Showing posts with label Grammar. Show all posts
Showing posts with label Grammar. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN 24 & 25 (PUNCTUATION) : UPSR ENGLISH PAPER 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 blogger & anak2 yang merayakannya. Walaupun masih sedang bergembira menyambut raya, jangan lupa bulan depan dah nak exam UPSR. So dalam kita beraya ni.. apa kata ulang kaji sikit2 ya anak2.

So hari ni, topik kita.. bagaimana nak jawab soalan 24 & 25 yang menguji skil tanda bacaan anda atau punctuation. Ia mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,C & D.

Tahukah anda? Ada 3 peraturan yang WAJIB anda patuhi untuk menjawab 2 soalan ini..
1. Perhati dan baca setiap pilihan jawapan. Jangan pandai2 lompat tanpa meneliti jawapan terlebih dahulu.
2. Letakkan tanda (/) pada tanda bacaan yang betul dan (o) pada tanda yang salah.
3. Jika anda bertemu dengan tanda (o) semasa meneliti jawapan, terus pindah ke pilihan yang seterusnya (untuk jimatkan masa).

Contoh:

      //                                                    
A. "How much is the bouquet of roses," the lady asked the florist.
  
Penelitian: 
1. Ini ialah ayat tanya dalam bentuk perbualan.
2. Baca & letakkan tanda / dan o semasa meneliti ayat.
 (") tanda buka ini betul, jadi tandakan /
(H) huruf besar pada permulaan ayat adalah betul, jadi tandakan /
(,) selepas perkataan roses adalah salah. Tanda yang betul ialah tanda ? sebab ayat ni ialah ayat tanya. Jadi tandakan o.
3. Anda patut beralih ke pilihan seterusnya.

Tip mengenali ayat tanya:-
Perhatikan 9 kata tanya atau Interrogative Pronouns pada awal ayat.

What 
When
Where
Which
Who
Why
Whose
Whom
How

Jika anda temui 9 kata tanya ini, pastikan ada tanda ? di akhir ayat atau perbualan.

    /o
B. "how much is the bouquet of roses?" the lady asked the florist

Penelitian: 

 (") tanda buka ini betul, jadi tandakan /
(h) huruf kecil pada permulaan ayat adalah salahl, jadi tandakan o dan anda patut beralih ke pilihan seterusnya.

         //                                                      // 
C. "How much is the bouquet of roses?"
 /                                        /
 the lady asked the florist.

Penelitian: 

 (") tanda buka ini betul, jadi tandakan /
(H) huruf besar pada permulaan ayat adalah betul, jadi tandakan /
(?) selepas perkataan roses adalah betul, jadi tandakan /
(") tanda tutup selepas tanda soal adalah betul, jadi tandakan /
(t) huruf kecil dikekalkan selepas tanda tutup juga betul, jadi tandakan /
(.) tanda noktah pada akhiran ayat ini juga betul, jadi tandakan /

Nampaknya keseluruhan tanda bacaan pada ayat ini adalah betul, jadi kemungkinan pilihan C adalah jawapan yang tepat. Namun untuk memastikannya, sila baca pilihan yang terakhir.


  
D. How much is the bouquet of roses the lady asked the florist?

Sepintas lalu kita tahu bahawa ayat ini adalah salah kerana ia tidak mempunyai tanda buka pada awal ayat sesuai ciri utama ayat perbualan. Maka sahlah pilihan jawapan yang betul ialah C.


Jom, kita cuba..

Question 24-25
Choose the sentence with the correct punctuation
            o
24. A    my sister and nephew have gone to the party!
           /    o
     B    My Sister and my Nephew have gone to the party.
           /    /       /     /    /          /      /       /   /    /      /          
     C    My sister and my nephew have gone to the party.
           /   /       o
     D    My sister, and my nephew, have gone to the party.


           /         /o
25. A    Mmmm! this rose smells sweet.
           /        / /      /      /        /       / 
     B    Mmmm! This rose smells sweet.
           /        o
     C    Mmmm this rose smells sweet!
           /         o
     D    Mmmm? This rose smells sweet.


Orait.., harap2 tips hari ni dapat membantu anda. Ingat semakin kerap anda praktis mengenalpasti tanda2 bacaan, semakin baik dan pantas anda dapat menjawab 2 soalan ini.

Selamat mencuba.

Saturday, June 23, 2012

GRAMMAR: PUNCTUATION

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


Ini merupakan topik terakhir dalam bab tatabahasa (grammar) Bahasa Inggeris peringkat sekolah rendah. Dalam BM, topik ini dikenali sebagai tanda bacaan. Hah... mesti dah belajar kat sekolah kan. Tanda bacaan atau punctuation dalam BI hampir serupa dengan BM. Nak tau apa yang berbeza tu? Jom lah baca sampai habis. Kalau baca sekerat2, tak jumpa punya tu.

Dalam Kertas 1 Bahasa Inggeris UPSR, soalan 24 & 25 menguji kemahiran anda mengenali tanda2 bacaan. Terdapat 7 jenis tanda bacaan yang perlu anda kenali dan tahu bila untuk menggunakannya.

1. CAPITAL LETTER (HURUF BESAR)
-HURUF BESAR digunakan untuk:-
a) Perkataan pertama pada ayat...... sama ngan BM
Example:-
The new girl smiled when she saw us in the canteen.

b) Nama khas (proper nouns)..... sama ngan BM.
-semua nama orang, tempat, haiwan peliharaan, hari2 dalam seminggu atau bulan2 dalam setahun.
Example:-
Sumi is organising a supprise birthday party for Hisyam on Saturday, 28th October at 7:30 p.m.

c) Kata ganti diri "I"....... BI sahaja.
Example:-
My mother and I are going to the wet market at Jalan Nuri every Sunday morning.

2. Full stop [ . ] (tanda noktah)
- tanda noktah digunakan ketika:-
a) Pada akhir ayat ....... sama ngan BM
Example:-
The doctor told him to take the medicine three times daily


b) After initials (Singkatan nama atau pangkat) ....... sama ngan BM
Example:-
The Interact Club meeting will be conducted by Mrs. T.S. Cheng.
En. Latif was the former chairman of  Indera Holdings.

c) Abbreviations (singkatan)...... sama ngan BM
-untuk nama2 hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, jam. minit atau badan kerajaan / swasta.
Examples:-
W.H.O - World Health organisation
Dec. - December
Fri. - Friday
Hrs. - Hour
Mins. - Minutes

3. Question mark [ ? ] (tanda soal)
-Digunakan pada akhir ayat tanya ..... sama ngan BM
Example:-
Do you like some butter or jam with your bread?


4. Comma [ , ] (tanda koma)
-Digunakan untuk memisahkan senarai atau pilihan dalam suatu ayat .... sama ngan BM
Example:-
He puts cheese, radish, onions, ketchup and mustard on his hotdog.

5. Exclamation mark [ ! ] (tanda seru)
- Digunakan untuk menunjukkan perasaan terkejut, takut, marah, sakit, atau teruja.... sama ngan BM.
Examples:-
Stop! There is a snake hiding in the bushes.
Congratulation! I knew you could win the championship.
Ouch! My finger is bleeding.

6. Apostrophe [ ' ] (tanda apostrofe)..... BI sahaja
-Digunakan untuk:-
a) menunjukkan kepunyaan.
Examples:-
That is my sister's bicycle.
My cousin's sandal are very dirty.

b) singkatan kata yang menunjukkan kenyataan negatif atau positif.
Examples:-
is not => isn't
would not => wouldn't
She is => she's
We will => we'll

7. Indent ..........sama ngan BM.
- Ia merupakan jarak sebelum memulakan satu perenggan baru.
Example:-
(indent)  Yesterday, Anwar made breakfast for hid family. He wanted to surprise them. Therefor, he wake up early to prepare some breakfast.
(indent)  First, he toasted several slices of breads. He put the toasted bread on a plate and cover them. Then, he made an egg omelette. He used four eggs and sprinkle some grated cheese on it. Later, he fry several sausages and preheat two cans of bake bean.
(indent)  Lastly, he squeezed a dozen of oranges and poured the orange juice into a jug. He also prepared two cups of coffee for his parents. Anwar knew his parents like to drink coffee in the morning. A few minutes later, his parents and his sister woke up. His mother was surprise to see the lovely breakfast ready on the table. His family thanked him for his hard work in making such delicious breakfast for them.

So, amacam? Senang bukan cause banyak yang sama ngan BM. Sebelum mami akhiri n3 ni, mamy nak anak2 sekalian cuba buat latihan kat bawah ni. Pas tu, minta guru anda tolong periksakan ya. Mami akan sediakan latihan untuk punctuation kat sidebar nanti. So rujuk kat sana ya.

Practice 1
Rewrite the sentences below using the correct punctuation.
Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggunakan tanda bacaan yang betul.


mr kumaran has many things to do this sunday morning he asks his son to help him first he drives to the wet market mr kumaran buys vegetables fruits meat and chicken as his son raveen reads the list mrs kumaran has written then mr kumaran and raveen head home they put away the items into the refrigerator next reveen accompanies his father to the car wash near their house they wait as two men wash wipe polish the car and vacuum the inside of the car lastly mr kumaran and his son go to the hardware shop he buys some screw and nails

Good luck!

Thursday, June 21, 2012

GRAMMAR: ANTONYMS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Ok. Petang tadi dah citer pasal synonym kan. Malam ni nak citer pasal antonym pulak. Kalau synonym kata sama maksud atau seerti, antonym pula merupakan kata berlawanan.

Seperti yang telah mami terangkan, kedua2 topik ni terkandung dalam Kertas 1 Bahasa Inggeris UPSR, soalan no 21. Kalau tak synonym, antonym lah yang disoalnya. So, make yourself well prepared.

Jika soalan no 21 bertanyakan kata berlawanan atau antonym, arahannya sebijik macam ni:-

Question 21
Choose the word that has the opposite meaning of the underlined word.

21. The blue book is thick but the red book is _______
A    heavy
B    light
C    thin
D    big

Ahhh... korang rase mana satu jawapan yang tepat? tik tok tik tok.. masa berjalan ni... Kalau jawapan anda C, betul lah tu. Thick membawa maksud tebal. Lawan tebal ialah tipis atau dalam BI, thin. Jawapan A dan B, saling kontras tapi takde kena mengena dengan soalan. Jadi salah. Manakala jawapan D pula, langsung tak masuk akal, jadi kira salah juga.

Ok? Kat sini mami akan senaraikan beberapa perkataan berlawan sebagai rujukan. Kalau nak lagi banyak, rujuk mana2 kamus antonim versi BI. atau anda boleh melayari laman web ni http://www.antonymsfor.com/ . Ini merupakan kamus antonim (antonym dictionary) percuma berbahasa Inggeris. Ader banyak perkataan di sana.

Orait. jom layan perkataan2 berlawan kat bawah ni. Mami dah susun ia mengikut abjad... supaya mudah.

a
able - incapable
abroad - home
accept - decline, refuse
active - passive
admire - despise
admit - deny
adult - child
advance - retreat
after - before
age - youth
all - none
ally - enemy
always - never
ancient - modern
answer - question
arrest - release
arrive - depart
ask - answer
asleep - awake
attack - defend
attract - repel

b
back - front
backward - forward
bad - good
base - summit
beginning - ending
bend - straighten
best - worst
big - small, tiny
bitter - sweet
blame - praise
bless - curse
blunt - sharp
boring - interesting
bottom - top
brave - timid
bright - dull
bring - take
broad - narrow
build - demolish
busy - idle
buy - sell

c
calm - nervous, rough
captivity - freedom
careful - careless
cautious - reckless
cease - begin, start
chaos - order
clean - dirty
clear - cloudy
clever - foolish, stupid, moron
close - open
combine - separate
come - go
common =- rare
complicated - simple
confident - doubtful
cool - warm
correct - wrong
create - destroy
crooked - honest

d
danger - safety
dark - bright
dawn - dusk , sunset
day - night
dead - alive
deep - shallow
defeat - victory
delicate - strong
different - same
dislike - like, enjoy
distant - near
dry - wet
dwarf - giant

e
eager - reluctant
early - late
easy - difficult
entrance - exit
everybody - nobody
excess - shortage
exhale - inhale
exhausted - fresh, energetic
expected - sudden
expensive - cheap
export - import

f
fail - pass
failure - success
false - true
familiar - strange, new
far - near
fast - slow
fat - thin, lean, slim
female - male
few - many
fill - empty
find - lose
fine - coarse
final - first, initial
float - sink
follow - lead
foreign - local, native
forget - remember
former - latter
fragile - strong, solid
friend - enemy
funny - serious

g
gain - lose
gentle - rough
go - come
gradual - sudden
grief - joy
grieve - rejoice
guilty - innocent

h
hard - soft
hasty - slow
healthy - sick, ill
heaven - hell
here - there
high - low
hill - valley
hit - miss
hollow - solid
hot - cold
humble - proud
hurry -delay


i
 ignorance - knowledge 
imaginary - real
in - out
include - exclude
inner - outer

j
jeer - cheer
junior - senior

l
land - sea, water, embark
late - early
laugh - cry
lazy - hardworking
least - moat
left - right, return
lend - borrow
lie - truth
listen - ignore
little - large, big
lively - bored
long - short
loose - tight
lost - found
lower - upper

m
majority - minority
master - servant
mature - childish
more -less
morning - evening
mountain - valley
moving - stationary
multiple - single

n
nasty - pleasant
natural - artificial
negative - positive
noise - silence
nothing - everything
nowhere - everywhere

o
obey - resist
optimist - pessimist
optional - compulsory
over - under

p
pain - pleasure
pardon - punish
past - present
peace - war
perish - survive
permanent - temporary
permit - forbid
plural - singular
polite - rude
poverty - riches, wealthy
private - public
profit - loss
purchase - sell

q
quick - slow
quiet - noise

r
raise - lower
raw - cooked
reduce - increase
reject - accept
remove - replace
rest - work, move
return - leave
reward - punish
rich - poor
rough - smooth
rural - urban

s
safe - dangerous
shout - whisper
sky - earth
sober - drunk
sour - sweet
strength - weak
subtract - add
summer - winter

t
talkative - quiet
tame - wild
tender - tough
theory - practice
thick - thin

u
unknown - famous, well-known

v
vacant - occupied
vague - clear
vanish - appear

w
west - east
white - black
win - lose
worthless - valuable
written - spoken, oral

y
young - age, elderly

Fuhhh! Panjangnyer. Dah le yer. Penat mami taip. La ni, mami nak suh korang jawab soalan2 kat bawah ni. Kalau 5 salah kira gagal ye. Jadi baca soalan betul & pilih jawapan yang paling tepat. Semoga berjaya.


GRAMMAR: SYNONYMS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Synonyms atau same meaning words merupakan perkataan seerti atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama dengan perkataan lain. Dalam kertas 1 Bahasa Inggeris soalan  no. 21 menguji keupayaan murid-murid membandingkan 4 pilihan jawapan dengan perkataan bergaris samada seerti (synonym) atau berlawanan (antonym).

Soalan dia macam ni:-

Question 21
Choose the word that has the same meaning as the underlined word.

21. I was too afraid to go diving with them, so I just played on the beach.
     A    brave
     B    scared
     C    shocked
     D    alarmed

Dalam soalan ini anda harus mencari perkataan yang sama erti dengan perkataan afraid. Jawapan yang paling sesuai ialah B iaitu scared.

Di sini mami akan senaraikan perkataan sama erti mengikut turutan huruf sebagai rujukan anda. Anda boleh mendapatkan lebih banyak perkataan seerti & berlawan dalam The Dictionary Of Synonyms & Antonyms (Kamus Sinonim & Antonim) yang boleh didapati secara e-book atau di kedai2 buku yang berdekatan atau anda boleh melayari laman web synonym.memodata.com  di mana ia menyediakan kamus sinonim secara percuma. Laman ini mengandungi lebih daripada 480,000 patah perkataan sinonim versi bahasa Inggeris dan sering menjadi rujukan mami juge.

a
abandon - leave, desert
ability - skill
abnormal - unusual
absent - gone
accept - take
accurate - exact
achieve - accomplish
acknowledge - recognise
active - lively
additional - extra
afraid - scared , frightened
agree - consent
allow - permit, let
altogether - completely
angry - upset , furious
annual - yearly
apology - excuse
apparel - clothes
ask - question

b
back - end
bad - evil
ball - party
bashful - shy
beautiful - pretty, lovely
begin - start
belly - abdomen , stomach
beneath - underneath
blame - base
bottom - base
broad - wide

c
calm - quiet, peaceful
careful - cautious
cause - reason
centre - middle
cheap - inexpensive
chief - leader
choose - select, pick
close - shut
conclude - end, finish
copy  - imitate
courage - bravery
cruel - wicked
cure - remedy

d
decorate - beautify
dislike - hate
display - exhibit
dull - dark

e
eager - keen
easily - simple
educate - teach
emotion - feeling
enemy - rival
enormous - big, large, huge
enough - adequate
entire - whole
essential - important, vital
eventually - finally
extend - enlarge
external - outside

f
famous - well-known
fight - battle , conflict
free - release , complimentary

g
gather - collect
gaze - stare
general - common, universal
generous - big-hearted
glad - happy
glance - look, see
gloom - sad
grateful - thankful
ground - land, lowest floor
guess - think
guide - lead

h
habit - custom
hard - difficult, firm
heavy - weighty
hobby - pastime
hold - grasp, keep
honest - fair
hope - expect
humorous - funny
hurt - injured, wound

i
idea - thought
ill - sick
imagine - think
incident - happening, event
increase - add, enlarge
inside - interior

j
job - employment
journey - trip, visit
joy - happiness

k
knowledge - information

l
law - rule
lean - thin
least - minimum
leave - abandon
loud - noise
loyal - faithful

m
mad - crazy
manner - method
many - large amount, several
maximum - most
mend - repair
mercy - pardon
miserable - sad
moist - damp
mute - dump

o
obey - submit
observe - watch
occupation - job
occur - happen
odor - smell
often - frequently
old - ancient
open - uncovered
opportunity - chance
organise - arrange
own - possess

p
pack - bundle
pants - trousers
paradise - heaven
part - share, portion
patron - supporter
perform - act
plan - plot
position - rank, situation
powerful - strong
practice - custom
prison - jail
proceed - continue
proud - arrogant
purpose - aim
pursue - chase

r
rare - uncommon
recommend - advise
regular - common
remain - stay
rescue - save
respect - honour
resume - restart
rich - wealthy
rude - impolite

s
sad - unhappy
salary -pay, wages, income
say - speak
sea - ocean
secret - hidden
seldom - rarely
separate - divide
shake - tremble
shine - glow
sob - cry, weep
stop - halt
summit - top

t
take - seize
tell - inform
terror - fear
thanks - gratitude
think - consider
timid - coward
total - whole, altogether
transmit - send

u
unite - combine
urge - insist

v
value - worth
velocity - speed
victim - sufferer
view - opinion
voyage - journey

w
warn - caution
weak - frail
wise - learned
wish - desire
wonder - marvel
wreck - ruin, destroyed

y
young - youthful

z
zone - area, region

Ok, tu je yang dapat mami sediakan. Yang penting anda mesti perbanyakan membaca bahan2 berbahasa Inggeris. Bunyi macam boring kan. Tapi itulah hakikat belajar. Membaca adalah cara terbaik untuk belajar cuma sumbernya harus sesuatu yang boleh menarik minat anda untuk terus membaca. Tapi, ingat, JAUHI bahan2 berunsur lucah atau fitnah. Pengaruhnya amat kuat untuk anda mencuba perbuatan2 yang negatif atau sumbang. Cuba sekali pasti nak lagi, akibatnya anda sendiri yang kena tanggung sengsara & penyesalan yang tiada berpenghujung. Jadi anak2, sayangi diri anda ya.


Orait.., jom cuba jawab soalan2 yang telah mami sediakan. Good luck.


Tuesday, June 19, 2012

GRAMMAR: MODAL VERBS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Can , could
May, might
Shall , should
Will , would
Must , ought

 Perkataan2 di atas dikenali sebagai Modal Verbs. Ia digunakan untuk menunjukkan kebolehan (ability ), kemungkinan ( posibbility ) , keizinan ( permission ) atau niat ( intention ). Contohnya perkataan 
can dan may. Kedua-dua perkataan ini  bermaksud "boleh", namun cara penggunaanya boleh dibezakan.

Can = menunjukkan kebolehan. Iaitu keupayaan untuk melakukan sesuatu. 
Examples:-
1. I can carry a sack of rice. (Saya boleh mengangkat seguni beras).
2. She can play netball very well. (Dia boleh bermain bola jaring dengan baik sekali.)

May = lebih menunjukkan perihal keizinan untuk melakukan sesuatu.
Examples:-
1. May I talk to you now? (Boleh saya bercakap dengan awak sekarang?)
2. You may watch the television after doing your homework. (Awak boleh menonton televisyen selepas membuat kerja rumah.)
3. Teacher, may I go out to toilet, please? (cikgu, bolehkah saya pergi ke tandas?)

Pada kebiasaannya, perkataan please (tolong) digunakan bagi menggambarkan tahap kesopanan yang tinggi.

Perkataan2 seperti could, might, should, would dan ought lebih memperlihatkan kemunkinan suatu perkara itu berlaku. Kira macam 50-50 lah... samada jadi atau tak.
Examples:-
1. We could visit her in the hospital. (Kira mungkin boleh melawat dia di hospital.)
2. They might get away from me but not the dogs. (Mereka mungkin boleh lari daripada saya tetapi tidak pada anjing-anjing tersebut).
3. She should read the instructions before using the electric oven. (Dia sepatutnya membaca arahan itu sebelum menggunakan ketuhar elektrik.)
4. Alif ought to apologize to Marina for breaking off their engagement. (Alif seharusnya meminta maaf kepada Marina kerana memutuskan pertunangan mereka.)

Bagi menunjukkan maksud atau niat jitu seseorang terhadap orang lain atau benda lain, perkataan2 seperti shall, will dan must boleh digunakan. Biasanya perkataan2 ini digunakan dalam bentuk the future tense iaitu perkara yang belum berlaku atau akan berlaku.
Example:-
1. You must finish your meal before you go out to play. ( Awak mesti habiskan makanan sebelum pergi bermain).
2. We will join the meeting in a short while. (Kami akan menyertai perjumpaan itu sekejap lagi.)
3. He shall visit his grandfather next weekend. (Dia akan melawat datuknya pada hujung minggu hadapan.)

Walau bagaimanapun tiada sebarang sekatan untuk anda mempelbagaikan penggunaan modal verb asalkan tatabahasa anda betul maka ia dikira sebagai betul.

Orait, macam mana semua? Ok tak? Kalau begitu, apa kata uji kefahaman anda dengan menjawab soalan2 di bawah. semoga berjaya.


GRAMMAR: POSITIVE AND NEGATIVE STATEMENTS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Malam ni nak citer pasal topik positive & negative statement (kenyataan positif & negatif). Topik ni kacang je. tutup mata pun dah tau mana satu positif dan mana satu negatif. Tapi kita teruskan juga ye.


Untuk pengetahuan semua statement (kenyataan) merupakan ayat pemberitahuan mengenai suatu perkara atau perbuatan.

Positive statement (kenyataan positif)

-merupakan ayat yang memberitahu kita tentang suatu perkara atau perbuatan yang betul atau yang boleh dilakukan. Ia TIDAK mengandungi perkataan tidak (no), bukan (not) atau jangan (don't) atau tidak boleh (can't) atau yang sepertinya.
Examples:-
a) Lily can climb that tree.
b) She likes durian.
c) He used your bicycle.
d) Mariam is a fat girl.
e) We shall play badminton tomorrow.

Negative statement (kenyataan negatif)
- merupakan ayat yang memberitahu kita tentang suatu perkata atau perbuatan yang salah atau palsu atau tidak boleh dilakukan. Ia MENGANDUNGI perkataan2 negatif seperti tidak (no), bukan (not) atau jangan (don't) atau yang sewaktu dengannya... hehehehe.
Examples:-
a) Lily cannot climb that tree.
b) She doesn't like durian.
c) He didn't use your bicycle.
d) Mariam is not a fat girl.
e) We shall not play badminton tomorrow.

Pada dasarnya, topik ni hanya menekankan 2 pandangan yang berbeza. Satu senyum dan satu lagi tidak. Nak jawab pun mudah. Kalau soalan itu menggunakan perkataan "did" tukarkan je jadi "did not" atau "didn't., kalau pakai "will", tambah je perkataan "not" kat belakang "will" maka jadilah "will not". Susah2 jom tengok kat bawah ni.

can => cannot / can't
Do => do not / don't
Does => does not / doesn't
Did => did not / didn't
Is => is not / isn't
was => was not / wasn't
Are => are not / aren't
Were => were not / weren't
Must => must not / mustn't
Would => would not / wouldn't
Could => could not / couldn't
Should => should not / shouldn't
Shall => shall not
Will => will not
Must => must not / mustn't
Need => need not
and many more.......

Senang je kan. Orait..., itu je untuk malam ni. Selamat malam & pada sesiapa yang ngah mengulang kaji tu... selamat belajar. Semoga berjaya.


Monday, June 18, 2012

GRAMMAR: SPELLING

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Soalan 22 & 23 pada seksyen C Kertas 1 Bahasa Inggeris UPSR menguji kemahiran anda dalam ejaan. Untuk menjadi seorang pengeja yang baik, anda perlu mengingati ejaan perkataan2 terutama yang susah2. Bagaiman nak lakukan? Senang je. Di sini mamy ader beberapa tips untuk menjadi pengeja yang baik.

1. Perbanyakkan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris. Anda boleh memilih buku2 cerita kanak2 bergambar hingga lah ke majalah atau akhbar. Majalah tu pula tak semestinya yang berintikan hal2 perniagaan. Mesti boring kan kalau baca bahan yang tak menarik perhatian kita. Majalah hiburan atau sukan lebih seronok dibaca. Bila seronok, mesti datang minat. Bila ada minat.., lagi mudah untuk kita belajar.




2. Rajin membuat latihan spelling dengan rakan2. Ini boleh dilakukan secara bertulis atau lisan. Lagi ramai rakan yang menyertai, lagi meriah. Anda boleh memilih perkataan2 dari kamus dwibahasa atau kamus bergambar. Kamus bergambar lebih menarik dan mudah difahami.


sorry gambar tak terang.

3. Cuba untuk belajar mengingati 5 hingga 10 perkataan baru setiap hari. Apabila anda membaca suatu bahan seperti kamus, surat khabar atau majalah berbahasa Inggeris, cuba tuliskan perkataan2 baru. Eja 10 kali. Sambil tulis sambil bersuara..., setiap satu huruf sampai habis. Dengan cara ini anda akan lebih cepat belajar & ingat dengan lebih baik.

Itu je. Mudahkan. Sebenarnya semua bergantung kepada usaha dan kesungguhan anda sendiri. Semakin banyak anda membuat latihan semakin banyak yang akan anda pelajari dan ingati.

Practice makes perfect.

Ok, jom kita cuba soalan2 spelling kat bawah ni.


Sunday, June 17, 2012

GRAMMAR: SIMPLE PAST TENSE

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

semalam citer pasal Simple Present Tense kan, so hari ni nak sambung pasal Simple Past Tense pulak. Sebelum tu kita rungkai dulu maksud perkataan simple past tense dulu yek.
Simple - mudah
Past - telah berlalu
Tense - masa
So, keseluruhan topik ni adalah mengenai penggunaan kata yang menunjukkan peristiwa yang telah berlaku. Kalau nak tau soalan tu pasal simple past tense ke tak, cuba perhatikan perkataan2 di bawah ni yang menggambarkan masa suatu ayat atau peristiwa itu berlaku.

Yesterday
Last week / weekend
Last month / year
Last night
This morning / afternoon / evening
Just now
Few days ago

Examples:-
1. It rained last night. atau
    It was raining last night

2. We left at 1:00 p.m atau 
    We were leaving at 1:00 p.m

3. They played football yesterday. atau
    They were playing football yesterday.

Pada kebiasaan was dan were digunakan selepas subjek atau modified verb (kata kerja yang telah diubah) digunakan dalam ayat2 Simple Past Tense. Penggunaan was dan were hampir menyerupai penggunaan is dan are dimana subjek singular (seorang atau 1) kecuali You akan menggunakan was. Manakala subjek plural (2 atau lebih) menggunakan were. 

Pronouns                     Verb to be
I                                  
He                                 
She
It                                    was
Ali
The boy
The tiger
The box
==========================
You
We
They
Ali & Razali                   were
The girls
The tigers
The boxes

Jika anda menggunakan was atau were, gunakan verb  + ing. Bagi verb yang memang tiada perubahan bentuk atau memang tidak menggunakan "ing".., gunakan tanpa "ing".Lihat contoh di bawah bersama-sama dengan kesilapan yang biasa dilakukan. Perhatikan penggunaan Verb (hijau) yang betul ya. 

1. I was cooking just now. (betul)
    I was cooked just now. (salah)
    I cooked just now. (betul)

2. The boys were climbing the hill last weekend. (betul)
    The boys were climbed the hill last weekend. (salah)
    The boys climbed the hill last weekend. (betul)

3. Sew Mei was cleaning up her room. (betul)
    Sew Mei was cleaned up her room. (salah)
    Sew Mei cleaned up her room. (betul)

4. They were refuse to tell us what was in the box. (betul)
    They were refused to tell us what was in the box. (salah)
    They refused to tell us what was in the box. (betul)


5. We were reading the storybook this morning. (betul)
    We were read the story book this morning. (salah)
    We read the story book this morning. (betul)


Emmm, kalau anda nak bercerita pasal orang atau haiwan yang telah meninggal dunia atau mati, anda mesti gunakan past tense juga. Lihat contoh kat bawah ni:-

My father died twelve years ago. He was a loving father.


Atau kalau anda nak carita pasal hari kelahiran anda....

I was born on 16th February 1974. It was a bright Saturday.

Ok? Kalau masih tak ok, jom kita selongkar lagi. Mamy tau perkara yang sering menghantui kita masa nak buat ayat simple past tense ialah masalah modified verb (kata kerja yang telah diubah)..kan,kan...... Ok jom kita, pergi satu demi satu ya.

1. Kebanyakan kata kerja akan menggunakan akhiran "ed". Macam ni...:-

Verb which ends with "ed"
Study => studied
Played => played
Wait => waited
Stop => stopped
Climb => climbed
Destroy => destroyed
Delay => delayed
Carry => carried
Cry => cried
Look => looked
Walk => walked
talk => talked
Enter => entered
Close => closed
Open => opened
Switch => switched
and many more.......

2. Ada juga beberapa kata kerja yang langsung berubah dari segi ejaannya. Macam ni....:-

Eat => ate
Ride => rode
Fall => fell
Feel => felt
Swim => swam
Write => wrote
Go => went
Win => won
Sing => sang
Drink => drank
See => saw
Make => made
Sit => sat
Lose => lost
Give => gave
Run => ran
Come => came
Fly => flew
Buy => bought
Bring => brought 
Dig => dug
Catch => caught
Bite => bit
Sleep => slept
break => broke
Lead => led
Have / has => had
Leave => left
and many more......

3. Namun ader juge kata kerja yang langsung tidak berubah. Macam ni...:-

Read => read
Let => let
Hit => hit
Put => put
Cost => cost
Beat => beat

Orait? So apa benda yang kita perlu kita ingat semasa menceritakan peristiwa masa lalu?

1. Bila gunakan was atau were, gunakan verb + "ing" atau verb sahaja (yg tiada perubahan)

2. Dalam kebanyakan ayat, JANGAN gunakan modified verb bersama dengan was atau were.

3. Sentiasa cari perhatikan perkataan2 yang menggambarkan masa atau waktu peristiwa dalam sesuatu ayat.

4. Gunakan pronouns (kata ganti) yang betul bersama verb to be (kata kerja yang bakal) yang sesuai. 

Ok... bila dah abis baca mestilah nak test power kan. Apa kata anda cuba jawab soalan2 kat bawah ni. kalau banyak yang betul.., ertinya faham lah tu. Kalau banyak salah.., kena baca dan ulangkaji lagi ya. Selamat mencuba...!


Friday, June 15, 2012

GRAMMAR: SIMPLE PRESENT TENSE

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Orait.., hari ni nak sambung topik grammar kita. Kali ni nak kupas pasal Simple Present Tense. Ramai daripada kita yang takut sangat ngan topik ni. Laaa... bukan susah sangat pun. Kalau nak tau, topik ni ader banyak persamaan dengan topik Subject-Verb Agreement. Sila klik di bawah untuk rujukan.

* Subject Verb Agreement part 1 - pakai "S"uperman atau tak
* Subject Verb Agreement part 2 - penggunaan "is", "are", "have" dan "has"

Jom mamy terangkan lebih lanjut apa itu simple present tense.
Simple - mudah
present - sekarang
tense - masa
Jadi keseluruhan topik ni adalah mengenai penggunaan kata yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa yang sedang berlaku / sekarang atau yang biasa dilakukan / berlaku setiap hari. Contohnya:-

1. The sun rises in the east.
2. She sometimes dyes her hair.
3. They always go for holidays.

Emmm, macamana nak tau samada kata kerja (verb) tu ader "s" atau tak? Senang je tu. Kalau cuma ada satu subjek (orang, haiwan, benda) kena pakai "s" pada akhiran kata kerja kecuali I dan YOU. Mamy panggil "s" tu sebagai SUPERMAN... pasal ia akan mengingatkan kita bahawa seorang subjek perlukan pertolongan "S"uperman. Kalau ramai.., tak payah.

Tak faham? Tak pe.. jom tengok rajah kat bawah ni.

Subjek (ramai)           kata kerja (verb)                   masa
I
You                                                          
We                                 eat                                daily
They
Ali and Rahman

Subjek (seorang / 1)        kata kerja  +  "s" (verb  +  "s")            masa
He
She
It                                         eats                                              daily                        
Ali
The boy
The cat

Jadik, singular subject pakai "S"uperman pada akiran verb manakala plural subject tak perlu.
Dalam ayat-ayat simple present tense, perkataan yang merujuk masa seperti berikut lazimnya digunakan.
always
often
sometimes
usually
never
hardly

"is" dan "has" hanya digunakan pada ayat2 yang mempunyai seorang / 1 subjek sahaja. Sekali lagi kaedah "s"uperman boleh digunakan untuk mengingati fakta ini. 

i"s"uperman => is
ha"s"uperman => has

He is going home.
Siti is my sister.
It is November.
My bag is black in colour. 
She is my cousin.
There is a bus stop beside the supermarket.
There is a customer at the stall.

He has a horse.
She has two cats at home.
It has a pink collar with a small bell. 
My father has three pairs of shoes.

"are" dan "have" pula digunakan pada ayat2 yang mempunyai 2 atau lebih subjek

You are brave.
They are drinking coffee.
We are playing hockey.
The boys are in the canteen.
Kathy and Jane are wearing blue dresses.
There are books on sale in that book store.
There are four people waiting for the bus.

They have their dinner at 6:00 p.m every day.
We have our breakfast early every morning.
You have a very nice blog.

"am" atau "'m" pula hanya digunakan untuk I (saya) sahaja. I juga menggunakan kata kerja "have" untuk menunjukkan pemilikkan.

I am a teacher.
I'm a teacher. 

I have a diamond necklace. 

Simple present tense juga digunakan untuk ayat2 arahan. Lihat contoh2 di bawah:-

Wash your hands.
Tidy your room!
Do not spit!
Change your shoes.
Queue up!
Do your homework now!
Walk in two straight lines.

Ok itu je. So, amacam? Mudah saja kan. Kalau macam tu apa kata anda cuba uji kemahiran dengan menjawab soalan2 yang telah mamy sediakan. Good luck!


Thursday, June 14, 2012

GRAMMAR: ADJECTIVES (QUESTIONS)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Klik SINI untuk nota.

Ok hari ni nak post soalan2 untuk topik adjectives.




Good luck!

Monday, June 11, 2012

GRAMMAR: ADJECTIVES

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Adjectives bermaksud kata sifat. Ia menerangkan kepada kita tentang suatu objek, orang, haiwan atau tempat dengan lebih terpeinci. Biasanya ia merangkumi beberapa aspek seperti, warna, bentuk dan saiz.
Contoh:-

1. John is tall
=> tall bermaksud tinggi. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa John seorang yang tinggi.

2. The hippopotamus is a large and heavy animal.
=> large bermaksud besar dan heavy bermaksud berat.
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa badak air ialah seekor haiwan yang besar dan berat.

3. The beach of Pulau Tioman is beautiful.
=> beautiful bermaksud cantik atau indah. Ayat ini memberitahu kita bahawa pantai di Pulau Timan adalah cantik atau indah.

4. The flag is red.
=> red bermakna merah. Ayat ini memberitahu kita bahawa bendera itu berwarna merah.

Adjectives juga digunakan untuk membanding suatu benda atau seseorang itu dengan yang lain. Terdapat 3 jenis perbandingan dalam tatabahasa Bahasa Inggeris.

A. THE COMPARISONS OF TWO SIMILAR NOUNS OR PRONOUNS.
Digunakan untuk membanding dua kata nama atau kata ganti yang sama.

"as"  +  adjective  + "as"
Rahman is as tall as Maniam
Julia is as beautiful as her mother
My car is as expensive as your car

B. THE COMPARATIVE FORM OF THE ADJECTIVES
Digunakan untuk membanding dua kata nama atau kata ganti yang tidak sama.

adjective  +  "er"  +  than
adjective  +  more  +  than  
Misbun is older than Jalani.
Edmund's gift is bigger than Sutan's gift.
This butterfly is more collourful than that one.
Pak Halim is more hardworking than Encik Yusuf.

C. THE SUPERLATIVE FORM OF THE ADJECTIVES
Digunakan untuk membandingkan satu atau lebih objek dengan semua objek yang sejenis dengannya.

the  +  adjective  +  est 
the  +  most  +  adjective

Mount Kinabalu is the highest mountain in Malaysia.
Our garden is the prettiest in our street.
Caroline is the most beautiful girl in the class.
He is the most honest man I ever met.
She is the most helpful of all the girls.

Kesilapan yang biasa dilakukan ketika membuat perbandingan.

Fun => funner => funnest.... SALAH! Cara yang betul ialah...
Fun => more fun than => the most fun

Bad => bader => badest ..... SALAH! Cara yang betul ialah....
Bad => worse => worst 

Good => gooder => goodest ......hehehe SALAH!
Good => better => best

Beautiful => beautifuler => beautifulest... SALAH!
Beautiful => more beautiful than => the most beautiful

Senangkan... Cuma anda perlu berhati-hati semasa membuat perbandingan. Berikut ialah senarai perbandingan beberapa perkataan yang lazim digunakan.

ADJECTIVES          COMPARATIVE              SUPERLATIVE
(kata sifat)                (lebih daripada)                 (paling)
White                        whiter than                     the whitest
Large                        larger than                      the largest
Hungry                      hungrier than                  the hungriest
Dear                          dearer than                     the dearest
Easy                          easier than                      the easiest
Long                          longer than                     the longest
High                           higher than                     the highest
Comfortable               more comfortable than     the most comfortable
Hardworking              more hardworking than    the most hardworking    
Expensive                  more expensive than         the most expensive
Known                      better known                    well known
Honest                      more honest than               the most honest  
Timid                        more timid than                 the most timid
Wide                         wider than                        the widest
Small                         smaller than                     the smallest
Big                            bigger than                       the biggest
Healthy                      healthier than                    the healthiest 
Cheap                        cheaper than                     the cheapest
Difficult                     more difficult than             the most difficult
Handsome                  more handsome than         the most handsome
Simple                       simpler than                      the simplest 
Proud                        prouder than                     the proudest 

Lepas ni harap2 tak de lagi kesilapan masa nak buat perbandingan. Jika masih ada, just tinggalkan komen anda di "respon ikhlas" kat bawah ni. Mamy akan cuba membantu. 

Nampaknya masa tak mengizinkan untuk mamy membuat soalan2 ujian. Insya'allah, malam ni atau esok, mamy akan buatkan ye. Until then, keep on writing and happy reading. Wasalam.


Sunday, June 10, 2012

GRAMMAR: CONJUNCTION (QUESTIONS)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Klik SINI untuk nota.

Malam ni nak post soalan2 tuk topik kata hubung (conjunction). Seperti biasa, anda cuma perlu klik bawah ni dan mula jawab soalan2 yang telah mamy sediakan. Bila dah habis, klik "finish quiz" untuk mendapatkan keputusan & jawapan.

Semuanya free of charge. So, apa kata anda semua uji kebolehan  masing2. Perlu diingatkan, anda dikira gagal jika mendapat markah 55% dan ke bawah. So, selamat mencuba.....

GRAMMAR: CONJUNCTIONS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Dalam Bahasa Malaysia, ia dikenali sebagai Kata Hubung. Haaaa.... ada belajar kan? Kalau tak ingat ... ha.. masalah tu. Kata hubung terbahagi kepada beberapa jenis dan ia digunakan untuk menyambung 2 atau lebih ayat tunggal. Bahasa Inggeris juga mempunyai beberapa kata hubung yang hampir sama penggunaannya dengan kata hubung Bahasa Malaysia. So, ini mesti mudah untuk difahami.

Dalam BI terdapat 9 jenis kata hubung yang biasa digunakan. Berikut ialah huraiannya beserta dengan contoh2 yang berkaitan.

1. AND => dan
- digunakan untuk menyambung dua (2) perkataan, frasa atau ayat.
Contoh:-
a)Rokiah bought a pen. Rokiah bought a ruler.
=>Rokiah bought a pen and a ruler.
b) He came out. He took the book.
=> He came out and took the book.

2. BECAUSE / AS => sebab atau kerana
-digunakan untuk menunjukkan sebab.
Contoh:-
a) He ate little. He was not hungry.
=> He ate little because he was not hungry.
=> He ate little as he was not hungry.
b) She cried. She was not happy.
=> She cried because she was not happy.
=> She cried as she was not happy.

3. BUT - tetapi
-digunakan untuk menyambung idea yang berbeza atau berlawanan antara satu sama lain.
Contoh:-
a) This bag is cheap. This bag is lasting.
=> This bag is cheap but lasting.
b) Eliza is poor. She is beautiful.
=> Eliza is poor but she is beautiful.

4. OR - atau
-digunakan apabila terdapat dua tau lebih pilihan.
Contoh:-
a) You may read this book. You may read that one.
=> You may read this book or that one.
b) Do you like tea? Do you like coffee?
=> Do you like tea or coffee?

5. IF -jika atau jikalau.
-digunakan untuk menunjukkan keadaan atau syarat. Biasanya digunakan pada awal ayat.
Contoh:-
a) If it rain, we won't go out.
b) If we hurry, we might catch the 9 o'clock bus.

6. UNLESS - kecuali
-digunakan untuk menunjukkan penyelesaian suatu masalah.
Contoh:-
a) He won't come. You will have to fetch him.
=> He won't come unless you fetch him.
b) I can't finish this work on time. You will have to help me.
=> I can;t finish this work on time unless you help me.

7. SO / THEREFORE - jadi / oleh itu
-digunakan untuk menunjukkan sebab, pilihan keadaan atau syarat.
Contoh:-
a) He was tired. He sat down to rest.
=> He was tired so he sat down to rest.
=> He was tired therefore he sat down to rest.
b) Sunita wanted that bag so much. She bought it.
=> Sunita wanted that bag so much so she bought it.
=> Sunita wanted that bag so much therefore she bought it.

8. ALTHOUGH -walaupun
-digunakan untuk menyambung dua fakta kontras atau berlawanan. Biasanya digunakan pada awal ayat beserta tanda koma ( , ) sebagai penyambung.
Contoh:-
a) He was hurt. He continued playing.
=> Although he was hurt, he continued playing.
b) She was tired. She helps her mother wash the dishes.
=> Althought she was tired, she helps her mother wash the dishes.

9. EITHER... OR (salah satu / antara... atau) dan NEITHER ..... NOR (bukan sahaja tidak.... atau)
-digunakan untuk menyambung dua perkataan, frasa atau ayat yang mempunyai unsur pilihan.
Contoh:-
a) You can buy nasi lemak. You can buy rojak.
=> You can either buy nasi lemak or rojak. (Awak boleh membeli antara nasi lemak atau rojak)
b) He phoned her. He wrote her a letter.
=> He neither phoned nor wrote her a letter (Dia bukan sahaja tidak menghubungi atau menulis surat padanya) maksud ayat ni.., dia bukan sahaja tidak menghubunginya, malah dia tidak menulis surat padanya juga.

So, macam mana? Mudah je kan. Kalau masih kurang jelas, komen je kat respon ikhlas di bawah ni. Insya'Allah mamy akan cuba tolong anda agar lebih faham. Malam ni mamy tak sempat nak wat soalan. Insya'Allah, nanti mamy akan siapkan ye. Malam ni mata mamy macam ada besi pemberat. Nak tertutup je.

Akhir kata, selamat mengulang kaji. Wasalam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...