Friday, February 4, 2011

25 RANDOM THINGS ABOUT ME

Ni  keje gila dari si aQi is CreQa .  Adoi ekau botul2 siksa akak tau. Ni dah masuk 15 hari akak perap n3 ni nak bagi ranum. Hahahahahha. Gurau je tau. Actually akak berbesar hati kerana ada gak yang sudi nak kenal akak dengan lebih lanjut.  Korang sume jangan jeles pulak ye. Nanti taulah nasib korang bila aku tag nama2 korang. Hehehehehe. Takdelah..., sekadar ingin memperkenalkan diri dan mengenali kengkawan alam maya ni. Maklumlah..., kita semua ni kebanyakannya tak pernah berjumpa antara satu sama lain. Hanya tulisan pena menjadi tatapan dan identiti masing2.

Jadik.., inilah soalannya. Satu je, tapi jawapannya ader 25. Sebelum aku teruskan, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada aQi+GenGkey kerana sudi tag akak ni.
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Alih bahasa : " Apabila anda telah dilabel (tag), anda dikehendaki untuk menulis satu nota mengenai 25 benda rawak, fakta, tabiat atau matlamat anda. Di penghujungnya, sila pilih 25 orang untuk dilabel. Anda harus label orang yang sudah melabel anda. Sekiranya saya melabel anda, ia hanya kerana saya ingin mengenali anda dengan lebih lanjut. Kerjasama anda amatlah dihargai" 
Ok, jom kita mulakan.

1. Namaku Hidayati Binti Mohamed..., ni nama betul2 dalam IC & surat lahir.

2. Aku dilahirkan di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau pada 16 Februari 1974... emm tak lama lagi tu birthday aku... so aQi paham2 sediakan hadiah ye.. Muahahahahahah.

3. Aku berketurunan Siam + Melayu (Sebelah Emak) & Edaan + India (Sebelah bapa)... jadi aku ni kira rojak lah. Hehehehe.

4. Emak aku berasal dari Taiping, Perak dan bapak aku pulak dilahirkan di Tawau.

5. Aku anak sulung dari 4 orang adik-beradik... 2 perempuan & 2 lelaki (pandai mak aku kan)

6. Sejarah panjang zaman persekolahan aku: bermula dari Tadika Yuk Chin (sekolah cina) ke Tadika Islamiah (sekolah agama), pas tu ke SK St. Patrick, pas tu pindah ke SK Tanjung Batu (pasal masa tu bapak dah meninggal & kami pindah ke tanah sendiri di Tanjung Batu Keramat), kemudian ke SM Konven St. Ursula dan akhir nya ke Sabah Institute Of Management... banyaknya sekolah aku.

7. Masa sekolah aku ni kira budak pandai jugak lah. Masa tingkatan 6 aku meraih anugerah sebagai "Student Of The Year 1993"..cah.. isi bakul angkat sendiri.

8. Masa sekolah menengah.., aku gila rock. Tapi aku aktif jadik wakil sekolah dalam sukan volley ball dan beberapa pertandingan forum dan pidato. Rock bukan sebarang rock.., dadah, rokok atau alkohol memang tak layan. Sebaliknya pergi kelas usrah setiap hari Jumaat.

9. Lepas sekolah aku masuk kelas menjahit. So.., kira pandailah dalam hal2 menjahit.

10. Sangat suka memasak, mencipta resepi dan belajar resepi2 baru.

11. Masa tingkatan 5, mula belajar main gitar. Selalu jamming dengan 2 adik lelaki.

12. Sangat suka menyanyi dan sampai sekarang masih menyanyi setiap kali masak di dapur. Hahahaha tak sah kalau tak buat.

13. Sangat suka berkaraoke dan selalu jeles dengan suara adik (Noraini & Dean) yang memang sedap giler. Dean ader band sendiri dan selalu mendapat undangan menyanyi di sekitar Tawau, malah pernah mengikat kontrak dengan hotel2 dan kelab2 terkemuka di Kuala Lumpur, Miri, Labuan dan Pulau Pinang.

14. Sangat suka makan buah tomato, lobak merah, tempeh dan petola mentah2. Macam Arnab pulak.

15. Tak suka minum air berais. Lebih prefer yang suam. Tapi bila hari tersangat panas.., minum gak sikit.

16. Pernah bekerja dalam sektor industri perabot, perkapalan dan macam2 lagi. Tapi tak pernah lama sebab cepat bosan dengan keadaan sekeliling. Paling lama pon 3 tahun. Jadik suri rumah nilah yang paling lama & paling aku enjoy.

17. Berkahwin  pada 27 April 1999 pada usia 25 tahun dengan bestfriendku yang 2 tahun lebih muda.

18. Pada tahun 2000, lahir puteriku yang pertama & 2008 lahir puteriku yang bongsu. Kira selang 2 tahun aku melahirkan anak.  Mereka adalah penyeri hidup kami.

19. Mula berjinak-jinak menulis cerpen & sajak semasa tingkatan 4. Masa tu aku berada di aliran sastera. Tapi sekarang lebih suka tulis blog.

20. Pernah jual nasi lemak, nasi kuning & mee tauhu depan rumah. Walaupun penat bercekang mata dari pukul 3 pagi.., tapi berberbaloi bila semua jualan habis sebelum pukul 9 pagi.

21. Pernah serumah dengan mertua selama 5 tahun belajar ilmu memasak darinya. Terima Kasih Ibu.

22. Sekarang lebih suka mengulangkaji pelajaran sebab mengajar kelas tuisyen ku sendiri.

23. Tak suka pelihara haiwan kerana takut tak terjaga makan, minum, tempat berak & kencing dan kebebasannya. Alih2 nampak seperti memelihara tapi sebenarnya sedang menyiksa.  Ihhh tak sanggup aku. Lagi pun anak2 ku alah pada bulu haiwan.

24. Suka dengan carpet yang gebu tapi tak dapat nak beli dan pakai sebab anak2 ader asthma.

25. Sangat suka main Farmville. Sekarang dah level 75 & sedang mengumpul duit untuk meluaskan ladang ke 28 x 28. Mahal you! So, sapa2 yang main Farmville... sudi2 lah add aku jadik jiran. Aku ni jiran yang pemurah dan boleh katakan rajin menolong jiran2. Tak percaya? Add lah dulu baru tau.

Haaaa, dah selesai 25 perkara rawak mengenai diri aku. Sekarang ni aku nak tag 25 orang kengkawan termasuk aQi + Gengkey kerana dia lah yang bertanggungjawab meng tag aku ni. Hahahah. Tapi dia takyah buat lagi le... syarat je tu. Tiada sekatan atau format soalan yang perlu anda ikuti. Hanya tulis dari hati.. siapa anda sebenarnya.

So, pada mereka yang di tag kat bawah ni.., aku tiada niat lain selain ingin berkenalan dengan anda. Tiada niat untuk menyusahkan sekadar ingin mengajak untuk berkongsi. Sharing is caring.

1. aQi + GenGkey
2. Hazarii
3. AidaNataSya
4.Anje
5.Qasehdalia
6. FariehanIbrahim
7. Farzana Farzanto
8. Miza_Misza
9. Kuntumz
10. IbucikLuna
11. Anamizu
12. Sallehaida
13. Syafiq Ariffin
14. Syahirah
15. cHubby
16. miEJa271008
17. Azwa Azee
18. ZuXuZ
19. Zaki Zulkifli
20. PriNCeSz YaNa
21. JuJUe
22. Si Para-Para
23. Laskar Rainbow
24. Gen Fujita
25.  Hanis MY

Sebenarnya nak tag sume orang dalam bloglist aku tapi...., hajat tak kesampaian. Pada yang tak ditag, bukan bererti aku tak nak kenal anda. Anda juga kengkawan aku.., follower yang amat aku sayangi dan hormati.

Selamat menulis semua!  

15 comments:

Pijan Vijan said...

hehehe,,,Makasi dah kene Tag,,,,like u story.....

Hanis MY said...

salam kak terrornya akak pandai bersajak, hanis baru je buat tag ni hari tu kira cm dah buat la eh aci tak hehe...

Unknown said...

Hanis.., kira ok ler tu. Tak yah buat lagi. Nanti akak baca n3 25 perkara rawak Hanis ye. Nak tau juga ni pasal Hanis.

ZuXuZ..., hehehehe..love your blog too. Looking forward to read the related n3.

IeDa said...

I loiikee no 8, 11, 20! hehe

laskar rainbow said...

kak ! THANKS tag pelangi;)

Pelangi pernah buat dah tag tu
=)

PrINCeSz YaNa said...

DAH PENAH WAT... ANYWAY TQ TQG QAQAK

http://qaqakmulamembebel.blogspot.com/2010/11/25-perkara-tentang-yna.html

Unknown said...

Ieda.., hehehe thks.

Pelagi & PrINCeSz YaNa.., ok.

si para para said...

wow macam buat karangan sudah,.hehe

Trma ksh sebab tag..akan di ushakan :)

Gen Fujita said...

Thanks sebab tag. Aku tak berapa minat nak buat entry khas cerita pasal diri aku so aku post kat sini jelah sikit sebanyak info kalau nak berkenalan. Nama buleh panggil je Gen Fujita. Tinggal kat Seremban, NS. Bekerja sendiri. Umur 30+. Bujang. Minat bidang gaming, kaki Youtube, wayang, tak banyak bersosial. Blogging bila ada masa & idea. Ok cukup ler tu kot, he he he...

aQi + GenGkey said...

kui3..
slamat ulangtahun kelahiran ke-37..
wish 10 ari awl buley x..
present xde..:P
t kte jamming sesame eah..
hehe..:D

*trimaz jwb tag kami..:D

Unknown said...

Si Para-Para..., usahamu amat dihargai.

Gen Fujita..., don't worry.., bukan niat nak memaksa atau menyusahkan. Akak terima seadanya. Terima kasih.

aQi..., hehehe.., wish mu tersangattt diterima. Terasa tua pulak. Dah 37 rupanya umur aku ni. Oh.., nak jamming sesama ye... dilayan bah.

[ibuLUNAZALEA] said...

mamy ni cerita 25 RANDOM THINGS ABOUT ME

Unknown said...

Suke sangat n3 bonda tu. Love u too.

hazari. said...

wahhh, dah lebih setahun tak kene tag. hahaha. terima kasih.

Dzil Khadeeja said...

huhu..baru pasan diriku di tag..time kasih kakak...adoii 25 sgt bnyak..akan diusahakan...neway, kakak mmg power rangers... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...