana air tawar yang terdapat dalam gua ini merupakan sumber air bagi berjuta penduduk Lubnan.

Bahagian atas gua ini berukuran 2,130m panjang tetapi hanya 750m saja yang dibenarkan untuk eksplorasi pelancong. Ini bertujuan untuk menjaga keseimbangan & keadaan semulajadi gua.  Lokasi ini yang telah wujud & bertahan sejak zaman jurasik lagi.

Bahagian bawahnya pula berkeluasan 6,200m panjang dan terletak 60m dari bahagian atasnya. Namun hanya 500m sahaja dibenarkan untuk tujuan eksplorasi. Ia diliputi air dan mempunyai pelbagai bentuk stalagmite yang mengkagumkan. Pada musin sejuk, bahagian bawah ini akan ditutup kepada pelancong kerana paras airnya meningkat.

12. Island Of Maldives, Maldives.



Republik Maldives adalah terdiri daripada gugusan pulau2 kecil di Lautan Hindi. Ia terletak kira-kira 700km ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 1,192 pulau2 kecil kesemuanya dan terbentang di atas 26 terumbu karang. Namun hanya 200 pulau sahaja yang dihuni & di eksploitasi manusia sebagai kawasan pelancongan.

13. Mud Volcanoes, Azerbaijan.




Terletak di Azerbaijan. Terdapat 700 lokasi gunung berapi lumpur di dunia & 300 daripadanya terletak di Azerbaijan & di Laut Caspian. Gunung berapi lumpur atau kubah lumpur ini adalah hasil ledakan gas dan cecair dari perut bumi. Suhu kubah lumpur adalah lebih sejuk daripada gunung berapi biasa. Ia adalah fenomena bumi yang amat mengkagumkan

14. Uluru, Australia.




Juga dikenali sebagai Ayers rock. Ia adalah formasi batupasir yang besar di Taman Nasional Uluru-Kata Tjuta, 350km di barat daya bandar Alice Spring, Northern Territory, Australia. Bagi puak Aborigin, Uluru amat keramat & menjadi tempat tinggal tuhan mereka. Ia diklasifikasikan sebagai monolit atau batu tunggal. Daripada sample batuan & pasir, Uluru dikatakan telah wujud sejak zaman Palaeozoic. Sesungguhnya, Uluru ialah icon semulajadi bagi Australia yang menarik ramai pelancong.

15. Bay Of Fundy, Canada.





Teluk Fundy terletak di pantai timur Kanada antara New Brunswick dan Nova Scotia. Berkeluasan kira-kira 270 kilometer persegi. Teluk yang amat menakjubkan ini mempunyai kadar air pasang yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 16.2m. Sejumlah 100 bilion tan air laut keluar masuk di teluk ini 2 kali sehari. Jumlah ini melebihi jumlah seluruh air sungai di dunia! Ia mengambil masa 6 jam 13 minit untuk pasang sepenuhnya.

Teluk ini dihiasi cerun curam & formasi batuan karangnya yang pelbagai bentuk serta dinamik. Penemuan sejumlah besar fosil tinggalan pra-sejarah & efek pasang surut yang ekstrem menjadikan tempat ini amat unik.

Hmmm.. amacam? Hebat tak? Mamy yang menyelongkar maklumat & seterusnya menulis ni pon turut kagum dengan keunikan setiap calon. Lepas ni lokasi mana pulak ya? Tunggu ya pasal n3 ni masih bersambung lagi.

Kepada pembaca yang ingin mengundi, jangan malu jangan segan.., sila KLIK SINI . Sebelum 11.11.11 ya.


BERSAMBUNG........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...