Terima kasih kerana mengunjungi laman blogku. Kalau suka ceritaku, tinggalkan respon ikhlasmu. Paling tidak, jerit pada chatbox ku. Sambil tu, sudi2 kan lah menjadi followerku.
Tuesday, December 28, 2010
CERITA PASAL MAKAN......
Dalam banyak2 benda..., yang paling aku suka... bab makan. Tu pasal aku ni dah telebeh sehat. Aku ni sebenarnya suke masak. Dulu masa mula2 baru kawen, husband aku tu 'slim' sesangat. Bole kata macam tiang lampu jalan... tinggi dan 'slim'. Sekarang ni..., kusssemangat. Dah pandai nk p gym pasal risau 'kenaikan melampau' badan dia. Heheheh kesian Sayang.
Ye lah.. orang2 tua pernah kata..., klu nak pikat suami..., 'pikat' perutnya dulu. Semakin sedap hidangan makanan untuknya, semakin sayang lah dia. Mana tak nya, mana nak cari 'chef' yang sentiasa ready menghidangkan makanan2 lazat untuknya. Free pulak tu! Hai..., bertuah badan....!
Aku ni mang da sehat dari dulu lagi. Maklumlah aku masak aku makan, orang len masak aku pun ikut makan... hehehehe macam manalah nak ader body macam miss world. Cha!
Mang tak dapt dinafikan, air tangan isteri sangat penting untuk keharmonian rumahtangga. Bak kata orang, "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati". Tak pandai masak bukan alasan. Belajar memperbaiki kekurangan diri demi insan tersayang.
Memasak ni best sangat. Klu aku, aku suka suasana dapur yang ceria. Sambil masak sambil dengar lagu. Klu tak MP3.... aku buat MP3sendiri... hehehehe. Menyanyi sambil masak memang best. Bila aku tenang, mood aku ceria..., masakan aku confirm sedap. Cha!! Isi bakul angkat sendiri betul!!
Tunjuk
Percutian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bl nak kongsi resepi (bergambar) ni?heheheee
mee tauhu brangkali!
Emmm...tunggu beli telefon baru.... hehehehe
mummy prcutian dlm malysia pun bole,
percutian kat batu payung pun bole.
Post a Comment