Monday, December 27, 2010

RUMAHKU BERHANTU?

Aih... betul ke ni? Aku pun tak dapat nak mengesahkannya. Dah 6 tahun lebih aku dok kat rumah aku ni. Memang jarang2 aku rasa seram. Masa mula baru pindah dulu..., adalah. Tau je lah.., rumah dah lama tak berpenghuni.., mang len macam rasanya.

Masa mula-mula aku pindah masuk rumah ni, belum ramai lagi yang tinggal kat taman ni. Masa tu anak aku baru 2 orang dan aku sedang mengandungkan anak aku yang ketiga. Asal menjelang senja, Maya (anak aku yang ke2)... sering berlari seperti mengejar sesuatu di luar rumah. Masa tu dia berumur 2 tahun lebih.

 Walaupun pintu gerigi besi telah ku kunci, dia tetap dapat keluar berlari di tepi rumah. Bila kutanya, jawapan yang sama kuterima..., ader budak perempuan panggil dia di luar. Risau aku dibuatnya. Bila malam semakin lewat, aku sering terdengar budak2 berlari di ruang tamu. Bila aku menjenguk, tiada sesiapa di ruang itu. Ku sangka itu semua hayalan ku. Tau je la kan. Bila dah takut, tiang lampu pun boleh kelihatan seperti hantu. Rupa2 nya suami ku pun mengalami pengalaman pelik jugak. Cuma dia tidak bercerita apa2 pada ku bimbang nanti aku takut yang bukan2. Katanya dia sering terdengar tangisan budak setiap kali dia mandi di bilik air. Untuk tidak memikirkan apa2 yang pelik, bila kuar dari bilik air dia sering bertanya pada anak2 ku...,"kenapa gaduh sampai nangis2?"Aku & anak2 terkebil-kebil memandangnya..."sapa yang nangis?" getus hati ku.


Kerana merasa tidak selesa ngan bunyi2 pelik yang mengganggu serta bimbang dengan keselamatan anak2, kami mengadakan upacara doa selamat & kesyukuran kerana masuk rumah baru serta tolak bala. Selepas upacara tersebut sehingga ke hari ini, kami tidak lagi mengalami perkara2 pelik. Maya pun tidak lagi berlari-lari di luar rumah tat kala senja.

Cuma aku musykil..., kenapa jam dinding di rumahku tidak pernah tahan lama. Dah banyak kali suamiku belikan jam dinding baru. Dari yang murah sampailah yang mahal. Tak sampai sebulan, pasti berhenti berdetik atau menunjukkan waktu yang salah. Walapun telah ditukarkan dengan bateri baru, jam tu tak nak berdetik kembali. Begitu juga jam dinding yang menunjukkan salah waktu. walau telah di adjust... masih juga tak tepat waktunya.... kecuali jam dinding yang mempunyai ayat2 suci Allah yang dibeli oleh suamiku beberapa bulan lalu. Hanya jam dinding itu masih bertahan sampai sekarang. Jam dinding di dapur, di bilik anakku dan di bilik ku,,, semuanya tak betul atau sudah berhenti berdetik. Emmm... kenapa tu ya....

2 comments:

KakD said...

ohhh horrornyer, tetibe rase nak shutdown komputer terus tidoq dah nih huhuhu

Unknown said...

Jangan le gitu.... malam masih muda... jom blogwalking lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...