Semalam dah bincang pasal kaedah penambahan mudah - tahap asas. So, hari ni nak sambung topik ni juga tapi untuk tahap intermediate atau pertengahan. Yang ni sesuai digunakan untuk pelajar2 Tahun 2 - 4 atau pelajar2 tahun 4 - 6 yang masih kurang mahir untuk menambah.
Takpe ya anak2. Kita belajar pelan2. Moga2 dapat membantu anda semua.
Orait. Kita masih gunakan teknik yang sama ya cuma untuk pengiraan kali ini kita gunakan bentuk lazim bagi mengecilkan angka2 yang bakal kita tambah.
Jom mulakan.
Contoh: 15 743 + 29 134 = ?
Mula2 susun semua nombor dalam bentuk lazim iaitu:-
15 743 (simpan di kepala)
+29 134 (simpan di jari)
_______
Untuk mengelakkan kekeliruan, semua nombor2 di barisan atas kita simpan di kepala & nombor2 di barisan bawah kita simpan di jari. Mula kira dari angka yang paling kanan mengikut nilai tempat (place value) dari yang paling kecil sampai yang paling besar... Sa + Sa, Pu + Pu dan seterusnya seperti di bawah:-
Ni step 4 ye.. hehehe.. hasil tambah bagi kombinasi
angka 5 dan 9 ialah 14. So, 4 tinggal dibawah dan 1 naik
di atas kumpulan angka yang bakal di tambah.
* Jika ada nombor yang naik (10++) sentiasa tambah
sekali angka yang naik itu dengan angka di barisan atas.
Untuk kombinasi yang lebih banyak seperti...
135 883 + 257 + 1 329 mulai hitungan anda dengan menyusun angka2 dalam bentuk lazim. Pastikan kesemua angka tersusun mengikut nilai tempat yang betul.
135 883
257
+ 1 329
__________
Mulakan kiraan anda dari kumpulan angka Sa (Satu) iaitu:-
3 + 7 + 9
3 (di kepala) + 7 (di jari) = 10
10 (di kepala) + 9 (di jari) = 19 (9 tinggal bawah, 1 naik atas)
1
135 883
257
+ 1 329
9
Teruskan kiraan anda pada angka2 kumpulan Pu (Puluh) iaitu:-
(1 + 8 ) + 5 + 2
1 + 8 = 9 (kepala) + 5 (jari) = 14
14 (kepala) + 2 (jari) = 16 (6 tinggal bawah, 1 naik atas)
11
135 883
257
+ 1 329
69
Teruskan kiraan anda pada angka2 kumpulan Ra (Ratus) iaitu:-
(1 + 8) + 2 + 3
1 + 8 = 9 (kepala) + 2 (jari) = 11
11 (kepala) + 3 (jari) = 14 (4 tinggal bawah, 1 naik atas)
1 11
135 883
257
+ 1 329
469
Teruskan kiraan anda pada angka2 kumpulan Ri (Ribu) iaitu:-
(1 + 5) + 1
1 + 5 = 6 (kepala) + 1 (jari) = 7
1 11
135 883
257
+ 1 329
7 469
Teruskan kiraan anda pada angka2 kumpulan PR(Puluh Ribu) iaitu:-
3 + ?
oleh kerana angka 3 tiada geng yang nak di tambah, maka turun kan ia sebagai jawapan tanpa kiraan.
1 11
135 883
257
+ 1 329
36 469
Teruskan kiraan anda pada angka2 kumpulan RR(Ratus Ribu) iaitu:-
1 + ?
1 ni pun takde geng untuk ditambah. So, turunkan ia sebagai jawapan tanpa kiraan.
1 11
135 883
257
+ 1 329
137 469 <= Kiraan anda selesai.
Amacam? Mudahkan. Keep on practice dengan pelbagai kombinasi angka. Lagi besar nilai tempat / nilai digit suatu nombor itu lagi bagus.
Selamat mencuba.
1 comment:
Banyak betul kaedah dan tips menarik untuk pelajar skrng ye.Untung btol.Semakin ramai jugak pelajar bijak. :)
Post a Comment