Tuesday, August 27, 2013

BRAIN STORM : UPSR MATHS (PERIMETER)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Malam ni nak share topik Bentuk 2D & 3D serta bagaimana nak selesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan topik ini.

Bahagian pertama topik ini membincangkan pasal PERIMETER
Apa tu perimeter? Perimeter ialah ukur lilit suatu bentuk atau objek. So, kena ingat.. kita cuma perlu kira panjang setiap sisi atau garis LUARAN sahaja. 

Jom tengok contoh kat bawah ni.


Rajah di atas menunjukkan 2 bentuk segiempat tepat (rectangle) yang bergabung, ABCG & DEFG. Sila perhatikan cara pengiraan. Setiap panjang garis luar diambil kira kecuali GC sebab GC terletak di dalam. 

Di bawah memaparkan beberapa soalan2 penyelesaian masalah yang berkaitan dengan perimeter. Lazimnya, soalan2 ini tiada gambarajah atai diagram. So adalah penting untuk kita BERMAIN DENGAN IMIGINASI.

Jom tengok.. 



Soalan 1, menguji kita mengenal pasti jenis soalan & apa yang perlu dilakukan. Sekali baca, kita tak pasti apa yang perlu dibuat dengan soalan ini. Tapi, perkataan "melekatkan reben di sekeliling kad" merupakan klu (clue) terbesar bahawa soalan ini merujuk kepada teknik pengiraan perimeter. 


Soalan 2 pula meminta anda mencari panjang sisi. Apakah klu yang paling nyata dalam soalan ini? Ye.. tepat sekali.. "setiap sisi segitiga tersebut sama panjang". Klu ini membolehkan kita menandakan setiap sisi dengan 1 huruf bagi memudahkan pengiraan. Anda boleh melabel setiap sisi sengan huruf2 yang anda suka seperti X atau Y atau apa saja. Perhatikan bagaimana pengiraan dibuat.



Soalan 3 menguji daya imiginasi anda untuk menggabung 2 segiempat. Klu dalam soalan ini jelas meminta anda menggabungkan 2 SEGIEMPAT SISI SAMA (square) dan membentuk 1 segiempat tepat (rectangle). 

Klu "SEGIEMPAT SISI SAMA" itu sendiri bermaksud panjang setiap sisi adalah sama sekali gus memberi peluang kepada anda untuk melabel setiap sisi dengan 1 huruf. Perimeter dah diberikan, jadi bahagikan dengan 4 sisi. Kemudian jawapannya anda tambahkan mengikut berapa sisi luar yang ada pada segiempat yang telah digabungkan. Perhatikan cara pengiraan di atas.   



Soalan 4 mempunyai rajah. Rajah menunjukkan satu segiempat sisi sama dan kawasan berlorek. Jadi, apakah klu paling jelas dalam soalan ini? Ye benar..
"Segiempat sisi sama" & "luas segiempat itu (81cm2)".

Mulakan operasi dengan mencari panjang sisi melalui klu luas segiempat iaitu 81cm2.  Gunakan formula mencari luas iaitu:-


Luas / Area = Panjang X Lebar
lepas tu baru cari perimeter.

Perhatikan cara pengiraan diatas.

Baiklah, semoga tulisan hari ni membantu anda bagaiamana mengenal pasti klu-klu atau petunjuk-petunjuk yang terdapat dalam setiap soalan. Apa pun, rajin-rajinlah membuat latihan sebab latihan2 tersebut akan menstimulasi minda anda untuk mengenal pasti petunjuk dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah. 

Selamat belajar..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...