Petang ni nak teruskan ngan topik Perkaitan Antara Pecahan, Perpuluhan & Peratus.
Tahukah anda, jika anda boleh mengingati & mengguna pakai penukaran2 ini, ia sangat membantu anda menjawab soalan2 khasnya dalam Kertas 1 dengan lebih pantas.
Angka2 kat bawah ni lazim keluar dalam Kertas 1 & 2 Matematik UPSR. Jom perhatikan..
Bila dah tau penukaran asas di atas..,macam mana pulak nak guna? Hahhh... ni lah yang nak dihuraikan. Jom perhatikan..
Soalan 1 menguji anda mencari perkaitan manakah yang tidak benar. Soalan ini sangat mudah jika anda mengingati penukaran asas. tak perlu kira panjang2. Buang masa. Lihat penyelesaian di atas.
Tips : Untuk penukaran, nombor bulat yang berada di hadapan pecahan atau titik perpuluhan tidak perlu diganggu. Penukaran hanya melibatkan angka pecahan atau angka selepas titik perpuluhan.
Soalan 2 pula merupakan soalan penyelesaian masalah. perhatikan klu2 (clue) dalam soalan ini.
Clue 1 : 1/5 keping setem kepada adiknya
Clue 2 : 1/4 lagi kepada kawannya.
Clue 3 : PERATUS setem yang telah diberikan.. (operasi + sebab soalan ni minta peratus setem yang telah dia berikan dan bukannya baki setem yang dia ada)
Teruskan menjawab dengan penukaran asas seperti di atas. Jika anda lupa akan penukaran asas ini, sila ikuti cara pengiraan di bawah:-
20
1 x
= 20%
25
1 x
= 25%
= 20% + 25%
= 45%
Hehehehe.. panjangkan..
Soalan 3 mempunyai kombinasi perpuluhan dan pecahan. Emmm.. macam mana nak buat ni.. Jom kita tengok klu2 yang ada dalam soalan ini.
Clue 1 : pilihan jawapan dalam bentuk perpuluhan, so mana2 angka yang dalam bentuk perpuluhan tak perlu kacau. Anda cuma perlu tukar angka pecahan sahaja.
Clue 2 : Jumlah jarak larian kedua-dua hari (operasi +)
seperti yang mami katakan kat atas.., Untuk penukaran, nombor bulat yang berada di hadapan pecahan atau titik perpuluhan tidak perlu diganggu. Penukaran hanya melibatkan angka pecahan atau angka selepas titik perpuluhan.
Angka 1 di hadapan 3/4 tidak perlu diganggu sebab dalam bentuk perpuluhan nombor bulat terletak di hadapan titik perpuluhan. Jadi selelesaikan pecahan 3/4 itu sahaja dengan penukaran asas seperti di atas. Seperti biasa, jika anda lupa berikut ialah contoh pengiraan penuh.
25
1 ( 3 x
= 1.75
= 3.76 + 1.75
= 5.51
* Lihat. Angka 1 (nombor bulat) tidak berganjak. Hanya pecahan sahaja yang di tukar.
Soalan terakhir ini merupakan suatu garis nombor dengan angka pecahan. Soalan ini meminta anda mencari nilai P.
Sebelum tu, mami nak bagi tau. PENTING!! Walau apa saja soalan berbentuk garis nombor, ada 3 step yang PERLU anda buat untuk mendapatkan jawapan yang betul. So, apakata kita imbas apakah step2 yang perlu anda buat itu.
STEP 1
Cari angka "bestfriend" & cari beza mereka.
- apa tu angka "bestfriend"?
Angka "bestfriend" ialah 2 angka yang berada berdekatan dan terletak dalam 1 langkahan pin pada garis nombor tersebut. Lepas dapat angka "bestfriend", anda kena tolak angka yang kanan dengan yang kiri sebab angka yang kanan lebih besar dari yang kiri. Lihat contoh2 di bawah.
Bestfriend : 6.6 & 5.9.
Jadi, 6.6 - 5.9 untuk mencari beza langkahan pin
6.6 - 5.9 = 0.7
Bestfriend : 1.4 & 0.8
Jadi, 1.4 - 0.8 = 0.6
Bestfriend : 1 & 1
4 8
Jadi, 1 (x2) - 1
4 (x2) - 8
= 2 - 1
8
= 1
8
STEP 2
Tambah (+) nilai beza bestfriend tadi ke setiap langkahan pin dalam garis nombor.
Contoh:
Beza bestfriend 1/3 & 1/6 ialah 1/6. So, tambah (+) 1/6 itu ke setiap langkahan pin dalam garis nombor sehingga ke P.
STEP 3
Periksa & jawab.
Kalau nak jawab terus pun boleh tetapi tujuan periksa adalah untuk memastikan beza bestfriend yang anda cari tadi adalah betul dan bertepatan dengan angka sedia ada dalam garis nombor tersebut.
* Tick atau tandakan betul jika hasil tambah nilai beza bestfriend tadi adalah tepat dengan angka sedia ada.
Anda boleh terus memotong langkah pengiraan terus ke P kerana dalam soalan ini, anda dikehendaki untuk mencari nilai P seperti di bawah.
Mami harap perbincangan hari ni dapat membantu anda lebih memahami kaedah pengiraan mudah.
Selamat belajar.
No comments:
Post a Comment