Friday, August 26, 2011

ORANG KITA KETANDUSAN KASIH SAYANG?

26 Ramadhan: Rakyat Malaysia memang terkenal ngan adat sopan dan berbudi bahasa. Kita juga dikurniakan hati nurani yang mudah kasihan dengan nasib malang orang lain. Lantas, kita selalu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Namun adakah kita benar2 mempunyai hati yang penuh kasih sayang? Saban hari kita dihidangkan berita2 pasal orang kita yang bertindak diluar batasan kemanusiaan. Baru2 ini kita digemparkan oleh dua kes yang menunjukkan betapa rendah nilai kemanusiaan orang kita terhadap anak2.

Kes pertama memperlihatkan seorang ayah yang menolak 3 orang anak2nya ke dalam kolam setelah bertengkar dengan isterinya. Tanpa belas ketiga-tiga anak2 yang berumur 5 tahun ke bawah  menjadi mangsa berang ayah mereka. Ketiga-tiga anak tersebut mati lemas dikolam berkenaan. Setelah melakukan pembunuhan itu, si ayah boleh selamba pulang ke rumah. Apabila ditanya oleh isterinya mengenai keberadaan anak2 mereka, si ayah dengan rasa tak bersalah tu boleh menjawab..."ada di kolam sana, esok timbul jugak tu". Ya rabbi. Benarkah serendah itu iman orang kita sampai tergamak membunuh zuriat sendiri hanya kerana berang dengan isterinya?

Kes kedua pula juga memperlihatkan berang seorang ayah yang membawa padah pada anak2nya. Dalam kes ini, ibu, ayah & anak2 berada dalam kereta. Dengan tiba2 kereta yang dinaiki rosak dengan tidak semena-mena. Si ibu dan si ayah bertengkar dan pertengkaran mereka membawa si ayah ke satu tahap amarah yang teramat sehingga sanggup menyembelih anak2nya. Nasib baik anak2 tersebut tidak meninggal dunia. Namun, sudah pasti tercalit satu titik hitam dalam hidup mereka. Sedar atau tidak mereka terpaksa hidup dalam suatu trauma yang mungkin akan mencalar personaliti mereka kelak.

Fakta menunjukkan.., seorang budak yang sering dibuli, 87% akan mempunyai sikap seorang pembuli apabila besar kelak. Demikian juga mereka yang sering didera, peratus untuk mejadi seorang pendera atau pembunuh  juga tinggi. Inikah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ni?

Waulahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...