Thursday, February 3, 2011

PEN MERAH

Semalam aku berbual dengan adik aku. Dalam cerita2 tu..., tersebutlah al kisah ketidakpuasan hati rakan sekerja adik aku ni.

Begini ceritanya. Ader cikgu di sekolah tempat anaknya belajar menyuruh murid2 nya menyediakan pen merah bagi tujuan memeriksa kerja yang murid tu buat. Jadi bila dah siap tugasan yang cikgu beri, cikgu hanya akan berikan jawapan dan murid itu tanda sendiri buku mereka. So tak payah hantar buku kat cikgu lah ceritanya ni.

Boleh ke macam tu? Kalau cikgu sendiri tak periksa buku2 muridnya, bagaimana dia nak tau sejauh mana kefahaman murid-muridnya terhadap pelajaran yang dia berikan? Bagaimana pula jika berlaku penipuan di kalangan murid? Ye lah..., kan cikgu nya dah tak tengok buku2nya lagi.., so ader can lah nak betulkan jawapan supaya tak perlu buat pembetulan. Aku pernah buat benda2 ni dulu. Asal tiba subjek spelling.., confirm cikgu tak check. Dia cuma bagi ejaan yang betul dan suruh kami tanda sendiri. Aku pun main lego lah. Malas nak buat correction.., so aku bedal betulkan sendiri. Aku tau benda tu menipu..., tapi aku tau juga ia satu peluang untuk tak buat pembetulan 10 kali setiap ejaan yang salah. Sedangkan dulu, otak aku boleh pikir benda2 ni.., apa lagi budak sekarang yang jauh lebih advance pemikirannya & tipu muslihatnya.

So, aku rasa memang patut rakan sekerja adik aku tu tak puas hati dengan cikgu tu. Bagi aku kerjaya guru itu sesuatu yang mulia dan wajib dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan kesabaran yang tinggi. Bukan mudah membentuk seorang anak yang tidak tau apa2 sehingga dia menjadi seorang yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan kepelbagaian skill.

Guru2 adalah insan2 terpilih yang berpeluang membentuk seorang manusia agar ia menjadi manusia yang berguna & berilmu. Kerana ilmu ibarat pelita yang menerangi ruang yang gelap-gelita. Jadi.., mengapa cikgu harus perlekehkan tugas2 kecil yang pengaruhnya amat besar terhadap perkembangan fahaman, perlakuan dan keperibadian murid2nya.

Bak kata orang.., bagaimana acuan begitulah kuihnya.., bagaimana cikgu begitulah anak didiknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...