Saturday, August 10, 2013

BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN 24 & 25 (PUNCTUATION) : UPSR ENGLISH PAPER 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 blogger & anak2 yang merayakannya. Walaupun masih sedang bergembira menyambut raya, jangan lupa bulan depan dah nak exam UPSR. So dalam kita beraya ni.. apa kata ulang kaji sikit2 ya anak2.

So hari ni, topik kita.. bagaimana nak jawab soalan 24 & 25 yang menguji skil tanda bacaan anda atau punctuation. Ia mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,C & D.

Tahukah anda? Ada 3 peraturan yang WAJIB anda patuhi untuk menjawab 2 soalan ini..
1. Perhati dan baca setiap pilihan jawapan. Jangan pandai2 lompat tanpa meneliti jawapan terlebih dahulu.
2. Letakkan tanda (/) pada tanda bacaan yang betul dan (o) pada tanda yang salah.
3. Jika anda bertemu dengan tanda (o) semasa meneliti jawapan, terus pindah ke pilihan yang seterusnya (untuk jimatkan masa).

Contoh:

      //                                                    
A. "How much is the bouquet of roses," the lady asked the florist.
  
Penelitian: 
1. Ini ialah ayat tanya dalam bentuk perbualan.
2. Baca & letakkan tanda / dan o semasa meneliti ayat.
 (") tanda buka ini betul, jadi tandakan /
(H) huruf besar pada permulaan ayat adalah betul, jadi tandakan /
(,) selepas perkataan roses adalah salah. Tanda yang betul ialah tanda ? sebab ayat ni ialah ayat tanya. Jadi tandakan o.
3. Anda patut beralih ke pilihan seterusnya.

Tip mengenali ayat tanya:-
Perhatikan 9 kata tanya atau Interrogative Pronouns pada awal ayat.

What 
When
Where
Which
Who
Why
Whose
Whom
How

Jika anda temui 9 kata tanya ini, pastikan ada tanda ? di akhir ayat atau perbualan.

    /o
B. "how much is the bouquet of roses?" the lady asked the florist

Penelitian: 

 (") tanda buka ini betul, jadi tandakan /
(h) huruf kecil pada permulaan ayat adalah salahl, jadi tandakan o dan anda patut beralih ke pilihan seterusnya.

         //                                                      // 
C. "How much is the bouquet of roses?"
 /                                        /
 the lady asked the florist.

Penelitian: 

 (") tanda buka ini betul, jadi tandakan /
(H) huruf besar pada permulaan ayat adalah betul, jadi tandakan /
(?) selepas perkataan roses adalah betul, jadi tandakan /
(") tanda tutup selepas tanda soal adalah betul, jadi tandakan /
(t) huruf kecil dikekalkan selepas tanda tutup juga betul, jadi tandakan /
(.) tanda noktah pada akhiran ayat ini juga betul, jadi tandakan /

Nampaknya keseluruhan tanda bacaan pada ayat ini adalah betul, jadi kemungkinan pilihan C adalah jawapan yang tepat. Namun untuk memastikannya, sila baca pilihan yang terakhir.


  
D. How much is the bouquet of roses the lady asked the florist?

Sepintas lalu kita tahu bahawa ayat ini adalah salah kerana ia tidak mempunyai tanda buka pada awal ayat sesuai ciri utama ayat perbualan. Maka sahlah pilihan jawapan yang betul ialah C.


Jom, kita cuba..

Question 24-25
Choose the sentence with the correct punctuation
            o
24. A    my sister and nephew have gone to the party!
           /    o
     B    My Sister and my Nephew have gone to the party.
           /    /       /     /    /          /      /       /   /    /      /          
     C    My sister and my nephew have gone to the party.
           /   /       o
     D    My sister, and my nephew, have gone to the party.


           /         /o
25. A    Mmmm! this rose smells sweet.
           /        / /      /      /        /       / 
     B    Mmmm! This rose smells sweet.
           /        o
     C    Mmmm this rose smells sweet!
           /         o
     D    Mmmm? This rose smells sweet.


Orait.., harap2 tips hari ni dapat membantu anda. Ingat semakin kerap anda praktis mengenalpasti tanda2 bacaan, semakin baik dan pantas anda dapat menjawab 2 soalan ini.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...