Wednesday, August 28, 2013

BRAIN STORM : UPSR MATHS (BENTUK 2D & BAGAIMANA MENCARI CLUE DALAM RAJAH)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Selamat pagi cikgu...!! Perasan... hahahahaha.. 

Pagi ni nak sambung topik bentuk. Kali ni nak bagi beberapa contoh bagaimana nak selesaikan soalan2 berkaitan dengan KELUASAN bentuk 2D. 

Tapi sebelum tu, kita kena faham konsep bentuk 2D & luas (area). 

Bentuk 2D bermaksud DIMENSI yang mempunyai panjang dan lebar. Dalam kata lain, bentuk 2D ialah suatu bentuk yang mempunyai panjang dan lebar. Sebab itu, bila kita nak kira keluasan bentuk 2D, kita kena darabkan antara panjang & lebar.

Dalam soalan2 UPSR, kebanyakan bentuk-bentuk 2D adalah bergabung dan soalan2nya adalah sekitar mencari luas keseluruhan gabungan bentuk atau kawasan berlorek atau panjang sisi-sisi tertentu.

Jom tengok beberapa contoh soalan2 yang lazimnya keluar dalam ujian dan peperiksaan. 

TIPS : ANALISA BENTUK / GABUNGAN BENTUK UNTUK MENCARI SEBERAPA BANYAK PETUNJUK (CLUE) YANG BOLEH.



Soalan diatas memperlihatkan gabungan 2 bentuk 2D iaitu segiempat tepat PQRS & segitiga bersudut tegak STU. 

Clue 1 : Panjang TR ialah 31cm jadi untuk mengetahui panjang TS, kita perlu menolak 18cm dari 31cm. 
Clue 2 : Panjang QR ialah 12 cm. Jadi untuk mendapatkan panjang SU, kita perlu menolak 4 cm dari 12 cm. 

Lepas tu barulah kita mudah untuk mencari luas keseluruhan gabungan bentuk.

Ingat:-
1. Cari luas 1 bentuk demi 1 bentuk.
2. Untuk mencari luas segitiga kita perlu mendarab panjang dan tinggi dengan 1/2 (setengah).
3. Tambah kan hasil darab semua bentuk yang diberi untuk mencari luas keseluruhan.



Soalan diatas ini pula memperlihatkan gabungan 2 bentuk 2D iaitu segiempat sama STUV dan segiempat tepat TQRU.

Clue 1 : Setiap sisi segiempat sama STUV adalah sama panjang dengan QR iaitu 4 cm.

Teruskan mencari luas keseluruhan gabungan bentuk itu. Lihat cara pengiraan di atas.


Rajah di atas menunjukkan gabungan 2 segiempat tepat PQRS dan TUVW. Rajah kelihatan sedikit Tricky kerana bilangan clue yang minima. Jom analisa.

Clue 1 : Rajah di atas sebenarnya ialah gabungan 5 segiempat sama yang mempunyai sisi yang sama panjang iaitu 3 cm.

Jadi kita tahu bahawa:-
1. Panjang RS = 3 cm & lebar SQ = 9 cm
2. Panjang WV= 9 cm & lebar VU = 3 cm

Lepas tu barulah anda teruskan pengiraan mencari luas keseluruhan seperti dalam gambar di atas.


Contoh soalan yang terakhir ini memaparkan segitiga XYZ. Luas telah diberikan & anda dikehendaki untuk mencari nilai h (panjang XZ). Teruskan pengiraan anda dengan formula  mencari luas asal segitiga iaitu:-


Luas = 1/2 x Panjang x Tinggi

Tips : apabila terdapat "anu" dalam pengiraan seperti "h" dalam soalan di atas dan kita hendak memisahkan "anu" dengan angka yakni pemindahan angka, sila perhatikan:-
1.  jika "anu" dan angka adalah darab, pemindahan angka akan menjadi bahagi.

Contoh:-

48 cm  = 3 cm x h (angka & "anu" dalam bentuk darab)

48        = h (angka 3 dipindahkan & menjadi bahagi)
 3
   
16 cm = h


2. Jika "anu" dan angka adalah bahagi, pemindahan "anu" akan menjadi darab.

Contoh :-

48 cm = 3 (angka & "anu" dalam bentuk bahagi)
               h

h         = 3 x 48 cm ("anu" dipindahkan & angka menjadi darab)

h         = 114 cm

Masih ok ke tak ni? Jangan pening.. rilek je. Kerap buat latihan, mesti boleh dapat punya. 

Saya harap, paparan pagi ni dapat membantu sedikit sebanyak calon2 UPSR. 

Selamat belajar..
   


2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

wah saya kena bookmark page ni supaya tahun depan senang saya ajar anak kembar tu he3...

salam merdeka raya ye ^^

Unknown said...

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya. Saya ada menyediakan soalan2 (bahasa Inggeris) yang boleh anak anda cuba.

Gembira kerana dapat membantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...