Tuesday, July 23, 2013

RESEPI GADO-GADO TAWAU

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Hari ni nak citer pasal "gado-gado". Gado-gado ni sejenis makanan tempatan yang turut menjadi kegemaran orang-orang Tawau & bagi mereka yang merasa makanan ini buat pertama kali, pasti akan suke dengan rasa kuah kacangnya yang pekat, manis dan sedikit pedas. Jom tengok macam mana rupa gado-gado.

Ni lah gado-gado.
Nampak sedap kan.. memang sedap..

Kat Tawau, sepinggan gado-gado berharga sekitar RM1.50 hingga RM5. Paling popular gado-gado kat Kampung Titingan. Emm... memang selalu penuh gerai dia oleh penggemar gado2 & soto banjar.

Nak buat gado2 ni senang sangat. Jom tengok apa bahan2 nya.

Bahan2 isi gado2 (sediakan dan ketepikan):-
(untuk 7 orang)
1 pek ketupat Nona / ketupat Adabi (dalamnya ada 4 bungkus)
2 cekak kangkung (potong2)
1/2 cekak kacang panjang (potong2)
2 biji timun (buang kulit, biji & hiris)
300g tauge
1 bungkus tauhu putih (potong dadu besar, goreng sebentar & ketepikan)
7 biji telur gred B (rebus)
keropok goreng (paling sedap.., keropok udang)

Cara penyediaan nasi impit / ketupat:-
1. Masukkan ketupat Nona ke dalam periuk besar. Basuh sekejap & isikan air sehingga semua bungkusan ketupat tenggelam.
2. Rebus selama 2 jam. Tambahkan air rebusan yang surut agar ketupat sentiasa tenggelam.
3. Toskan dan biarkan sejuk.
* Tips: Kalau nak senang, sediakan nasi impit 6 jam sebelum nak buat gado2 supaya nasi impit betul2 sejuk dan mudah untuk dipotong dadu.


Cara mencelur sayuran:-
1. Didikan air & masukkan 1 sudu teh garam. Ini bertujuan untuk mengekalkan warna hijau sayuran.
2. Celur kacang panjang dulu. Celur sehingga warnanya berubah menjadi lebih gelap (lebih kurang 1 minit). Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan air celuran yang sama, celur kangkung selama 1 mint. Angkat & toskan
3. Tutup api & celur tauge selama 5 saat. Angkat & tos
* Tips: Untuk mencelur tauge, penting untuk kita tutup api kerana tauge sangat mudah benyai.

Bahan2 kuah kacang:-
500g kacang tanah
50g udang kering (rendam)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili kering (basuh dan potong kasar)
setengah inci cekur (kat sini kitaorang panggil kencur)
Sedikit minyak masak
Sedikit air masak
1 sudu teh garam
6 sudu makan gula
3 sudu makan air asam (bancuh dengan air masak)
4 sudu makan kicap pekat masin
Air mendidih

Cara penyediaan kuah kacang:-
1. Goreng kacang dengan sedikit minyak. Ini bertujuan agar kuah kita nanti nampak berkilat. 
2. Biarkan kacang goreng sejuk sendiri dan kemudian blend kacang tersebut. Blend jangan terlalu halus. Biarlah sedikit kasar. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih (bawang2 ni tak perlu dipotong. Biar je bulat tu), udang kering & cili kering. Goreng sampai harum & sedikit garing. Angkat.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah, udang kering & cili kering yang telah digoreng tadi ke dalam blender. Masukkan juga cekur & sedikit air masak. Blend hingga halus.
5. Dalam mngkuk besar, satukan kacang & bahan yang telah diblend tadi.
6. Kemudian masukkan air mendidih sambil gaul. Masukkan sikit2 ye sampai kuah nampak pekat. 
7. Masukkan garam, gula, air asam & kicap pekat. Gaul rata. Seimbangkan rasa. 
* Kuah kacang gado2 rasanya manis-manis.

Cara menghidang gado2:-

 Potong nasi impit / ketupat dalam pinggan
Tak perlu banyak. Dalam 6 -7 ketul pun dah cukup.

 Campurkan semua sayuran & tauhu
*masa mami buat ni tauhu takde.

 Hiris telur rebus
Tuang kuah kacang

Akhir sekali, tabur keropok goreng atas gado-gado & hidangkan.

Yummmm.... sedapnyer... Selamat mencuba...

1 comment:

Unknown said...

sedapnyaa.. membuat saya terliur.. dulu saya pernah cuba semasa melancong ke Jogja..

Resepi Kirana Sari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...