Wednesday, December 5, 2012

UPSR SCIENCE : MICROORGANISMA - Year 5

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Hari ni nak sambung kembali topik2 UPSR. Semoga yang bakal mengambil peperiksaan UPSR tahun depan dapat memanfaat nota ini sebagai salah satu medium untuk mengulangkaji.

Orait jom mulakan.

Apa itu mikrooraganisma?
1. Ia adalah hidupan yang sangat kecil & tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
2. Ia hanya dapat dilihat melalui mikroskop.
3. Ia terdapat di sekeliling kita, pada badan kita, dalam badan kita, dalam air, udara juga dalam tanah.

Jom berkenalan dengan jenis2 mikroorganisma.
 Terdapat 4 jenis kumpulan microorganisma.
a) Bakteria
b) Virus
c) Kulat
d) Protozoa

Bakteria
1. Bakteria adalah sangat halus & wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna yang berbeza.







2. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu bakteria baik dan bakteria jahat.
3. Bakteria merupakan jenis terbanyak dari segi jenis, bentuk dan jumlah dalam kumpulan hidupan mikroorganisma.
4. Ia boleh ditemui di udara, tanah, air, makanan dan dalam atau pada jasad hidupan atau yang telah mati.
5. Sesetengah bakteria membuat makanannya sendiri dan sesetengah bakteria memakan jasad hidupan.

Virus
1. Jenis mikroorganisma yang paling halus & hanya dapat dilihat di bawah elektron microskop.





2. Virus BUKAN HIDUPAN, namun apabila virus masuk ke dalam jasad hidupan, ia akan menggunakan material yang ada dalam jasad untuk hidup & membiak.

Kulat / Fungi
1. Cendawan, yis & kulapuk adalah antara contoh2 kulat.

Sejenis kulat

Beberapa jenis kulat / cendawan

Kulapuk

Yis / ragi

2. Sesetengah kulat diklasifikasilkan sebagai tumbuhan tetapi ia tidak boleh membuat makanannya sendiri seperti tumbuhan lain yang membuat makanan melalui proses forosintesis.
3. Kulat bergantung memakan jasad hidupan sama ada hidup atau yang telah mati.
4. Kulapuk misalnya, terdapat pada makanan yang telah busuk, roti yang berkulat, kain atau tuala yang sentiasa lembab (bintik2 hitam), pokok atau pada lantai hutan.

Protozoa
1. Kebanyakkannya hidup dalam air seperti dalam kolam, tasik, sungai atau perigi.

Paramescium

Ameba

Mikroorganisma bernafas.
1. Mikroorganisma bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.
2.Contohnya yis / ragi yang biasa digunakan untuk membuat roti / donat. Ia membebaskan karbon dioksida yang menyebabkan adunan roti naik.
3. Ini membuktikan bahawa mikrorganisma bernafas.

Eksprimen : Mikroorganisma bernafas

a. Apa yang anda perlukan?
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam
1 sudu teh ragi kering
1 sudu kecil gula

b. Apakah yang anda perlu lakukan?

Campurkan kesemua bahan dan uli. 

Simpan aduanan dalam bekas & tutup dengan kain lembab.
Biarkan selama 20 minit.

c. Apakah hasil eksperimen?

Doh telah kembang & memenuhi ruang bekas.

d. Apakah yang dapat anda simpulkan?
Aktiviti ini menunjukkan bahawa ragi (mikroorganisma) bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan doh kembang.


Bersambung..................

2 comments:

Unknown said...

10 q krane jelaskan apa itu mikroorganisma

Unknown said...

10 q krane jelaskan apa itu mikroorganisma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...