Monday, May 7, 2012

UPSR TIPS: ENGLISH (SUBJECT-VERB AGREEMENT)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.


Subject-Verb Agreement ialah satu topik yang amat menarik & senang tetapi ramai yang selalu gagal menggunakannya dengan betul.Jom kita belajar step by step ya.


VERB ialah kata kerja atau perbuatan yang kita lakukan
Contoh:- eat, drink, walk, run, sing, dance dan lain2


Manakala SUBJECT ialah orang, benda, haiwan atau tumbuhan yang diperkatakan dalam ayat tersebut. 
Contoh:- He, she, I, You, they, it, the boy, the girl dan lain2


Hot tips:- 1 subject perlukan "S"uperman, sebab seorang tak cukup kuat kecuali I dan YOU. Ramai tak perlu perlukan superman. "is", "was","are" dan "were" mesti guna "ing" di akhir ejaan sesuatu verb.


Contoh:-


1. The boy sings beautifully. = "boy" (seorang tak cukup kuat) so perlukan "S"uperman di belakang "sing" (sing + s = sings). "SIng" ialah verb yang bermaksud menyanyi.


2. The boys sing beautifully. = "boys" (ramai) so tak perlukan "S"uperman dibelakang verb "sing"


Lihat contoh2 lain pula:-


1. The girl plays piano.
2. The girls play piano.


3. Hafizan plays football every evening.
4. Hafizan & his friends play football every evening.


5. Nathan goes swimming every Sunday.
6. Nathan, Ah Keong & Johari go swimming every Sunday.


7. I walk to school every day. = "I" (bermaksud saya, cukup kuat jadi tak perlukan "S"uperman di belakang verb "walk"
8. I go to my aunt's house by bus.


9. He runs faster than me. = "he" bermaksud "dia" (lelaki)
10. They run faster than me. = "they" bermaksud "mereka"


Senangkan.... nanti kita sambung lagi untuk penggunaan "ing" pula. Sebelum tu, jom lah cuba skill masing2 dalam menjawab soalan2 yang telah mami sediakan. 
Selamat mencuba.

















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...