Saturday, August 27, 2011

SUNGKAI AWAL SAHUR PUN AWAL

27 Ramadhan: Bila cerita pasal buka puasa (orang Tawau cakap "sungkai")... ramai di antara kita yang sering mengira masa bila nak berbuka. Jadual atau takwim berbuka & sahur tu penting untuk para ibu seperti saya menetapkan masa untuk mula memasak dan menyediakan juadah.

Kami ni di Tawau ni bertuah kerana dapat bersungkai awal dari kawasan2 di Pantai Barat Sabah, Sarawak dan Semenajung. Ini kerana kedudukan daerah Tawau yang lebih timur daripada kawasan2 lain kecuali beberapa kawasan di daerah Sandakan yang berbuka lebih awal dari Tawau.

Petang tadi kami sungkai pada pukul 6:20 petang dan insyaalah petang nanti pada pukul 6:19 petang. Pada waktu ini keadaan Tawau sudah agak gelap. Tidak seperti keadaan di Semenanjung misalnya yang masih terang benderang dek cahaya matahari. Jadi kami di sini mula ke dapur seawal pukul 2 petang bergantung kepada bilangan jenis juadah yang bakal disediakan. Lagi banyak jenis.., lagi awal atau lagi lama proses penyediaan sesuatu juadah itu, maka awal lah ibu2 ke dapur. Bagi saya, saya suka masak juadah yang ringkas, sedap dan pilihan keluarga. Yang penting kuantitinya tidak terlalu banyak bagi mengelakkan pembaziran. Sedar atau tidak.., kita selalu membazir pada bulan yang penuh berkah ini.

Bersahur juga agak awal di Tawau. Sekejap lagi saya akan mula ke dapur kerana imsak akan tiba pada pukul  4:38 pagi. Jadi untuk memudahkan penyediaan juadah bersahur..., biasanya saya akan memerap ikan atau ayam yang hendak digoreng seawal  penyediaan makanan untuk berbuka. Maksudnya, jika saya hendak memasak ayam untuk berbuka, maka saya akan menyimpan sebahagian potongan ayam untuk sahur nanti. Jika saya nak buat ayam goreng untuk sahur, saya siap2 bumbu (letak perencah) ayam tadi & simpan dalam fridge (kawasan tidak beku). Jika saya tak nak gorang ayam tadi, maka saya akan simpan je potongan ayam tu dalam fridge supaya saya tak perlu nak bersusah-payah potong ayam tengah malam. Sayur pun macam tu juga. Siap2 potong, cuci dan masukan ke dalam bekas berpenutup. Simpan dalam fridge. So tak payah saya susah2 potong sayur tengah malam. Saya cuma perlu kupas bawang dan menyediakan bahan untuk menumis atau membuat sup sayur. Mudahkan. Itu lah yang saya praktikkan di sini. Dengan 5 orang anak.., masa saya amat terhad. Jadi saya perlu tangkas dan bijak untuk menyediakan juadah yang enak untuk mereka.

Wallahualam.

Tips: JANGAN kupas bawang merah atau bawang besar awal2. Bawang bersifat penyerap mikroorganisma seperti bakteria dan virus (ini fakta ya).Nak tau lanjut baca N3 ni. Jika anda menyimpan bawang yang telah dikupas di dalam fridge tanpa menggunakan bekas kedap udara, maka ia akan menyerap semua bakteria yang ada dalam fridge anda. Jika anda menyimpan nya di dalam mangkuk dan letakkan di atas meja, maka ia akan menyerap semua bakteria yang ada disekitarnya.

Emmm.... saya dah nak ke dapur ni. Selamat bersahur.





3 comments:

AnakPakZohar said...

selamat berpuasa dan selamat hari raya.. =)

Unknown said...

Salamat berpuasa& selamat hari raya juga.

hana said...

hehe..btul tu kak, masa sy study kat ums dulu mmg sungkai awl.skunk dah abis study.teringin nak g sabah lg.mmg best.BTW, Selamat Hari Raya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...