Thursday, January 6, 2011

AIK APASAL NI?

Kelas tuisyen ku baru je berakhir pukul 4 tadi. So aku pun buatlah sedikit hidangan petang untuk anak2 yang mula meragam. Biasalah.., aku buat yang paling ringkas dan sedap.... tak lain tak bukan Jemput2 Berkentang resepi dari Mat Gebu . Sedap....! Di tambah dengan minuman Nescafe 'o' kegemaran ku. Anak2 ku biasalah..., Milo pilihan mereka.

Tiba2 aku perasan, jam dinding di bilik ku dan di bilik anak dara ku dah berhenti berdetik. Sapa2 yang dah baca n3 Rumahku Berhantu mesti tau apa citer pasal jam2 dinding kat rumah aku ni. Aku pun selamba turunkan jam2 itu dan letak atas meja untuk ku tukarkan dengan bateri baru. Jam dinding yang ader Kalimah Allah & ayat suci tu..., elok je. Oh..., bateri habis kot.... bisik ku perlahan.

Eh! Aku perasan sesuatu...., jam2 tu berhenti berdetik pada masa yang sama. Betul2 sama..., pukul 9.45 dan 3 saat. Aku tergelak kecik sambil melihat kedua-dua jam itu. Tiba2..., Hah! Ni yang suspen ni......

Jam2 tersebut berdetik semula di depan mata aku.... SERENTAK! Aik...! Apasal ni? Aku blum tukar pun baterinya! Kebetulan kot... Tak pulak aku rasa seram. Cuma aku pelik. Apa sebenarnya yang berlaku?

1 comment:

Aku Dan Teksi said...

Manusia adalah khalifah di muka bumi ini,jadi tiada apa yang hendak di takutkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...