Friday, June 8, 2012

GRAMMAR: INTERROGATIVE PRONOUNS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Malam ni nak bincang pasal INTERROGATIVE PRONOUNS. Macam polis pulak kan. Ye lah... INTERROGATIVE bermaksud menyoal. So, keseluruhan topik ini akan memaparkan kata2 kunci yang biasa digunakan untuk menyoal seseorang atau sesuatu.

Terdapat 9 kata kunci yang digunakan untuk menyoal dalam Bahasa Inggeris. Mamy pasti kebanyakan daripada kita tahu menggunakannya. Jom, kita selongkar satu-persatu.

1. WHAT => apa?
- digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai suatu benda, orang atau situasi..
Contoh:-
What is your name?
What was the cause of the accident?

2. WHO => siapa?
- digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai seseorang atau ramai orang.
Contoh:-
Who are these girls?
Who is that man?

3. WHERE => dimana?
-digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kedudukan suatu tempat.
Contoh:-
Where is the bag?
Where were you at that time?
Where is their house?

4. WHEN => bila?
-digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai masa.
Contoh:-
When is your birthday?
When did it rain?

5. WHICH => yang mana satu?
-digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pilihan.
Contoh:-
Which dog is yours?
Which way did he go? Here or there?

6. WHY => mengapa?
-digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai suatu sebab.
Contoh;-
Why are they laughing?
Why aren't you smiling?

7. HOW => bagaimana?
-digunakan untuk mandapatkan maklumat mengenai cara sesuatu itu dilakukan.
Contoh:-
How far is it from Malacca to Singapore?
How do you usually go to work?

8. WHOSE => siapa punya?
-digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kepunyaan siapa.
Contoh:-
Whose bags are those?
Whose idea was it to go to Bukit Merah?

9. WHOM => pada siapa?
-digunakan untuk mengetahui kepada orang yang manakah suatu perkara itu dilakukan. Kebiasaannya preposition (sendi nama) seperti to, for atau by digunakan sebelumnya.
Contoh:-
To whom are the children waving?
By whom was this written?
For whom is the secretary done the document?

Amacam? Senangkan? Mesti boleh. Kalau begitu, jom lah jawab soalan2 yang telah mamy sediakan. Lepas jawab, klik "finish quiz" untuk mendapatkan keputusan. Jangan main tipu ya.... Good luck!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...