Wednesday, December 12, 2012

MATEMATIK: KAEDAH PENAMBAHAN MUDAH- Pra sekolah & Tahun 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Hari ni nak bertukar angin pulak. Biasanya bincang pasal topik Sains je kan. So hari ni nak bincang pasal Keadah Penambahan Mudah untuk level pra-sekolah & Tahun 1. Level ini juga sesuai untuk mengajar anak2 yang berusia 3 tahun ke atas dengan syarat si manja sudah boleh mengira 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 dengan jari2nya.

Ok jom mulakan.

Untuk operasi tambah (+)...
simpan nombor BESAR di kepala
&
nombor KECIL di jari


Contoh 1 : 5 + 4
Simpan nombor BESAR (5) di kepala dan sediakan 4 jari. Kira ikut turutan bermula 5... (6, 7, 8, 9... di jari).
Nombor terakhir iaitu 9 itulah jawapannya.


Jom praktis dengan beberapa nombor lain.

1. 2 + 3 ( 3 di kepala & 2 di jari)
2. 7 + 2 ( 7 di kepala & 2 di jari)
3. 6 + 1 ( 6 di kepala & 1 di jari)
4. 4 + 3 ( 4 di kepala & 3 di jari)
5. 2 + 6 ( 6 di kepala & 2 di jari)

Mudahkan. latihan berterusan berupaya mengasah kepintaran anak2 sehingga dia mampu membuat operasi tambah tanpa kertas.

Bila anak2 sudah kenal nombor2 10 hingga 100... beri dia latihan yang lebih sukar (tanpa bentuk lazim) seperti di bawah.


Contoh : 15 + 9
Simpan nombor BESAR (15) di kepala dan sediakan 9 jari. Kira ikut turutan bermula 15... (16,17,18,19,20,21,22,23,24... di jari).
Nombor terakhir iaitu 24 itulah jawapannya.

Mari cuba kombinasi nombor2 berikut
1. 13 + 4 (13 di kepala & 4 di jari)
2. 22 + 7 (22 di kepala & 7 di jari)
3. 19 + 5 (19 di kepala & 5 di jari)
4. 37 + 8 (37 di kepala & 8 di jari)
5. 26 + 6 (26 di kepala & 6 di jari)

Semakin banyak kombinasi semakin bagus untuk si manja. 

Perlu diingatkan, anak2 yang berusia 3 - 6 tahun cepat bosan & hanya dapat bertahan selama 10 - 15 minit saja untuk belajar. So, kita sebagai ibubapa perlu kreatif. Sesi pembelajaran tidak semestinya kena duduk di meja belajar. Kita boleh menyoal dia beberapa kombinasi nombor semasa sedang memandikannya, ketika sedang bermain game, menonton tv atau sedang bermain di taman permainan. Just tanya dia..., 

"Adek.., 4 + 6 bape?"

Selamat mencuba...

Nanti kita sambung bagaimana nak gunakan aplikasi ini dalam satu bentuk lazim dengan kombinasi nombor 4 angka ke atas (ribu ke juta)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...