Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

KAKI AYAM OH KAKI AYAM... MASAK KICAP PUN SODAP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Ada orang suke makan kaki ayam ada pula yang langsung tak boleh masuk tekak.. belum sampai tekak, pandang je pun dah geli. Biasalah.. lain orang lain seleranya..

Kat rumah.. cuma suami dan kak ngah Jaja (anak mami) je yang tak layan kaki ayam. Yang lain memang penggemar hidangan kaki ayam terutama sekali c bungsu Ebby.., tak kiralah sama ada di masak sup, masak lemak, goreng tepung atau masak kicap ala Cina. . Kalau bawak c Ebby ni p belanja kat supermarket, dia pasti akan ke bahagian frozen dan tunjuk kaki ayam.. suh beli lah tu.. hehehe..


ni lah Ebby (Nur Qaseh Ayiesha)

So, semalam akak sediakanlah masakan favret budak kecik yang tak berapa nak kecik ni.. 

Ha.. ni lah dia.. Kaki Ayam Masak Kicap ala Cina. 

Resepi ni mudah je tapi kena masak awal tau sebab proses penyediaan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam setengah ke 3 jam dan ada langkah keselamatan. Sebab masa nak goreng kaki ayam tu.., punyalah dasyat.. dapur kita tu macam medan tempur. Tapi, hasilnya memang berbaloi bagi penggemar masakan ni. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya dulu ye.

FASA 1 (PERAP, GORENG DAN RENDAM)
Bahan Perap:-
12 pasang kaki ayam (bersihkan dan buang kuku, kemudian belah 2)
3 sudu makan kicap pekat
Setengah sudu teh serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng.

cara:-
1. Campur semua bahan kecuali minyak dan perap selama setengah jam.
2. Sediakan kuali / presure cooker. Masukkan minyak dan terus masukkan ayam yang dah di perap tadi. Pastikan semua kaki ayam tenggelam. Tutup. Goreng dengan api sederhana. 
3. Goreng ayam hingga betul2 garing tau. Bukan setengah masak ke aper.. mesti..WAJIB GARING baru resepi ni menjadi.. che..


PERINGATAN:- JANGAN TUNGGU MINYAK PANAS BARU NAK MASUK KAKI AYAM! Konfirm meletup sana sini tu. Kalau nak balik2 kan ayam, SILA KECILKAN API & TUNGGU LETUPAN MINYAK KAT DALAM KUALI REDA. Ha barulah selamat.  

4. Lepas angkat terus masukkan kaki ayam tadi ke dalam bekas berisi air. macam gambar kat bawah ni. Kalau paip je.. kalau ader air tapis lagi elok sebab mami rendam kaki ayam ni ngan air tapis. Ni nak kena rendam selama 1 jam.


Ha.. ni lah rupa dia bila dah direndam.. kembang dan berkedut. Tu yang mahal tu.. hehehehe.. Lepas ni boleh lah mula masak kicap ala Cina kita tu.

FASA 2 (TUMIS BERKUAH, HIDANG DAN MAKAN....hihihi)

Bahan2:-

Kaki ayam yang dah siap digoreng dan direndam.
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 inci kulit kayu manis
Sedikit serbuk lada putih
sedikit cuka / pati asam jawa (mana2 guna pun sedap ye)
1 1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
Garam, gula dan perasa (secukup rasa)
Minyak untuk menumis.

Cara2:-

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan kulit kayu manis dan tumis lagi.
3. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada putih. Tumis sebati.
4. Masukkan air dan kaki ayam. Biarkan ia mereneh selama 5 minit. Masa ni ruang dapur anda punyalah wangi.. wangi yang sunggu menambat selera.
5. Masukkan cuka, garam, gula dan perasa.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung sambil kacau supaya kuah kicap kita pekat.
7. Biarkan kuah mereneh sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Senang je kan.. ok semua,, selamat mencuba.



Saturday, March 22, 2014

HomeMade PeanutButter

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Wah.. sedar tak sedar, kita dah berada hampir di penghujung bulan Mac 2014. Kejap je masa tu berlalukan. Bukan tu je, cuti sekolah pun dah bermula. pasti ramai yang dah planning nak jalan2 ngan famili atau anak2 yang duk asrama tak sabar nak balik rumah. Apa pun rancangannya, mami harap semuanya berjalan dengan lancar. 

Petang ni mami nak share satu resepi mudah.. Peanut Butter buatan sendiri. Ye lah kan.. la ni, harga peanut butter pun dah mahal dan kita tak tau berapa banyak bahan pengawet yang ada dalam mentega kacang yang kita beli tu.  Bukan tu je, kalau nak beli peanut butter sila tengok dulu..kat mana ia di buat. Sebab tanpa kita sedari, kita mungkin telah membeli produk peanut butter yang dikilangkan di China. Ha.. jangan sangka jenama cikai2 tu ye.. jenama mahal dan terkenal pun ader yang dikilangkan di China. Memula dulu mami memang tak peduli semua ni.. janji peanut butter tu branded kira ok lah tu.. La ni bila dah tau.., mami dah mula was-was + ragu-ragu.. walaupun ada tanda HALAL kat situ.  So, before beli make sure korang check dulu kat mana ia dikilangkan. 

Didorong oleh rasa was-was + ragu-ragu ni.. mami ambil keputusan untuk try buat Peanut Butter sendiri. Hasilnya.. rasa mentega kacang yang amat lazat, setanding dengan yang dijual kat supermarket tu. Paling penting mami lega sebab anak2 sukakannya dan hasilnya pun banyak



Ni lah rupa mentega kacang yang mami buat tu.

Ok ni resepinya ya..

Bahan yang diperlukan

300gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan buang kulit)
*nak pakai kacang siap kupas kulit pun boleh ye. Janji kena goreng tanpa minyak dulu ya. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.
50ml madu / susu manis
250g butter unsalted (cairkan)
2 cubit garam
*butter boleh ditukar dengan majerin atau minyak kacang

Cara:-
1. Masukkan kacang ke dalam food processor dan putar hingga hampir halus. Kalau nak pakai blender pun boleh, cuma blender tak sekuat food processor so kena buat sikit2.
2. Masukkan mentega cair / minyak dan garam. Putar lagi selama 3 - 4 saat.
3. Masukkan madu / susu manis. Putar hingga kacang halus.

** Kalau nak mentega kacang kasar atau chunky gitu, asing sedikit kacang sebelum masukkan ke dalam food processor. Masukkan baki kacang ni selepas step ke 3 & tekan butang "pulse" 2 kali. 

Dah siap. Mudah kan. Rasanya pun amat yummy.. 

Rajin pulak anak2 bawak bekal peanut butter sandwich ke sekolah. Tak sampai bape hari... dah habis sebalang dan setengah tapau mentega kacang mami ni.. emmm... agaknya.. berapa kilo kacang nak buat ye baru cukup ye? Kuang,kuang,kuang...

Friday, November 29, 2013

RESEPI BUBUR BUTIR NANGKA / BUBUR TEPUNG PULUT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Tengahari berkunjung tiba, namun sang mentari bersembunyi di sebalik awan tebal. Angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa, bertiup semakin kencang dan semakin sejuk. Awan hitam kini mencurahkan airnya membasahi bumi Tawau. Alhamdulillah.. begitu hebat kasih sayang Allah kepada hambanya.

Hari ni nak cerita pasal Bubur Butir Nangka. Bubur ni memang popular kat Semenanjung khasnya Kelantan dan biasanya menjadi tumpuan semasa bulan Ramadhan. Kat Sabah pun ader bubur ni. Kita orang panggil bubur tepung pulut. Bubur manis ni memang sedap dan menjadi kegemaran anak2 dan suami.

Ni lah rupe bubur butir nangka

Masa mula2 kawin dulu, mami memang tak tau masak bubur ni. Ni ibu mertua yang ajar. Alhamdulillah.. sekarang mami ajar anak perawan mami pulak. 

So, sapa2 yang tak tau nak hidang apa untuk minum petang ni, apa kata cuba resepi Bubur Butir Nangka ni. Penyediaan bubur ni ada 2 fasa yang berasingan iaitu fasa 1 uli dan rebus butir nangka & fasa 2 pula kita siapkan kuah bubur.

Bahan:-
(Untuk hidangan 8 - 10 orang)
500g tepung pulut
Pewarna - mami pakai pewarna cecair Star Brand merah dan hijau.
1.5 liter santan kelapa pekat diambil daripada 2 biji kelapa
*bole diganti dengan santan kotak untuk kurangkan kolesterol (2 kotak ye)
4 helai daun pandan (koyak memanjang dan ikat)
Gula secukup rasa
Sedikit garam.
Air

Cara penyediaan Fasa 1:-
1. Bahagi dua tepung pulut sama rata. Kalau nak pakai 3 warna, bagi 3 lah tepung tu ye.
2. Tabur secubit garam untuk setiap bahagian tepung.
3. Titiskan pewarna dalam tepung dan curahkan air sedikit demi sedikit sampai tepung boleh diuli lembut. Uli sekitar 3 minit untuk setiap warna.
4. Apa bila semua tepung telah siap diuli, didihkan air dalam periuk.
5. Gentel ulian tepung pulut tadi kecil2 (agak2 bentuk biji nangka) dan terus masukkan ke dalam periuk yang dah menggelegak tadi. Gunakan api sederhana. Tunggu sampai ia timbul.
6. Sementara tu isi bekas lain dengan air sebab apabila butiran tadi timbul, kita kena kaub keluar periuk dan terus letak dalam bekas berisi air tadi. Ni supaya butiran yg dah masak tadi tak melekat antara satu sama lain.

 Ni lah butiran tepung pulut yang dah masak. Lawakan.

Bila dah siap ni, bermakna kita dah selesai fasa pertama bubur ni. Jom kita ke Fasa 2 pula.

Cara Penyediaan Fasa2:-


1. Tuang santan dalam periuk dan letak daun pandan sekali. Panaskan.
2. Sentiasa kacau kuah agar tak pecah minyak.


3. Agak2 kuah dah panas, tos butiran tepung pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk kuah.
4. Tambah air jika rasa kuah terlalu pekat atau sikit. 
5. Masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam agar rasa kuah lemak2.


6. kacau kuah sampai ke semua butiran timbul semula.


7. Apabila semua butiran dah timbul semula macam kat atas tu dan kuah pun mendidih.. maknanya, bubur kita dah pun siap dan bolehlah dihidangkan.

Senang je kan. Cuma leceh bab gentel- mengengtel tu je. Tapi kalau ader anak2 yang dah besar2 tu boleh lah ajak sekali menggentel. Yang kecik2 tu baik jangan.. nanti terkena air panas masa merebus kan naya.. 

Ok lah.. takat ni je..
Selamat mencuba...
Wasalam.

Tuesday, July 23, 2013

RESEPI GADO-GADO TAWAU

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Hari ni nak citer pasal "gado-gado". Gado-gado ni sejenis makanan tempatan yang turut menjadi kegemaran orang-orang Tawau & bagi mereka yang merasa makanan ini buat pertama kali, pasti akan suke dengan rasa kuah kacangnya yang pekat, manis dan sedikit pedas. Jom tengok macam mana rupa gado-gado.

Ni lah gado-gado.
Nampak sedap kan.. memang sedap..

Kat Tawau, sepinggan gado-gado berharga sekitar RM1.50 hingga RM5. Paling popular gado-gado kat Kampung Titingan. Emm... memang selalu penuh gerai dia oleh penggemar gado2 & soto banjar.

Nak buat gado2 ni senang sangat. Jom tengok apa bahan2 nya.

Bahan2 isi gado2 (sediakan dan ketepikan):-
(untuk 7 orang)
1 pek ketupat Nona / ketupat Adabi (dalamnya ada 4 bungkus)
2 cekak kangkung (potong2)
1/2 cekak kacang panjang (potong2)
2 biji timun (buang kulit, biji & hiris)
300g tauge
1 bungkus tauhu putih (potong dadu besar, goreng sebentar & ketepikan)
7 biji telur gred B (rebus)
keropok goreng (paling sedap.., keropok udang)

Cara penyediaan nasi impit / ketupat:-
1. Masukkan ketupat Nona ke dalam periuk besar. Basuh sekejap & isikan air sehingga semua bungkusan ketupat tenggelam.
2. Rebus selama 2 jam. Tambahkan air rebusan yang surut agar ketupat sentiasa tenggelam.
3. Toskan dan biarkan sejuk.
* Tips: Kalau nak senang, sediakan nasi impit 6 jam sebelum nak buat gado2 supaya nasi impit betul2 sejuk dan mudah untuk dipotong dadu.


Cara mencelur sayuran:-
1. Didikan air & masukkan 1 sudu teh garam. Ini bertujuan untuk mengekalkan warna hijau sayuran.
2. Celur kacang panjang dulu. Celur sehingga warnanya berubah menjadi lebih gelap (lebih kurang 1 minit). Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan air celuran yang sama, celur kangkung selama 1 mint. Angkat & toskan
3. Tutup api & celur tauge selama 5 saat. Angkat & tos
* Tips: Untuk mencelur tauge, penting untuk kita tutup api kerana tauge sangat mudah benyai.

Bahan2 kuah kacang:-
500g kacang tanah
50g udang kering (rendam)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili kering (basuh dan potong kasar)
setengah inci cekur (kat sini kitaorang panggil kencur)
Sedikit minyak masak
Sedikit air masak
1 sudu teh garam
6 sudu makan gula
3 sudu makan air asam (bancuh dengan air masak)
4 sudu makan kicap pekat masin
Air mendidih

Cara penyediaan kuah kacang:-
1. Goreng kacang dengan sedikit minyak. Ini bertujuan agar kuah kita nanti nampak berkilat. 
2. Biarkan kacang goreng sejuk sendiri dan kemudian blend kacang tersebut. Blend jangan terlalu halus. Biarlah sedikit kasar. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih (bawang2 ni tak perlu dipotong. Biar je bulat tu), udang kering & cili kering. Goreng sampai harum & sedikit garing. Angkat.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah, udang kering & cili kering yang telah digoreng tadi ke dalam blender. Masukkan juga cekur & sedikit air masak. Blend hingga halus.
5. Dalam mngkuk besar, satukan kacang & bahan yang telah diblend tadi.
6. Kemudian masukkan air mendidih sambil gaul. Masukkan sikit2 ye sampai kuah nampak pekat. 
7. Masukkan garam, gula, air asam & kicap pekat. Gaul rata. Seimbangkan rasa. 
* Kuah kacang gado2 rasanya manis-manis.

Cara menghidang gado2:-

 Potong nasi impit / ketupat dalam pinggan
Tak perlu banyak. Dalam 6 -7 ketul pun dah cukup.

 Campurkan semua sayuran & tauhu
*masa mami buat ni tauhu takde.

 Hiris telur rebus
Tuang kuah kacang

Akhir sekali, tabur keropok goreng atas gado-gado & hidangkan.

Yummmm.... sedapnyer... Selamat mencuba...

Thursday, February 7, 2013

RESEPI PAVLOVA..SESEDAP NAMANYA..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


Pavlova merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari New zealand & Australia. Hidang ini dinamakan sempena nama seorang penari iaitu Anna Pavlova semasa tour nya ke New Zealand & Australia. Nak tengok rupe c Anna Pavlova ni... 
Haaa ini lah dia.. lawa jugak kan.. Ok lah... dah tamat citer sejarah ye.. la ni.. nak gitau yang mami berjaya membuat hidangan pencuci mulut ni. 



Ini dia hidangan pavlova mami... nampak sedapkan.. memang pun..

nampak macam susah je kan.. tapi sebenarnya.. amatlah mudah nak buat ni.. bahan2 pun senang.. jom tengok.


Hah.. ini lah bahan2nya ye..

Bahan2 untuk base pavlova:-

4 biji telur (ambil putih saja)
3/4 cawan gula kastor. Nak pakai secawan pun boleh..tapi manis sangatlah..
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh cuka
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan2 untuk hiasan:-
200g non-diary whip cream
Buah-buahan segar seperti strawberry, kiwi, pisang, mangga, anggur, peach atau blueberry.
mami beli strawberry segar je. Yang lain en.suami malas nak cari pasal bandar jem... tau je lah.. dah nak tahun baru cina.. masing2 sibuk belanja... takut supermarket cuti panjang.. hehehe.. 

oklah.. sebelum mula apa2, panaskan dulu oven pada suhu 140C selama 10 - 15 minit. Nanti nak masak baru kita turunkan suhu ye.

Memula,putar putih telur dalam mixer dengan kelajuan MAKSIMA. Kalau ader nombor 6, pakai nombor 6 terus ye. Putar putih telur tu sampai gebu, ringan dan kaku. Omputeh cakap soft peak. Omperancis cakap meringue.. Nak tau dah jadi ke tak.. cube terbalikkan mangkuk mixer, kalau putih telur tu tak jatuh.. dah jadi lah tu meringue kita.

Lepas tu, masukkan sedikit demi sedikit gula kastor sampai habis ke dalam meringue sambil mixer terus berputar. Jangan berhenti tau.. 

Bila meringue dah sebati dengan gula, masukkan pula tepung jagung. Putar lagi sampai sebati.

 Hentikan mixer. Masukkan cuka dan..
esen vanila. Kacau laju2 dengan spatula sampai sebati.

 Sediakan loyang. Lapis loyang dengan kertas pembakar. Mami pakai kertas A4 je.. kihkihkih..
 Ratakan adunan atas kertas... tak terlalu tipis dan tak terlalu tebal.. sedang2 je.. macam lagu Iwan tu.."yang sedang2 saja..yang sedang2 sajaaaa".. ewah..

Bentuk? Suka hari korang lah. nak bulat boleh.. nak empat segi pun boleh.. sukatan adunan ni dapat dua bijik base ye. kalau buat sebijik.. memang besar. Cukup 8 orang makan..


 Orait.. bakar pavlova ni dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 110C. Gunakan api bawah sahaja.
Tips:- 
1. letak dulang pada aras tengah oven. Kalau aras yang paling bawah, nanti bawah dia cepat hangus.
3. Masa proses membakar..JANGAN memandai-mandai buka tutup pintu oven tu.. konon2 nak cek.masak ke dak.. Bio kan je..
2. Bila dah masak,JANGAN... mami ulangi.. JANGAN KELUARKAN PAVLOVA DARI OVEN!!  Renggang kan sidikit pintu oven dan biarkan je ia rehat selama 10 minit kat dalam oven tu. Sementara tu bolehlah siapkan topping.
Ni rupa base yang dah masak. Crispy di luar, lembut di dalam..

Jom buat sediakan topping..
Putar whip cream dengan kelajuan maksima sampai kembang, gebu dan kaku. Mami gunakan jenama Golden Rich sebab ia dah manis. So tak perlu tambah gula. Ni cari kat kedai bakery ye. Mahal sikit tapi berbaloi. 


Mulakan dengan lapisan pertama. Sapu whip krim atas base. Ratakan. Kemudian susun buah-buahan ikut kreativiti masing2. Mami ni tak berapa nak kreatif.. so mami hantam kromo jak lah..


Bila dah siap lapisan pertama. Alas lapisan pertama tu dengan base kedua. Ulangi proses menyapu whip krim dan susun buah-buahan tadi.


Taa Daaa.... dah siap..!!! Sejukkan dalam fridge dulu tau sebelum makan... baru lah sedapp.. 








Sunday, July 29, 2012

SOTO AYAM PEMBUKA SELERA RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


Bayangkan anda sedang menghirup sup ayam yang sungguh menyelerakan dengan hirisan ayam goreng, telur rebus, perkedel kentang,  beserta bawang goreng, daun sup dan sedikit hirisan cili merah. Yammm....  Ketulan nasi impit dan mihun nya pula cukup mengenyangkan setelah seharian berpuasa. Itu lah Soto Ayam!


Soto ayam bukan sahaja sesuai sebagai hidangan berbuka puasa, malahan ia juga sangat sesuai dihidangkan semasa bersahur. Tekturnya yang bersup mampu membuatkan kita segar walaupun seharian berpuasa. Apa lagi jika diambil bersama buah-buahan sebagai pencuci mulut. 


Nak sediakan soto ayam tak lah susah sangat. Yang penting, siapkan supnya pas tu sediakan bahan dalam soto kita tu. Masa puasa ke-5 yang lalu, mami masak soto ayam sebagai juadah utama berbuka puasa. Sebenarnya, masa tu kat dalam fridge memang takde daun bawang atau daun sup. Cili besar pulak dah habih. Nak p beli takut tak sempat. Pasal nak sediakan sume bahan mengambil masa kira-kira 2 jam. So mamy buat je dengan apa yang ader.  So inilah hasilnya:- 




Amacam? Menyelerakan? Bolehlah...


Nak buat soto ni mudah je. Jom kita sama2 tengok resepinya. Hidangan yang mami buat ni khas untuk 5 - 7  orang.


1. Nasi impit:-
Se pek Ketupat Nona saiz besar. Dalam ni ader 6 bungkus nasi impit. Mami rebus 3 sahaja. Cara nak rebus mudah je. Cuma perlu rendam dalam periuk yang beisi air dan panaskan dengan api sederhana sehingga beras dalam kantung ketupat kembang memenuhi ruang dalam kantung ketupat itu.

TIP PENTING:- sediakan awal2. Sekurang-kurangnya 4 jam sebelum nak makan. 



2. Sup ayam
Bahan2:-
300gm leher atau kaki atau sayap atau tulang dada atau paha ayam. (cuma nak maniskan sup kita je) - potong kecil2 ya.
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah (ditumbuk halus)
1 batang kulit kayu manis (saiz sederhana besar)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga cengkih.
3 liter air
3 biji kiub pati ayam & gula
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis.


Cara nak sediakan:-
Tumis bahan yang ditumbuk dan diketuk tadi sehingga wangi. Masukkan bahan rempah (kulit katu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih). Tumis sehingga bawang bertukar warna menjadi keperangan.


Masukkan bahagian ayam yang telah dipotong kecil2. Gaul rata dengan bahan tumisan. Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api sederhana kecil sehingga airnya kurang agak2 seliter. Ini bertujuan untuk betul2 mengeluarkan flavor atau pati tulang ayam. 
Tips:- Kalau anda gunakan kaki ayam, goreng sekejap kaki ayam itu. Tak pelu garamkan atau bubuh perasa. Kemudian didihkan dalam sup. Hasilnya kaki ayam empuk dengan cepat dan betul2 lembut. Takde bahagian yang liat.


Ok. Bila airnya dah kurang, tambah 1 liter air lagi dan biarkan mendidih. Apabila dah mendidih, pecahkan kiub pati ayam dan masukkan ke dalam sup. Bubuh sesudu makan gula dan sedikit garam. Kecilkan api. Biarkan saja sup itu mendidih perlahan-lahan sebab kita nak tuangkan kuah sup atas mihun yang telah di rendam tadi. 


3. Sebungkus mihun - direndam (tak perlu panaskan air rendaman)
Tips:- Mihun boleh juga digantikan dengan suhun.


4. Hirisan ayam goreng
1 dada ayam yang dibelah 2. Kemudian perasakan dengan garam, kunyit dan sedikit asam jawa supaya warna ayam menjadi sedikit keperangan. Perap dalam 10 minit dan goreng. Hasilnya jadik macam ni:-


Ayam ni tak perlu nak dirempah sangat pasal kita nak hiris dan siat isinya sebagai hiasan atas soto kita nanti.


5. Perkedel kentang
Bahan2:-
3 biji kentang saiz sederhana besar - Kupas dan rebus sehingga betul2 empuk
2 biji bawang merah - ditumbuk halus
50gm udang kering - ditumbuk halus
1 biji cili merah dihiris halus
sedikit daun sup dihiris halus
sedikit lada sulah
Garam & gula
1 biji telur - asingkan kuning & putihnya
sedikut tepung gandum
minyak untuk menggoreng


Cara nak sediakan:-
Lecekkan kentang sehingga tiada yang berketul. Ketepikan. Tumiskan bawang dan udang kering hingga sedikit garing.Angkat dan tuangkan ke dalam kentang yang telah dilecek tadi. gaul rata. Kemudian masukkan cili merah, lada sulah, daun sup, garam, gula dan kuning telur. Gaul sampai sebati. Kepal2 kan adunan kentang mengikut saiz kegemaran anda. Kemudian golekkan dalam putih telur dan atas tepung. Tak perlu tebal sangat tepungnya. Memadai dengan lapisan nipis sahaja. Goreng dengan api sederhana kecil. 
Tips:-Api yang kuat atau besar akan memecahkan dinding luar perkedel dan menjadikan minyak anda kotor dek serakan kentang. So kena sabar masa nak goreng perkedel kentang ya.


6. Bahan hiasan:-
Hirisan daun bawang & daun sup
Hirisan cili merah
Telur rebus dihiris kasar.
Bawang goreng


7. Plating:-
Apabila semua bahan sudah siap dimasak, masukkan sedikit nasi impit yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan mihun. Tuangkan didihan ke paras yang disukai. Janji mihun tadi mesti tenggelam. Hiaskan dengan isi ayam goreng yang telah dihiris dan disiat dan sebiji perkedel kentang yang dibelah dua beserta dengan bahan hiasan. 


8. Kalau nak sedap lagi, makan ngan sambal tumis dan perahan limau.


Sambal tumis tu, anda boleh buat ikut sambal tumis kegemaran anda. Tapi mami ader satu resepi sambal tumis yg sangat sedap di makan dengan soto atau pun apa jua jenis sup. Sambal tumis mami yg satu ni, tak gunakan belacan bertujuan untuk tidak menganggu rasa sup. 
Bahan2:-
Segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis


Cara:-
Blenderkan cili dan bawang putih dengan sedikit air sehingga halus. Panaskan kuali dan tumis bahan yang diblender tadi. Masukkan garam & serbuk perasa. Tumis hingga naik minyak. Hasilnya jadi macam ni....






Selamat mencuba



Thursday, May 3, 2012

JOM MASAK NASI LALAP

As salam sume. Malam ni terasa nak masak nasi lalap la pulak. Ye lah daripada berembum makan kat highway tu, baik mami masak sendiri. bukannya susah pon.... hehehehe perasan terer le tuh.

Kat Tawau ni mami paling suke makan nasi lalap kat Gerai Ais Teler, dekat highway. Macam ni hah rupa dia.


Rasa dia memang fantastik bombastik dan tik tik tik. Ianya terhidang dengan nasi putih, tempe goreng kosong, ayam goreng celup tepung, sayur kobis potong enam & kacang panggang kukus serta sambal cemangi + sup. Perghhh memang sedaplah. Bila makan nasi lalap ni, mami selalu amati rasanya. Rasa2nya mami boleh duplicate resepi ni.... haiii perasan lagi mami ni.

So, hari tu mami dah cuba wat nasi lalap ni kat rumah. Sume puji...., dan hidung mami pon kembang. Jadi malam ni nak masak lagi. Jadi petang ni mami nak kongsi resepinya.

Bahan untuk nasi:-
Beras, air dan secibut garam. (masak macam biasa cuma tambahkan secubit garam supaya sedap & teksturnya pon akan lebih seroi. Ukuran air mesti setara dengan beras.)

Bahan untuk lauk & sayur.

Ayam (bahagian ikut suka)
Kobis (potong 6 atau 8) macam ni
kacang panjang (potong sederhana panjang)
Tempe (potong tipis. lebarnya pula ikut suka)
Tepung gandum
Sedikit tepung beras
Serbuk kari
Serbuk lada putih
Telur
Garam
Sedikit serbuk MSG (Aji no moto)

Cara2:-
Bahagian ayam dipotong ikut suka, basuh dan ketepikan. Campurkan tepung gandum, sedikit tepung beras, serbuk kari, serbuk lada putih, garam & MSG, kemudian gaul rata. Celup bahagian ayam dalam telur pas tu celuip pula pada campuran tepung tadi. Pas tu celup sekali lagi bahagian ayam yang dah bertepung tadi ke dalam telur dan campuran tepung. Salutan dua kali ini kan menjadikan ayam goreng lebih rangup dengan salutan tepung yang lebih tebal. Deep fry ayam tadi dengan api sederhana sehingga keperangan.

Demikian juga untuk tempe. cuma tempe disalut tepung sekali sahaja tanpa telur. Caranya, basahkan tempe tadi dan golek2 atas tepung. Kemudian deep fry sampai keperangan.

Untuk kobis & kacang panajng pula, sediakan periuk kukus & kukus sayur2 tadi selama 1 ke 2 minit.

Sambal cemangi.
Bahan2:-
10 - 15 tangkai Cili padi (kurangkan kalau tak suka pedas)
3 biji tomato ceri
beberapa helai daun cemangi / kemangi
1 inci belacan (dibakar dahulu)
sebiji bawang merah
seulas bawang putih
Sedikit minyak masak
Limau kasturi
gula
garam
MSG

Cara nak buat:-
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih & bawang merah , tomato ceri   (bawang merah, putih & tomato tak perlu di potong. Goreng je bulat2 tu). Jage2 minyak kena muka. Bila bahagian luar bawang & tomato dah berkedut & agak garing sedikit, angkat. Tumbuk cili padi dan belacan dalam lesung sampai lumat dan sebati. Masukan bawang merah & putih dan tumbuk bagi sebati dengan cili dan belacan. Masukan daun cemangi / kemangi dan tumbuk lagi. Jangan hancur betul daun cemangi tu. Masukkan tomato goreng tadi dan tekan alu perlahan-lahan. Kalau tumbuk nanti kena mata pulak si sambal tu. Bila semua bahan telah sebati dalam lesung, masukkan garam, gula , MSG & perahan limau kasturi. Gaul dengan alu perlahan-lahan sampai sebati.

Dah siap! Bole lah hidang & makan.

Selamat mencuba.

P/S: Sekarang mami nak ke dapur. Tak sabar nak masak nasi lalap malam ni.

Friday, September 16, 2011

SARAPAN PAGI....., JEMPUT-JEMPUT TEMPEH

As salam & Selamat Hari Malaysia semua. Pagi ni mamy bangun awal tau. Biasanya tu, kalau hari2 cuti macam ni mamy membuta sampai pukul 10 pagi. Encik suami tak yah cakap le. Bila hidangan makan tengahari siap, barulah dia bangun.

Bila bangun awal ni cepat pulak terasa lapar. So, mamy skodeng le fridge. Eh, ader tempeh. Tetiba teringat pulak resepi yang diajar oleh makcik Ati. Makcik Ati ni adik mertua mamy. Resepi ni memang sedap dan sesuai sekali untuk juadah sarapan atau minum petang. Nama resepi ni Jemput-Jemput Tempeh atau Cucur Tempeh.


Jemput2 tempeh

Sos asam manis

Emmmm... nampak sedap kan. Memang sedap. Ni kalau pekena ngan teh 'o' ke atau nescafe 'o' atau nescafe susu.., memang terangkat. Cara nak buat pun ringkas & mudah. Jom kita cuba.

Bahan2 nak buat jemput2:
4 cawan tepung gandum.
2 bungkus tempeh (ditumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
Air, garam, gula & 1 kiub pati ayam.
Minyak untuk mengoreng.

Bahan2 sos asam manis:
2 sudu makan gula.
1 sudu teh cuka.
1 ulas bawang putih (ditumbuk atau diketuk)
2 biji cili padi atau ikut suka.
Secubit garam
1 sudu teh sos cili (mamy pakai sos cili maggie)
Sedikit air.

Penyediaan: Campurkan tepung, tempeh dan bawang yang telah ditumbuk, garam, gula & kiub pati ayam. Gaul sedikit dan masukkan air. Gaul rata sehingga adunan agak pekat.
 rupa tempeh yang telah ditumbuk

 adunan tepung & tempeh.
Setelah itu, panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.

Penyediaan sos: Masukkan gula ke dalam mangkuk kecil. Campurkan cuka, bawang putih, cili padi, garam, sos cili & sedikit air. Gaul rata sehingga gula larut.

Hidangkan bersama minuman panas kegemaran anda. Mamy & anak2 ngah makan ni.... sedapppp. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...