Finalis 1-3 , 4-6 , 7-10 , 11-15
So, malam ni nak crita pasal finalis ke16 sampai ke-20. Dok diam2 & baca sampai habis ye.
16. Laut Mati, Palestin, Jordan, & Israel.
Terletak di sempadan Jordan & Tebing Barat Palestin juga Israel. Juga dikenali sebagai tasik air masin kerana tiada muara yang menuju ke laut lepas. Pantainya berada di kedudukan serendah 418m di bawah aras laut menjadikannya kedudukan terendah di atas dataran dunia. Ia juga merupakan tasik air masin terdalam di dunia dengan kedalaman 330m. Berkeluasan 67km panjang & 18km lebar. Airnya pula mempunyai tahap kemasinan ke-2 tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Jumlah ini menjadikannya 8.6 kali lebih masin dari air laut biasa. Kerana itu tiada sebarang hidupan marin yang hidup di dalamnya. Kapal juga tidak boleh berlayar di atasnya kerana daya apungan yang tinggi menyebabkan kapal terbalik. Sesiapa pun yang berenang di laut mati akan terapung dengan mudah tak kira berapa pun berat anda (Bagus ni). Tasik ini mengeluwap dari masa ke semasa dan air Sungai Jordan merupakan satu-satunya aliran masuk ke Laut Mati.
17. Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef), Australia.
Merupakan sistem terumbu karang terbesar di dunia. Terbentang sepanjang 2,600km dengan luas permukaan sekitar 344,400 kilometer persegi di persisir Queensland, timur laut Australia. Terdapat lebih daripada 2,900 batu karang & menyokong lebih 900 pulau kecil.
Terumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas & merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidup. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil yang dikenali sebagai polip karang. Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1981.
18. Pulau Jeju, Korea Selatan.
Pulau Jeju ialah pulau gunung berapi tidak aktif atau pendam. Keseluruhan pulau ini didominasi oleh Gunung Halla, gunung berapi setinggi 1950m & merupakan puncak tertinggi di Korea Selatan. Pulau ini berkeluasan lebih kurang 282km persegi.
Pada dasarnya, pulau ini terhasil dari ledakan guning berapi yang berlaku kira-kira 2 juta tahun lampau sewaktu era Cenozoic. Di puncak gunung Halla, terdapat danau atau tasik . Kawasan hutannya meliputi 12% daripada keluasan pulau ini. Hutan ini berstatus dara sehingga abad ke-21. Ini kerana tanah pulau ini tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Oleh kerana ia tidak "disentuh" manusia untuk jangka masa yang amat panjang, sistem ekologinya amat terpelihara.
19. Masurian Lake District, Poland.
Kawasan Tasik Mazuria amat terkenal dengan lebih 2000 tasik-tasik dalam kawasannya. Terletak di utara-timur Poland & berkeluasan lebih kurang 52,000km persegi. Ia terbentuk sejak dari zaman ais Pleistocene lagi. Tasik2 ini bersambung dengan sungai2 utama yang membekalkan air tawar kepada penduduk Poland dan daerah sekitarnya. Ia menjadi tumpuan pelancong bagi aktiviti kapal layar, berkayak dan lain2.
20. Sungai Bawah-Tanah Puerto Princesa, Filipina.
Terletak 50km ke utara bandar utama Puerto Princesa, Palawan, Filipina. Merupakan sungai bawah tanah yang boleh dimudiki terpanjang di dunia dengan ukuran 8.2km panjang. Ciri istimewa sungai ini ialah air sungainya mengalir melalui gua batu kapur sebelum tiba di Laut Cina Selatan. Gua batu kapurnya dihiasi formasi2 stalagtit dan stalagmit serta beberapa ruang gua yang besar. Pada mulut gua, terbentuk sebuah lagun jernih yang dikelilingi pokok2 purba yang tumbuh berdekatan pesisir gua. Lokasi ini merupakan habitat kepada beberapa spesis haiwan hampir pupus seperti Biawak Besar Palawan dan burung kakaktua.
Huh! penat juga buat n3 ni. Tapi mamy seronok sangat mencari maklumat2 berkenaan lokasi2 terpilih. Masih ader 8 lagi lokasi menarik yang akan menjadi kesinambungan kepada cerita mamy ni. Sementara tu, kepada yang ingin mengundi sila klik SINI.
Sampai jumpa lagi.
BERSAMBUNG..........
No comments:
Post a Comment