Friday, June 15, 2012

GRAMMAR: SIMPLE PRESENT TENSE

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Orait.., hari ni nak sambung topik grammar kita. Kali ni nak kupas pasal Simple Present Tense. Ramai daripada kita yang takut sangat ngan topik ni. Laaa... bukan susah sangat pun. Kalau nak tau, topik ni ader banyak persamaan dengan topik Subject-Verb Agreement. Sila klik di bawah untuk rujukan.

* Subject Verb Agreement part 1 - pakai "S"uperman atau tak
* Subject Verb Agreement part 2 - penggunaan "is", "are", "have" dan "has"

Jom mamy terangkan lebih lanjut apa itu simple present tense.
Simple - mudah
present - sekarang
tense - masa
Jadi keseluruhan topik ni adalah mengenai penggunaan kata yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa yang sedang berlaku / sekarang atau yang biasa dilakukan / berlaku setiap hari. Contohnya:-

1. The sun rises in the east.
2. She sometimes dyes her hair.
3. They always go for holidays.

Emmm, macamana nak tau samada kata kerja (verb) tu ader "s" atau tak? Senang je tu. Kalau cuma ada satu subjek (orang, haiwan, benda) kena pakai "s" pada akhiran kata kerja kecuali I dan YOU. Mamy panggil "s" tu sebagai SUPERMAN... pasal ia akan mengingatkan kita bahawa seorang subjek perlukan pertolongan "S"uperman. Kalau ramai.., tak payah.

Tak faham? Tak pe.. jom tengok rajah kat bawah ni.

Subjek (ramai)           kata kerja (verb)                   masa
I
You                                                          
We                                 eat                                daily
They
Ali and Rahman

Subjek (seorang / 1)        kata kerja  +  "s" (verb  +  "s")            masa
He
She
It                                         eats                                              daily                        
Ali
The boy
The cat

Jadik, singular subject pakai "S"uperman pada akiran verb manakala plural subject tak perlu.
Dalam ayat-ayat simple present tense, perkataan yang merujuk masa seperti berikut lazimnya digunakan.
always
often
sometimes
usually
never
hardly

"is" dan "has" hanya digunakan pada ayat2 yang mempunyai seorang / 1 subjek sahaja. Sekali lagi kaedah "s"uperman boleh digunakan untuk mengingati fakta ini. 

i"s"uperman => is
ha"s"uperman => has

He is going home.
Siti is my sister.
It is November.
My bag is black in colour. 
She is my cousin.
There is a bus stop beside the supermarket.
There is a customer at the stall.

He has a horse.
She has two cats at home.
It has a pink collar with a small bell. 
My father has three pairs of shoes.

"are" dan "have" pula digunakan pada ayat2 yang mempunyai 2 atau lebih subjek

You are brave.
They are drinking coffee.
We are playing hockey.
The boys are in the canteen.
Kathy and Jane are wearing blue dresses.
There are books on sale in that book store.
There are four people waiting for the bus.

They have their dinner at 6:00 p.m every day.
We have our breakfast early every morning.
You have a very nice blog.

"am" atau "'m" pula hanya digunakan untuk I (saya) sahaja. I juga menggunakan kata kerja "have" untuk menunjukkan pemilikkan.

I am a teacher.
I'm a teacher. 

I have a diamond necklace. 

Simple present tense juga digunakan untuk ayat2 arahan. Lihat contoh2 di bawah:-

Wash your hands.
Tidy your room!
Do not spit!
Change your shoes.
Queue up!
Do your homework now!
Walk in two straight lines.

Ok itu je. So, amacam? Mudah saja kan. Kalau macam tu apa kata anda cuba uji kemahiran dengan menjawab soalan2 yang telah mamy sediakan. Good luck!


2 comments:

Syed Muhammad said...

Saya x faham kenapa I dan You itu indicate subject yg ramai ye. bukankah I itu seorg..?

Bella Hidaya said...

Terima kasih Syed Muhammad. Kata ganti diri "I" dan "you" dari segi maksudnya memang merujuk kepada 1 orang. Tetapi dalam penggunaan "verb-to-be" {Present Tense} 2 kata ganti diri ini mempunyai pengecualian tersendiri. Iaitu "I" mesti dipasangkan dengan "am" atau diringkaskan menjadi "I'm" manakala "you" pula mesti dipasangkan dengan "are" atau diringkaskan menjadi "you're". Inilah yang disebut sebagai hukum tatabahasa.
Penggunaan verb-to-be "is" untuk kedua ganti nama diri "I" dan "you" adalah tidak wujud dan dianggap sebagai salah kerana ia melanggar hukum tatabahasa.
Semoga bermanfaat. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...