Saturday, June 2, 2012

GRAMMAR: POSSESIVE NOUNS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Related topic
* POSSESSIVE PRONOUNS

Hari ni nak bincang satu topik ringkas tapi sering mengundang kekeliruan. Possessive nouns lebih menekankan penggunaan simbol apostrophe (')


Jadi, part mana yang lazimnya mengundang kekeliruan? Hah.... ni soalan cepu emas.... Biasanya kekeliruan berlaku bila mana kita nak letak tanda ( ' ) ni. Sebelum atau selepas "s"? Macam ni:-

Girl's  or  girls'..... ?#@^$&#! (pening.. hehehehe)


Macam mana kalau saya kata dua2 pun betul? Lagi peningkan? Hehehehe. Pada yang dah faham mungkin ketawa, tapi pada yang kalut..., mungkin perlukan ubat sakit kepala.... hihihihi... toksa risaulah. Tak yah makan ubat sakit kepala tu. Jom saya bantu anda untuk lebih faham.

Hakikatnya dua2 pun betul!

Girl's => merujuk kepada benda kepunyaan seorang budak perempuan.
Girls' => merujuk kepada benda kepunyaan ramai budak perempuan.


Kesimpulannya:-
's => possession of one person (seorang)
s' => possession of many people (ramai)

bagi kata nama (nouns) yang berubah keseluruhan kata atau perubahan huruf vokal semasa pertukaran singular ke plural, SILA KLIK SINI (rujuk jenis perubahan no.5 & 6), simbol (') akan berada sebelum "s".. macam ni:-

Child's => kepunyaan seorang 
Children's => kepunyaan ramai
Foot's => kaki kepunyaan seorang
Feet's => kaki kepunyaan ramai orang
man's => kepunyaan seorang lelaki
men's => kepunyaan ramai lelaki 

Amacam? Senang je kan. Bila dah faham semua benda akan jadi senang. Jom tengok contoh2 ayat yang telah saya sediakan.

Possession of ONE person                              Possession of MANY people 
The girl's bags are over there.                             The girls' bags are over there. 
The boy's books are here                                   The boys' books are here.  
The child's toys are expensive.                            The children's toys are expensive.
The woman's shoes are missing.                          The women's shoes are missing.

Clear? Alhamdulillah. Jom uji kebolehan anda dengan soalan2 yang telah saya sediakan. Remember, perhatikan betul2 kata nama (noun) yang digunakan dalam setiap ayat. Kenal pasti yang mana satu kepunyaan seorang dan mana satu pula kepunyaan ramai. Selamat mencuba.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...