Friday, June 1, 2012

GRAMMAR: NUMBER - SINGULAR AND PLURAL

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Semalam dah janji nak kupas topik Singular & Plural. Tapi apa ke benda nya tu ya? Hehehehe... rasa nya sume pun dah tau.

Singular - ialah apabila apabila terdapat satu item sahaja.
Plural - ialah apabila terdapat dua atau lebih item.


Senangkan... Tapi hari ni kita nak kupas bagaimana perubahan bentuk kata dari singular ke plural. Ha.., ni yang selalu ader masalah kan. Tak pe..rilek... senang je ni.

Ada 7 jenis pertukaran kata atau penambahan ejaan bagi kata nama (noun) yang bersifat lebih dari satu (plural).

1. Penambahan "s" pada akhiran untuk kebanyakan kata nama biasa (regular noun)


regular noun  +  s

Boy => boys
Monkey => monkeys
Key => keys
Radio => radios
Shop => shops
Car => cars
Toy => toys
Scissor => scissors
Pant => pants

2. Penambahan "es" pada akhiran untuk kata nama yang berakhir dengan "s","ss" "o","x" dan "h"


nouns end with "s","ss", "o", "x" and "h"  +  es

Dress => dresses
Bus => buses
Potato => potatoes
Box => boxes
Watch => watches
Tomato => tomatoes

3. Penambahan "ies" pada akhiran untuk kebanyakan kata nama yang berakhir dengan "y". Huruf "y" akan digugurkan dan diganti dengan "ies" pada akhiran ejaannya.

nouns end with "y" = dismiss "y"  + ies

Baby => babies
Lady => ladies
Lorry => lorries
Story => stories

4. Penambahan "ves" pada akhiran untuk kebanyakan kata nama yang berakhir dengan "f" dan "fe". Huruf "f" atau "fe" akan digugurkan dan diganti dengan "ves" pada akhiran ejaan.

nouns end with with "f" or "fe" = dismiss "F" or "fe"  + ves

Leaf => leaves
Thief => thieves
Life => lives
Wife => wives
Knife => knives

5. Perubahan huruf vokal.

an => en

Man => men
Woman => women

6. Perubahan pada keseluruhan kata.

Person => people
Mouse => mice
Ox => oxen
Tooth => teeth
Foot => feet
Child => children
Goose => geese

7. Sesetengah kata nama menggunakan kata yang sama bagi kedua-dua singular & plural.

Deer => deer
Sheep => sheep
Fish => fish
Rubbish => rubbish

So far so good? Ok lah... kalau macam tu, jom uji pengetahuan anda semua dengan soalan2 yang telah mamy sediakan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...