Rujuk :-
Mikroorganisma
Mikroorganisma tumbuh
1. Mikroorganisma mudah tumbuh & membesar jika terdapat makanan, air, suhu dan cahaya yang sesuai serta oksigen. `
2. Ia mudah membiak & membesar pada persekitaran yang mempunyai 25% - 45% kelembapan serta pada suhu 30C - 37C.
3. Sekiranya nasi yang telah masak atau roti dibiarkan selama beberapa hari, kita akan dapat melihat tompok2 putih atau hijau.
4. Tompok2 itu sebenarnya adalah kulapuk atau kulat yang tumbuh pada nasi atau roti. Jika dibiarkan tompok2 itu akan terus membesar.
5. Ini membuktikan bahawa mikroorganisma tumbuh.
Eksperimen : Mikroorganisma Tumbuh
a. Apa yang anda perlukan?
1. Sekeping roti
2. Sekeping plastik
3. Semangkuk air
b. Apakah yang perlu anda lakukan?
1. Renjis sedikit air pada roti..
2. Masukkan roti ke dalam plastik.
3. Biarkan roti selama 3 hari.
c. Apakah yang dapat anda perhatikan?
Terdapat tompok2 hitam, putih & hijau pada roti.
d. Apakah yang berlaku jika roti terus dibiarkan selama seminggu?
Tompok hitam semakin membesar.
e. Apakah kesimpulan yang dapat anda berikan berdasarkan aktiviti ini?
Tompok2 hitam yang tumbuh adalah kulapuk & kulat. Ini membuktikan bahawa dengan adanya persekitaran yang sesuai & kehadiran air serta makanan, mikroorganisma boleh tumbuh dan membiak.
Mikroorganisma Bergerak
1. Mikroorganisma mempunyai pelbagai jenis struktur yang membolehkan ia bergerak.
2. Ada yang mempunyai ekor, rerambut halus dan lain2 untuk membolehkan ia berenang / bergerak.
3. Pergerakan mikcroorganisma hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.
Ekperimen : Mikroorganisma bergerak
a. Apa yang anda perlukan?
1. Mikroskop
2. Piring petri
3. Sedikit air kolam.
b. Apa yang perlu anda lakukan?
Isikan sedikit air kolam dalam piring petri & lihat bawah mikroskop.
c. Apakah yang dapat anda perhatikan?
pergerakan mikroorganisma.
d. Berdasarkan pemerhatian di atas, apakah yang dapat anda simpulkan.
Pemerhatian di atas menunjukkan bahawa mikroorganisma bergerak.
Bersambung.....................
No comments:
Post a Comment