Rujukan
1. Berkenalan dengan mikroorganisma, mikroorganisma bernafas & eksperimen
2. Mikroorganisma tumbuh, bergerak & eksperimen
Kawan atau lawan
1. Sesetengah mikroorganisma adalah baik dan sangat berguna kepada manusia terutamanya dalam pembuatan makanan, ubatan & baja.
2. Berikut adalah beberapa kepentingan mikroorganisma dalam kehidupan seharian manusia.
A. Yis (kulat)
Yis (Kulat) di bawah mikroskop
Yis kering
Penting dlm proses pembuatan pelbagai jenis roti, donat, apam dan lain2
Penting dlm proses pembuatan tapai.
Digunakan untuk membuat tempeh.
Juga penting dalam proses pembuatan kicap.
B. Bakteria
Antara bakteria baik
Penting dalam pembuatan yogurt / dadih
Sangat penting untuk pembuatan susu kultur.
Kalau takde bakteria baik, tak dapatlah kita makan keju.
C. Kulat
Kebanyakan antibiotik terhasil daripada pengekstrakan kulat
Penicillin merupakan antibiotik pertama dunia. Ditemui oleh
Sir Alexander Fleming menerusi kajiannya terhadap kulat.
D. Bakteria & kulat
Penting dalam proses penguraian untuk menghasilkan baja asli.
Baja asli pula sangat penting dalam aktiviti pertanian.
E. Virus
Ada beberapa virus digunakan untuk menghasilkan vaksin.
Sebab itu, kebanyakan vaksin akan menyebabkan demam.
3. Sesetengah mikroorganisma adalah merbahaya kerana ia menyebabkan penyakit, gigi reput, keracunan makanan & makanan menjadi rosak.
4. Berikut adalah penyakit2 yang disebabkan oleh mikroorganisma jahat.
Measles / campak disebabkan oleh virus dan berjangkit melalui
sentuhan dengan orang yang dijangkiti.
Chickenpox / cacar disebabkan oleh virus dan berjangkit melalui
sentuhah dengan orang yang dijangkiti
Cholera / Taun disebabkan oleh bakteria dan merebak melalui makanan
dan minuman yang tercemar
Batuk
Selsema dan demam disebabkan oleh virus dan merebak melalui
batuk dan bersin
Mumps / beguk disebabkan pleh virus dan tersebar melalui
batuk dan bersin
Conjunctivitis / sakit mata disebabkan oleh virus & bakteria.
Ia berjangkit melalui sentuhan dengan orang yang dijangkiti.
Tooth decay / Gigi reput disebabkan oleh bakteria dalam mulut
Malaria disebabkan oleh protozoa bawaan nyamuk Tiruk.
Demam Denggi disebabkan oleh virus bawaan nyamuk Aedes.
5. Lazimnya, penyakit2 yang disebabkan oleh mikroorganisma adalah berjangkit dimana ia boleh merebak melalui
a) makanan & minuman tercemar
b) bersin & batuk
c) sentuhan secara langsung
d) haiwan pembawa seperti lalat, nyamuk, burung dan tikus.
6. Penyakit bawaan mikroorganisma boleh dicegah / dihalang daripada merebak dengan cara
Membasuh tangan sebelum makan & selepas makan juga selepas dari tandas.
Jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, tuala, sikat dengan orang lain.
Minum air yang telah dididihkan.
Balut luka untuk melindungi daripada jangkitan
Tutup hidung & mulut semasa batuk & bersin.
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
Mengasingkan pesakit penyakit berjangkit seperti cacar, beguk,
sakit mata, kudis buta atau selsema bagi mengelakkan ia merebak.
** Topik berakhir **
No comments:
Post a Comment