Sunday, August 28, 2011

KENANGAN MAIN MERCUN & BUNGA API

28 Ramadhan:  Malam tadi dah ramai orang yang mula menghiasi perkarangan rumah mereka dengan pelita. Mamy paling suke tengok halaman rumah orang yang terang dek cahaya pelita. Cantik sangat. Ada juga yang memasang lampu warna-warni untuk memeriahkan lagi kehadiran Syawal.

Emmm.., masa ni, budak2 lah yang paling happy. Ader yang main bunga api tak kurang juga yang berani main mercun. Awas dek.., takut2 beraya pulak kat hospital gara putus jari akibat mercun. Sepanjang hidup mamy, mamy paling takut main mercun. Adek2 mamy paling suke gelakkan mamy pasal tak berani nak pasang api pada tali picu mercun. Bukannya apa, pernah sekali tu nak cuba main mercun jenis tarik tali. Seronok pulak tengok adek2 mamy main mercun tu. hanya perlu tarik kedua2 belah talinya dan ia akan meletup. Tak la kuat sangat. So mamy pon konfiden lah nak cuba ni. Mamy pon tarik tali mercun tu dan ia meletup. Ntah kenapa letupannya lebih kuat dari mercun adek2 mamy. Tiba2 mamy rasa amat sakit pada bahagian perut dekat pusat. Apa tak nya mamy tarik mercun tu dekat ngan perut mamy. Abih macam tu jugak mamy nampak adek2 mamy buat.

Nak tau ker apa yang berlaku? Rupa2 nya letupan kuat tadi telah mengena kulit perut mamy. Sampai sekarang parutnya masih ader untuk mengingatkan mamy betapa bahayanya main mercun walau sekecil mana saiznya. Itu cerita masa mamy berumur 8 tahun.

Ada satu lagi pengalaman live mamy. Kali ni kes main bunga api malam raya. Masa mamy baru berusia dalam 7 tahun kot sal masa tu mamy tinggal ngan ibu tiri mamy. Mamy tak leh main bunga api tu sal mak tiri mamy larang. So mamy dok tengok je kengkawan mamy main bunga api dari beranda rumah. Punyalah best dorang main sampai satu ketika salah sorang budak melontar bunga apinya ke rimbunan bunga kertas jiran mamy. Mungkin kerana terlalu seronok.., budak2 yang lain ikut sama melontar bunga api mereka ke arah yang sama.

Tak lama kemudian..., api mula marak Mamy berdiri dan jerit sekuat hati...., "Pakcik Omar..!!!, Rumah Pakcik tebakar". Bukan je orang rumah Pakcik Omar bergegas keluar, semua orang kat rumah kami pon kelam-kabut keluar. Kelihatan pakcik Omar sedang menyiram rimbunan bunga kertasnya yg sedang terbakar. Pakcik Omar tersenyum memandangku sambil berkata, " tekejut pakcik.., Ti. Pakcik ingat rumah pakcik dah terbakar.. rupa2 nya pokok bunga jak" Sambil mengusap kepalaku.., pakcik Omar memarahi kengkawan mamy termasuk anaknya sendiri yang bermain bunga api tadi. Adoi.., memang kecoh.

So,sekarang mamy mang tak encourage anak2 main bunga api atau mercun. Tapi bila daddy mereka beli gak bunga api, mamy akan awasi mereka. Tak kiralah masa tu mamy sibuk atau tak.

Jadi anak2 dan adek2.., pandai main, pandailah tanggung risiko yek. Esok tengok anak bulan.., jangan sampai tragedi menimpa di saat semua orang bergembira.

Wallahualam.


1 comment:

Hanis MY said...

wahh pengalaman tu kak... bahaya nya huhu...mmg kena pantau anak2 dar main mercun yg bahaya yang biasa2 tu takpelah kan... sy pom suka main hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...