Ramadhan semakin berakhir. Cuma tinggal 5 hari saja lagi Syawal akan menjelma. Apakah perubahan yang berlaku pada diri kita sepanjang Ramadhan al- mubarak ini? Adakah kita telah berubah menjadi yang lebih baik atau masih terbelenggu pada sesuatu yang memang kita sendiri sukar untuk lepaskan? Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.
Tahun ini Ramadhan seakan sayu bagiku. Ia secara halus menyentuh jiwa dan bahagian hatiku yang paling dalam. Tanpa segan aku mengaku.., aku ni memang jahil dari segi agama. Aku ingat masa aku kecil dulu.., hati dan jiwaku lembut untuk mengerjakan solat. Segala-galanya menjadi keras bak batu apabila aku mulai tinggalkan solat. Alasannya..., aku sibuk mengejar dunia, wang dan kebahagiaan diri sendiri. Aku jauh dari Allah. Tuhan yang telah menciptakan aku dan seluruh alam ini. Aku menjadi insan yang hanya tahu menyebut nama Allah tapi tidak kenal siapa itu Allah.
Kehadiran Ramadhan ini benar-banar membawa aku ke suatu alam yang baru. Alam yang penuh dengan kedamaian dan kepuasan. Aku mula solat. Bersujud memohon keampunannya. Dan buat pertama kalinya... dalam hidupku..., aku mengerjakan solat sunat Terawih. Demi Allah..., aku tak pernah mengerjakan solat sunat ini.., walaupun sewaktu kecil ku. Begitu jahil dan hinanya diri ini.
Selepas menunaikan solat fardu Isya'...., aku mengerjakan solat Terawih. Dengan tekad yang kuat.., namun ada sedikit keraguan... "apakah aku mampu mengerjakan solat ini"....., ku teruskan jua. Solat secara berjemaah.., benar2 membantu aku. Dua raka'at demi dua raka'at aku habiskan. Dengan sisa2 ilmu bacaan solat yang amat terhad, aku gagahi dengan redha dan tawakal. Hari pertama itu, aku habiskan 16 raka'at. Seluruh badanku sakit terutamanya lengan menanggung berat badan tatkala sujud. Benar kata orang..., solat menduga ketahanan seseorang. Hari kedua, ketiga dan seterusnya... aku terus menyertai jemaah untuk mengerjakan solat fardu & Terawih tanpa menghiraukan sakit badan dan lengan.
Sesungguhnya..., Ramadhan itu membawa seribu kenikmatan pada mereka yang ingin mencari kebenaran. Tanpa sedar.., sakit badan & lengan yang aku rasai pada hari pertama aku solat.., hilang entah ke mana. Aku semakin ketagih untuk ke masjid. Perasaan sayup, damai, puas..., jelas terasa tatkala sujud ke hadratNya. Aku bertekad untuk memperbaiki solatku agar lebih sempurna.
Ramadhan ini juga memberikan aku suatu perasaan yang aneh. Setiap kali aku keluar rumah.., aku terasa malu. Malu yang teramat sangat. Aku seorang yang gemar berseluar aras lutut & bersinglit, tak kira dalam rumah atau luar rumah. Ntah kenapa kebelakangan ini, aku seperti keberatan untuk keluar rumah dengan hanya mengenakan pakaian lazimku. Hari itu aku sampai menangis teresak-esak kerana aku ingin keluar rumah tapi aku tak mampu keluar rumah dek rasa malu yang amat sangat seperti orang memandang aku yang sedang berbogel. Subahanallah!!!. Dari hari itu terdetik hatiku untuk berubah. Aku mesti menutup auratku dengan sempurna!!!
Hari ini.., detik ini..., aku bahagia sekali. Tenang dan terlindung. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana melimpahkan hidayatnya bersama Ramadahan yang penuh kenikmatan. Aku bertekad untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya dan memohon ampun atas segala dosa2 ku yang tak terhitung banyaknya.
Semoga Allah mengampunkan & merahmati hidupku. Amin.
4 comments:
salam kak sy pun dah lama tak jengah sini selamat berpuasa dan selamat hari raya kakakku...
Alhamdulillah.
Semoga Allah merahmati kita semua. :)
Hanis..., akak pon sebenarnya dah lama tak berblog. Anyway.., terima kasih kerana sudi menjenguk blog akak ni & selamat mengerjakan ibadat puasa juga selamat hari raya aidilfitri..., adikku.
Cahya Qasehnya..., amin ya rabbil alamin.
Post a Comment