Hari ni kita sambung topik Grammar iaitu Subject-Verb Agreement. Sapa2 yang masih keliru ngan topik lalu sila klik SINI . Kali ni kita bincang pasal penggunaan "is", "are","was" dan "were". Ingat lagi tak hot tips kita....
Hot tips:- 1 subject perlukan "S"uperman, sebab seorang tak cukup kuat kecuali I dan YOU. Ramai tak perlu perlukan superman. "is", "was","are" dan "were" mesti guna "ing" di akhir ejaan sesuatu verb.
PENGGUNAAN "IS" DAN "WAS"
Semua "singular subject" iaitu 1 orang, 1 benda dan 1 tumbuhan akan menggunakan "is" (present tense /perkara yang sedang berlaku) dan "was" (past tense / perkara yang telah berlaku).
Cuma "I" dan "you" saja yang ader sedikit perbezaan.
Lihat ringkasan di bawah:-
He, she, it, Tina = guna "is" diikuti dengan "verb + ing"
Contoh:-
He is going on a trip to Zoo Negara. = "is" "go + ing"
She is having her lunch at Selesa Restaurant. = "is" "have" gugurkan "e" + "ing" = "having"
Tina was baking a cake yesterday. = "was" "bake" gugurkan "e" + "ing" = "baking"
Untuk "I" pula kena gunakan "am" kemudian + "ing" pada akhir verb. "was" digunakan pada ayat past tense. Dalam ayat past tense kebanyakan verb akan menggunakan "ed" pada akhirannya. Ada juga verb yang langsung berubah sebutan dan ejaan. Itu nanti kita bincang dalam topik Simple Past Tense. Sonang je tu. Jom layan dulu contoh ayat di bawah ni.
I am cycling to school everyday.= "am" "cycle" gugurkan "e" + "ing" = "cycling"
PENGGUNAAN "ARE" DAN "WERE"
Semua plural subject iaitu lebih dari seorang (ramai) atau lebih dari 1 benda, haiwan atau tumbuhan (banyak) akan mneggunakan "are"(present tense /perkara yang sedang berlaku) dan "were" (past tense / perkara yang telah berlaku).
Lihat ringkasan di bawah:-
"You", "they", "we" dan "Zainab and Rohani" guna "are" diikuti dengan "verb + ing"
Contoh:-
"You are going to visit your grandfather at the hospital" said Puan Hamidah to his son.= "are " "go + ing"
They are playing football at Padang Bandaran.= "are" "play" + "ing"
We are studying for the examination.= "are" "study" + "ing"
Zainab and Rohani are sewing the blanket for their mother.= "are" "sew" + "ing"
Lokman and Cheah Yun were practicing badminton for the school championship. = "were" "pratice" gugurkan "e" + "ing"= "practicing"
So, that's it! senang kan. Nanti kita akan bincang lagi macam mana nak guna "have", "has" dan "had". Toksa risau... sonang je tu...
Itu saja buat kali ni. Selamat mengulangkaji.
No comments:
Post a Comment