Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Emmm kebelakangan ni macam rajin pulak menulis. Ye lah dulu tak terfikir nak menulis pasal mata pelajaran macam ni. Tapi bila difikirkan, semua ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dengan memberikan idea2 lain yang mungkin boleh mencetuskan kefahaman pada sesuatu topik.
Merapu pulak mami ni. Ok, hari ni nak bincang pasal Verb "have" dan "has". Selalu kelirukan nak guna dua verb ni. Toksa kata budak2 kita yang dewasa ni pon selalu salah guna dua verb ni. Don't worry, mami ader tips macam mana nak ingat. Jom kita selongkar.... bukan selongkar almari anda tapi selongkar topik ni lah.
Ingat lagi tak pasal "S"uperman tu? Yang ni pon pakai "S"uperman juge.
Hot tips:-
VERB HAS ada "S" pada akhiran ejaannya. "S" itu ialah superman. Jadi ia digunakan untuk ayat2 yang ada 1 subjek sahaja. (singular subject)... kan sorang tak cukup kuat, jadi perlukan superman untuk membantu mereka..., kecuali "I"dan "you"
LIhat ringkasan ini:-
1. Singular Subject (1 subjek)
He -dia (lelaki), She - dia (perempuan), It - ia (haiwan, tumbuhan dan benda), Siew Li (contoh nama orang), the boy - budak lelaki, the girl - budak perempuan dan semua subjek yang bersifat sendiri } gunakan "HAS"
Contoh ayat:-
a. He has nine marbles.
b. She has the most beautiful hair among her sibling.
c. This is a cat. People say it has nine lives.
d. Jasmine has a yellow bird that sings.
2. Plural subject ( lebih dari 1 subjek) - kecuali "I" dan "you".
I - saya, you - awak, they - mereka, we - kami, men - lelaki2, women- wanita2, the boys - budak2 lelaki, the girls - budak2 perempuan dan semua subjek yang lebih dari seorang atau 1} gunakan"HAVE"
Contoh ayat:-
a. I have to buy breakfast for my grandmother.
b. You have to do your homework after dinner.
c. They have to buy a lot of food because it's been raining for days.
d. We have a pet parrot called Perry.
e. Shirley and her family have a lovely garden.
Senangkan. Semoga ini dapat membantu anda utk lebih memahami. Selamat mengulangkaji.
No comments:
Post a Comment