Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
PRONOUN...., ape mendenye tu? Hehehe...., toksa kalut. Rilekkk.
PRONOUN digunakan untuk menggantikan nama (names) orang, haiwan, tumbuhan ataupun benda dalam ayat yang berkesinambungan. Lihat contoh di bawah:-
Ali is my classmate. He is my best friend.
Dalam ayat ini, "He" digunakan untuk menggantikan "Ali"... jadi takde lah ayat kita tu pakai nama "Ali" memanjang untuk ayat2 yang bercerita pasal si Ali. Ayat pertama "Ali", ayat kedua "Ali" pas tu nak buat ayat ketiga pun pakai "Ali" jugak... laaa.. nampak macam terlalu berulang kan. Sebab itu kita mesti gunakan PRONOUN yang sesuai bagi menggantikan "ALI". Faham tak? (harap2 faham....)
Jom kita rumuskan kesemua pronoun mengikut kesesuaian.
I => I / me / myself (saya / sendiri)
You => you / yourself (awak / awak sendiri)
Ali, the boy, the man => he / him / himself (dia / dirinya sendiri)
Aminah, the girl, the woman => she / her / herself (dia / dirinya sendiri)
Azli and his friends or a group of people => they / them / themselves (mereka / mereka sendiri)
I and my family or "I" with a group of people => we / us / our / ourselves (kami / kita / kita sendiri)
Animal, thing or plant => it / itself (ia / ia sendiri)
Pronoun ader beberapa jenis bergantung kepada penggunannya dalam ayat. Jom kita selongkar satu persatu.
1. I, You, We, They, He, She, It - digunakan pada awal ayat biasa atau ayat berkesinambungan.
Contoh:
We are playing football on the field. (ayat biasa)
Kumar and his friends are playing football. They are playing for their school team. (ayat berkesinambungan)
2. Me, you, us, them, him, her, it - digunakan selepas perkataan yang menunjukkan tempat (preposition) atau kata kerja (verb).
Contoh:
Let's buy him a new jacket. (buy = verb , him = pronoun)
The car belongs to them. (to = preposition , them = pronoun)
3. Myself, yourself, himself, herself, itself, themselves, ourselves - digunakan untuk menujukkan sesuatu aktiviti itu dilakukan oleh subjek tersebut.
Contoh:-
They must tidy their room themselves. (Mereka mesti kemaskan bilik mereka sendiri)
The fox hurt itself in the trap. (Musang itu cedera di dalam perangkap)
Do not play with the knife. You might cut yourself. ( Jangan bermain dengan pisau. Kamu mungkin akan cederakan diri kamu sendiri)
4. Somebody (seseorang), anyone (sesiapa), something (sesuatu), anything (apa sahaja), everyone (semua orang), nothing (tiada benda), everything (semua benda), another (satu lagi), all (semua), none (tiada), one (satu / seorang) - digunakan untuk merujuk kepada seseorang atau benda atau apa sahaja yang tiada nama atau yang tidak diketahui.
Contoh:-
Is anyone out there? (Ada sesiapa diluar sana?)
None of the chicken have eaten. (Tiada seekor ayam pun yang telah makan)
Somebody has to wash the car. (Seseorang harus mencuci kereta itu)
Amacam? Ok tak? Senangkan... Jom ambil buku latihan atau buku aktiviti dan lakukan latih tubi anda. Semoga berjaya.
2 comments:
mamy i miss u! happy belated teacher's day! take care!
Thank you my dear Hanis. That's so sweet.
Post a Comment