Wednesday, December 29, 2010

BAWA BUKU ATAU BAWA BATU?

Pejam celik pejam celik...aik Isnin depan dah mula sekolah. Barang2 sekolah anak2 dah siap ku beli awal2. Malas nak bersesak-sesak di shopping kompleks. Dengan anak2 yang berderet lagi. Mana nak cuba kasut, nak try uniform, seluar sukan dan tak ketinggalan peralatan sekolah.

Aku ni  pulak, klu beli stationary (alat tulis) & buku latihan mesti banyak. Ni lah masalah aku yang tak reti nak driving. Payah nak ke bandar untuk beli alat tulis. So aku buatlah stok aku sendiri di rumah. Cukup untuk 6 bulan yang pertama tahun depan. Paling banyak...., pensel & pemadam. Tau jelah seorang anak aku ni baru nak masuk Tahun 1
Abang Chik

dan yang sorang lagi tu menyambung pengajian ke Tahap 1 Tadika Pasti.

Caca

Tahun 2010, dorang berdua ni..., hari2 hilang pensel. Kalau tak hilang..., mesti pensel kontot ntah sapa punya yang dorang bawak balik. Pening kepala aku. Tu blom cerita lagi pensel warna dorang.

Yang kakak2 dah ok.
Kak Jaja

 Kak Yang

Dulu masa dorang prasekolah & Tahun 1 macam tu gak. Tapi aku kesian ngan dorang pasal beg sekolah dorang BERAT sangat. Macam bawak batu! Aku ajar dorang..., bawa buku ke sekolah kena ikut jadual supaya tak berat sangat. Tapi tu lah..., walau dorang ikut jadual.., tepat berat juga. Kesian aku tengok Kak Jaja & Kak Yang. Sampai merah2 bahu dorang pikul beg. Paling teruk, si Kak Yang. Sampai sakit tulang belakang. Kadang tu tak dapat nak ke sekolah.

Ader gak aku belikan dorang beg sekolah yang ader roda tu... serupa beg AF. Tapi tu pun tak tahan setahun dek beratnya buku2 dorang. Nak kena beli yang branded kot. Aiii... manalah aku mampu. Klu anak sorang tadi bulehlah belikan beg sekolah yang mahal2. Kalau dah berderet?

Apa boleh buat. Tu lah dugaan yang kena mereka harungi demi menuntut ilmu. Aku selalu nasihat kan mereka...., belajar tekun2, selalu ulangkaji dan banyakkan latih tubi, supaya jadi budak bijak. Taklah sekadar penat bawak beg berat macam berisi batu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...